Wednesday, December 8, 2010

Auction 5 January 2011 16 Jalan Janggus Taman Makok 14000BM Reserve Price RM270,000


PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG

SAMAN PEMULA NO: 24-1624-2009

PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-720-2010

Dalam perkara di Bawah Seksyen-Seksyen 256 -259, Kanun Tanah Negara, 1965 Dan Dalam perkara mengenai Gadaian Perserahan No. 33214/04 ke atas tanah yang dikenali sebagai No. PT 1903, Mukim 11, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang terkandung dalam Suratan Hakmilik No. H.S. (D) 15636 Dan Dalam Perkara Aturan-Aturan 7, 28 dan 83, Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Antara

Malayan Banking Berhad (3813-K)…….………………………..............……...Plaintif

Dan

Tan Swee Fong ………..……………….....………………….…..................…………..………Defendan

Menurut Perintah-Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 12 Ogos 2010 dan 26 Oktober 2010 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah AKAN MENJUAL SECARA

L E L O N G A N A W A M

PADA HARI RABU 5 JANUARI 2011 JAM 11.00 PAGI

DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI.,

LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG.

NOTA : Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-

NO.HAKMILIK HSD 15636 NO. LOT PT 1903 MUKIM 11DAERAH Seberang Perai Tengah NEGERI Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KATEGORI KEGUNAAN TANAH Tiada KELUASAN 320.8766 meter persegi ( 3,454 kaki persegi) PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Malayan Banking Berhad melalui Gadaian Perserahan No.33214/2004 yang bertarikh 9 November 2004 PEMILIK BERDAFTAR Tan Swee Fong 1/1 bahagian SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada BEBANAN Kaveat Persendirian dimasuki Malayan Banking Berhad melalui Perserahan No. 15726/2004 yang bertarikh 11 September 2004

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah teres dua tingkat bersudut yang beralamat No.16 Jalan Janggus, Taman Makok,14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

HARGA RIZAB

Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 270,000-00 (RINGGIT MALAYSIA DUA RATUS TUJUH PULUH RIBU SAHAJA) dan kepada syarat-syarat jualan yang dicetakan di Perisytiharan Jualan. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendeposit 10% daripada harga rizab dalam bentuk bank draf di atas nama Plaintif Malayan Banking Berhad sebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan awam. Bank draf bersama dengan salinan Kad Pengenalan penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan Nombor Kes Perlaksanaan (No. A/E 38-720-2010) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelongan, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh Jualan kepada Plaintif Malayan Banking Berhad. Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Tetuan See, Ramsun & Tan, Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat No. 8, Jalan Tavoy, 10050 Pulau Pinang (No. Tal: 04-2295811 / Fax 04-2265988) [No. Ruj: RH/LTK/229/09] atau Pelelong yang tersebut di bawah:

Tuesday, December 7, 2010

Conditions of Sales

SYARAT-SYARAT JUALAN

1. Semua penawar-penawar yang ingin membuat tawaran adalah dikehendaki mendaftarkan diri mereka dan mendepositkan dengan Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya Pulau Pinang, satu jumlah sebanyak 10% daripada harga rizab yang ditetapkan untuk hartanah yang dipegang di bawah No. Hakmilik........................................................., dengan bank draf atas nama Plaintif sebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan awam.

2. (i) Sesiapa yang ingin membuat tawaran dalam lelongan awam bagi pihak orang persendirian, badan-badan berkanun atau syarikat dikehendaki mengemukakan kepada Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya Pulau Pinang sebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan satu surat daripada pihak orang persendiran, badan-badan berkanun atau syarikat yang mengesahkan bahawa beliau telah diberi kuasa untuk mewakili mereka untuk menawar dan menandatangani semua dokumen-dokumen berkenaan dengan pembelian hartanah di lelongan awam tersebut. Bagi Tanah Simpanan Melayu hanya orang Melayu sahaja dibenarkan untuk bertindak sebagai ejen / wakil.

2. (ii) Draf bank bersamaan dengan salinan Kad Pengenalan Penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan Nombor Kes Perlaksanaan (No. A/E 38- ) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelongan,Tingkat Bawah, Bangunan Mahkamah Sesyen/Majistret (Sivil), Kompleks Mahkamah Pulau Pinang, Lebuh Light, 10200 Pulau Pinang.

3. Penawar-penawar atau pembeli hendaklah mengenalpasti harta tersebut dan butir-butir mengenai harta tersebut adalah tepat. Timbalan Pendaftar tidak bertanggungjawab untuk memastikan maklumat-maklumat mengenai harta yang diperuntukkan dalam lelongan awam ini adalah tepat.

