Tuesday, November 26, 2019

18 Dec 2019 NO. A-2-19 TAMAN GERTAK SANGGUL, JALAN GERTAK SANGGUL BAYAN LEPAS,


                        

                         PERISYTIHARAN  JUALAN

DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH
DAERAH BARAT DAYA, PULAU PINANG
Perintah Jualan Atas Permintaan Pemegang Gadaian: 0705AUC2019000005
Dalam Perkara mengenai Seksyen 257 & 263, Kanun Tanah Negara 1965. 
             ANTARA
HSBC BANK MALAYSIA BERHAD (127776-V) ...….…….PEMEGANG GADAIAN
            DAN
SALMIAH BINTI MAN (NO. K/P: 701013-08-5966)……………………PENGGADAI

Menurut Perintah Jualan oleh Pentadbir Tanah, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang yang bertarikh 29hb Ogos 2019 serta Surat Perlantikan bertarikh 04 November 2019, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Pentadbir Tanah, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah akan menjual secara:                                       
   LELONGAN AWAM
PADA HARI RABU 18HB DISEMBER 2019, JAM 10.30 PAGI
DI PERKARANGAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH, DAERAH BARAT DAYA,
11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG
Nota:Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan supaya membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK STRATA GM820/M1/3/71 (No. Bangunan/No. Tingkat/No.Petak M1/3/71) NO. LOT Lot 1788 TEMPAT Teluk Kumbar MUKIM/DAERAH/NEGERI 9/ Barat Daya /Pulau Pinang KELUASAN 46 meter persegi (495 kaki persegi) PEGANGAN Selama-lamanya PEMILIK BERDAFTAR Salmiah Binti Man (No. K/P: 701013-08-5966) 1/1 Bahagian KATEGORI KEGUNAAN TANAH Tiada SYARAT NYATATanah ini hendaklah digunakan untuk pembinaan rumah pangsa kos rendah bagi tujuan kediaman/perniagaan sahaja mengikut pelan tatasusun yang akan diluluskan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang kelak atau Tanah ini hendaklah digunakan untuk tujuan pencawang elektric/tangki najis/tanah lapang sahaja (mengikut pelan tatasusunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang kelak) Pelan bangunan hendaklah seperti yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang SEKATAN KEPENTINGAN Tiada BEBANAN Digadaikan kepada HSBC Bank Malaysia Berhad melalui Gadaian Perserahan No: 0705SC2010001540 yang didaftar pada 2 Ogos 2010

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Hartanah tersebut adalah sebuah rumah pangsa kos rendah dua (2) bilik yang beralamat NO. A-2-19, TINGKAT 2, BLOK A, TAMAN GERTAK SANGGUL, JALAN GERTAK SANGGUL, 11910, BAYAN LEPAS, PULAU PINANG dan terletak lebih kurang 24 km dari KOMTAR dan juga terletak atas No. Lot 1788, Mukim 9, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang dan No. Hakmilik GM 820/M1/3/71
HARGA RIZAB:
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM100,000.00 (RINGGIT MALAYSIA: SATU RATUS RIBU) sahaja, dan juga kepada Syarat - Syarat Jualan yang telah ditetapkan. Bagi penawar yang berminat adalah dikehendaki mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Deraf di atas nama HSBC Bank Malaysia Berhad sebelum jualan lelongan dimulakan. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan lelong (tarikh luput 15hb April 2020) kepada HSBC Bank Malaysia Berhad, dan bahawa tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan.
Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Pentadbir Tanah, Pejabat Daerah Dan Tanah, Daerah Barat Daya, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang,Tel: 04-8689400 

NO. 10, LORONG BERTAM INDAH 49, TAMAN BERTAM INDAH, 13200 KEPALA BATAS


 PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG
A/E NO: PA-38-435-08/2019
SAMAN PEMULA NO: PA-24FC-282-05/2019
Dalam perkara mengenai Gadaian yang  didaftarkan  pada 21-3-2011 dan mempunyai Perserahan No. 0799SC2011008142 ke atas tanah yang dipegang di bawah Geran No. Hakmilik 80971, Lot No. 3744, Mukim 6, Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bersama dengan premis  yang didirikan diatasnya.Dan Dalam perkara mengenai Seksyen 256 dan Seksyen  257 Kanun Tanah Negara, 1965. Dan Dalam perkara mengenai Aturan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah, 2012.
Antara
CIMB Bank Berhad (13491-P) ……………….………….………………...........................….…….........…...Plaintif
 Dan
Mohamad Hafez Bin Mohd Salleh  (No. K/P: 760918-07-5615).....…...…Defendan

Menurut Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang mengenai Perintah Jualan dan Perintah Notis Permohonan bertarikh 1 Julai 2019 dan 8 November 2019 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong berdaftar yang dilantik oleh Mahkamah akan menjual secara
L E L O N G A N    A W A M
PADA  HARI SELASA 10  DISEMBER 2019 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA :       Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secararasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-

NO. HAKMILIK GRN 80971 NO.  LOT / MUKIM Lot 3744 / 06  DAERAH/ NEGERI Seberang Perai Utara / Pulau Pinang TARAF PEGANGAN Selama-lamanya KELUASAN 133 meter persegi (1,431.6 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR Mohamad Hafez Bin Mohd Salleh (No. K/P: 760918-07-5615) 1/1 bahagian CUKAI  TAHUNAN RM 40.00 KATEGORI KEGUNAAN TANAH Tiada SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR Digadaikan kepada CIMB Bank Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 0799SC2011008142 yang  didaftarkan  pada 21-3-2011 
LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah satu (1) tingkat yang beralamat NO. 10, LORONG BERTAM INDAH 49, TAMAN BERTAM INDAH, 13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG 
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 230,000-00 (RINGGIT MALAYSIA DUA RATUS TIGA PULUH RIBU SAHAJA) dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, CIMB Bank Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-435-08/2019 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut.. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada CIMB Bank Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.