4. Pihak Plaintif adalah dengan ini bebas untuk membuat tawaran di lelongan itu dan sekiranya ia menjadi Pembeli, hendaklah menolak harga pembelian dengan amaun yang terhutang di atas gadaian tersebut setakat tarikh jualan itu berserta dengan kos dan perbelanjaan jualan itu.

5. Tawaran tidak boleh kurang daripada harga rizab yang ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya Pulau Pinang pada masa lelongan dan tawaran tidak boleh ditarik balik.

6. Tertakluk kepada harga rizab, penawar yang tertinggi, jika dibenarkan oleh Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya Pulau Pinang akan menjadi Pembeli dan Timbalan Pendaftar mempunyai kuasa untuk menolak sebarang tawaran. Jika ada apa-apa pertikaian yang timbul berkenaan dengan penawar yang tertinggi, maka ianya itu akan mengikut budi bicara Timbalan Pendaftar untuk menjual dan melelong semula atau Timbalan Pendaftar akan memutuskan pertikaian tersebut. Setiap keputusan Timbalan Pendaftar adalah muktamad.

7. Plaintif hendaklah menyediakan dan memberikan kepada Timbalan Pendaftar dan Defendan / Pemberi gadaian pada atau secepat mungkin selepas tarikh lelongan awam suatu penyata bayaran-bayaran yang kena dibayar setakat tarikh lelongan awam dalam Borang 16Q.

8. Selepas ketukan tukul terakhir, jika pembeli tidak menjelaskan baki harga jualan pembelian dengan serta merta, wang deposit 10% dari harga rizab yang didepositkan terdahulu dengan Timbalan Pendaftar akan dibayar sebagai deposit kepada Plantiff dan dengan serta merta dikreditkan ke dalam akaun Defendan sementara menunggu penjelasan sepenuhnya baki harga pembelian. Pembeli hendaklah menandatangani Memorandum di bawah syarat-syarat ini.

9. Jika pembeli gagal atau enggan menandatangani Memorandum, wang deposit 10% harga rizab akan dirampas oleh Mahkamah dan dibayar kepada pihak Plaintif setelah ditolak segala perbelanjaan jualan itu. Pembeli yang gagal membuat bayaran itu tidak layak membeli harta berkenaan dan harta itu akan ditarik balik jualan itu. Pihak Plaintif mempunyai hak untuk menuntut daripada pembeli yang ingkar apa-apa kos termasuk kos jualan semula bersama dengan sama ada pengurangan harga (jika ada) akibat jualan semula atau tiada jualan semula mengikut mana yang berkenaan.

10. Jika pembeli memberhentikan pembayaran deposit 10% harga rizab maka harta itu akan ditarik balik daripada jualan itu dan pihak Plaintif mempunyai hak untuk menuntut daripada pembeli yang ingkar apa-apa kos termasuk kos jualan semula bersama dengan pengurangan harga (jika ada) akibat jualan semula atau tiada jualan semula mengikut mana yang berkenaan.

11. i) Plaintif juga berhak menuntut daripada pembeli yang ingkar satu jumlah wang bersamaan dengan deposit tersebut setelah ditolak segala perbelanjaan jualan itu.

ii) Plantif hendaklah menyelesaikan dalam tempoh 30 hari selepas baki wang belian dibayar oleh pembeli, segala perbelanjaan jualan termasuk komisyen Mahkamah dan pelelong.

12. i) Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli kepada Plaintif dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan melalui bank draf. Sekiranya pembeli gagal untuk mematuhi syarat-syarat tersebut, wang deposit akan dirampas oleh Mahkamah dan dibayar kepada pihak Plaintif setelah ditolak segala perbelanjaan jualan itu dan harta itu akan dilelong sekali lagi. Ada apa-apa kekurangan dalam harga belian (jika ada) yang mungkin diakibatkan oleh jualan semula atau harga belian sekiranya tiada jualan semula boleh dituntut balik dari pembeli yang ingkar itu.

ii) Tarikh penyelesaian tidak boleh dilanjutkan dalam apa-apa keadaan pun.

iii) Sebaik sahaja selepas ketukan tukul terakhir, harta itu akan menjadi tanggungjawab pembeli. Timbalan Pendaftar atau Plaintif tidak akan bertanggungjawab mengenai apa-apa kehilangan atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran atau lain-lain kemalangan sebaliknya.

13. Plaintif atau peguamcara hendaklah:-

i) mengesahkan dalam tulisan kepada Timbalan Pendaftar dengan serta-merta selepas menerima baki harga belian; dan

ii) memberi kepada Timbalan Pendaftar satu penyata akaun penerimaan dan bayaran (bersama-sama dengan salinan resit bayaran) dalam tempoh 30 hari selepas baki harga belian diterima olehnya.

14. Plaintif hendaklah dalam tempoh 14 hari selepas menerima baki harga belian membayar semua sewa kepada Pihak Berkuasa Negeri atau pemberi pajakan (jika gadaian yang berkenaan adalah gadaian ke atas pajakan) dan perbelanjaan-perbelanjaan lain (termasuk cukai tanah dan pintu) yang hendaklah dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri atau Kerajaan tempatan, caj perkhidmatan (jika ada), caj-caj air dan elektrik, caj Indah Water Konsortium Sdn Bhd yang tertunggak sehingga tarikh penyempurnaan daripada harga belian harta tersebut.

15. i) Plaintif hendaklah dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pembayaran Penuh harga hartanah, memberi kepada pembeli atau peguamcaranya salinan-salinan yang diakui sah perintah-perintah perletakan (jika ada), Borang Penukaran Nama dan Borang 13 Akta Syarikat 1965 (jika ada).

ii) Duti setem dan fee pendaftaran untuk Sijil Jualan dalam Borang 16F hendaklah diuruskan oleh pembeli atau peguamcaranya dengan Pejabat Tanah yang berkenaan.

16. Selepas membayar baki harga belian dalam tempoh penyelesaian, pembeli berhak menerima daripada Timbalan Pendaftar dokumen-dokumen berikut dalam tempoh 14 hari daripada tarikh Plaintif menerima baki harga belian:-

i) Sijil Jualan dalam Borang 16F yang boleh didaftarkan yang disediakan oleh pembeli; dan

ii) salinan asal isu dokumen hakmilik harta tersebut atau isi dokumen hakmilik yang dicetak oleh komputer atau salinan pendua pajakan, mengikut mana yang berkenaan dan salinan pendua gadaian.

17. Sekiranya terdapat baki daripada harga belian setelah menolak daripada harga belian, segala perbelanjaan lelongan awam ini, Plaintif hendaklah menyerahkan baki tersebut kepada defendan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penyelesaian.

18. Harta itu adalah dipercayai dan dianggap diperihalkan dengan betul dan dijual tertakluk kepada semua ismen, kaveat, tenansi, tanggungan dan hak (jika ada) yang wujud di atas atau terhadapnya yang timbul untuk mentakrif ia masing-masing dan tiada kesilapan kenyataan yang salah akan membatalkan penjualan dan tiada bayaran gantirugi yang akan dibuat.

19. Pihak Plaintif tidak akan bertanggungjawab untuk mengemukakan dan menyerah milikan kosong harta tersebut kepada pembeli.

20. Apa-apa tunggakan cukai pintu dan cukai tanah hendaklah dibayar dari harga pembelian. Lain-lain bayaran yang bersangkutan dengan pindahmilik selepas itu hendaklah ditanggung oleh pembeli berkenaan.

21. Lelongan awam ini adalah tertakluk kepada Akta 1104/01 yang telah dikuatkuasakan mulai 1-12-2001 di mana Borang 16F diberi kepada pembeli, sebarang keperluan untuk memperolehi persetujuan Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan sekatan-sekatan kepentingan Harta tersebut adalah tidak terpakai, sepertimana yang termaktub di dalam Seksyen 301 Kanun Tanah Negara 1965.

22. Jika berlaku apa-apa percanggahan, kenyataan yang salah atau kesilapan yang terdapat di dalam terjemahan bahasa-bahasa lain mengenai butir-butir dan syarat-syarat di dalam ini, maka versi Bahasa Malaysia hendaklah dipakai.

Auction 15 Dec 2010 34 Jalan Cenderawasih 16 Nibong Tebal R.P. RM65,000


PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG

SAMAN PEMULA NO: 24-1120-2009 (MT-3)

PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-285-2010

Dalam Perkara Seksyen-Seksyen 256 dan 257, Kanun Tanah Negara 1965; Dan Dalam Perkara mengenai Gadaian yang didaftar pada 22-12-2004 di bawah Perserahan No. 38288/04 terletak di atas tanah yang dipegang dalam Suratan Hakmilik Sementara No. H.S.(D) 25069 (dahulunya dikenali sebagai No. H.S.(D) 1827) , No. PT 4772, Mukim 11, Daerah Seberang Perai Selatan, Negeri Pulau Pinang berserta premis yang dikenali sebagai No.34, Lorong 16, Taman Cenderawasih, 14300 Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, Dan Dalam Perkara Aturan 83, Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980. Antara

Malaysia Building Society Berhad (9417-K)…….………..….……...Plaintif

Dan

1. Anthonysamy A/L Lachikanathen

2. Maryaneta A/P Abeal………….............…..………Defendan-Defendan

Menurut Perintah-Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 30 November 2009, 29 Mac 2010 dan 19 Julai 2010 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah AKAN MENJUAL SECARA

L E L O N G A N A W A M

PADA HARI RABU 15 DISEMBER 2010 JAM 11.00 PAGI

DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI

LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG.

NOTA : Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-

NO.HAKMILIK HSD 25069 NO. LOT P.T. 4772 MUKIM 11 DAERAH Seberang Perai Selatan NEGERI Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan KELUASAN 89 meter persegi (958 kaki persegi) PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Malaysia Building Society Berhad melalui Gadaian Perserahan No.0799SC2004038288 yang bertarikh 22 Disember 2004 PEMILIK BERDAFTAR 1.Anthonysamy A/L Lachikanathen ½ bahagian 2. Maryaneta A/P Abeal 1/2 bahagian SYARAT NYATA Tanah ini hendaklah digunakan untuk tujuan kediaman sahaja SEKATAN KEPENTINGAN Tiada BEBANAN Kaveat Persendirian dimasuki Malaysia Building Society Berhad melalui Perserahan No. 0799B2004015494 yang bertarikh 8 September 2004

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH:-

Sebuah rumah teres satu tingkat yang beralamat No. 34, Jalan Cenderawasih 16, Taman Cenderawasih, 14300 Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

HARGA RIZAB:-

Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM65,000-00 (RINGGIT MALAYSIA ENAM PULUH LIMA RIBU SAHAJA) dan kepada syarat-syarat jualan yang dicetakan di Perisytiharan Jualan. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendeposit 10% daripada harga rizab dalam bentuk bank draf di atas nama Plaintif Malaysia Building Society Berhad sebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan awam. Bank draf bersama dengan salinan Kad Pengenalan penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan Nombor Kes Perlaksanaan (No. A/E 38-285-2010) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelongan, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh Jualan kepada Plaintif Malaysia Building Society Berhad. Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Tetuan Azham Halim & Nor Asiah, Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat Top Floor, Wisma MBSB, No. 2783, Jalan Chain Ferry, Taman Inderawasih, 13600 Perai, Pulau Pinang (No. Tal: 04-3976005 / Fax 04-3997005) [No. Ruj: AHN(P)MAH/MBSB/A1/09] atau Pelelong yang tersebut di bawah:

Auction 15 December 2010 No.403 Paradise Sandy Beach Resort







PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG

SAMAN PEMULA NO: 24-1773-2006 (MT-4)

PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-715 -2010

Dalam perkara mengenai Seksyen 256 Akta 56 Kanun Tanah Negara 1965; Dan Dalam perkara mengenai Aturan 31 dan Aturan 83 Kaedah 1 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980; Dan Dalam perkara Gadaian yang bertarikh 25/04/1994 yang telah didaftarkan pada 17/05/1994 melalui Jilid 600, Folio 58, Perserahan No. 6897/94 terhadap tanah yang dipegang di bawah Hakmilik Berdaftar H.B.(M) 72, Lot No. 960, H.B.(M) 73, Lot 3613, H.B.(M) 74, Lot No. 3612 Mukim Tanjong Bungah, Daerah Timur Laut, Negeri Pulau Pinang. Antara

AMBANK (M) BERHAD (8515-D)…….……………………....................................................………………..…….………...Plaintif

Dan

LEE NGAN OI (NO K/P:6810277)………………….................................................…..……….….……..…..…..………Defendan

Menurut Perintah-Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 11 Jun 2008, 4 Februari 2009, dan 22 September 2010, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah AKAN MENJUAL SECARA

L E L O N G A N A W A M

PADA HARI RABU 15 DISEMBER 2010 JAM 11.00 PAGI

DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI

LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG.

NOTA : Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-

NO.HAKMILIK GRN 63525, GRN 76350 & GRN 77059 LOT 3613, 4075 & 4076 MUKIM Bandar Tanjong Bungah DAERAH Timur Laut NEGERI Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KATEGORI KEGUNAAN TANAH Tiada KELUASAN 7,085 meter persegi PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada AmFinance Bhd melalui Gadaian Perserahan Jilid 600, Folio 58 No. 6897/94, yang bertarikh 17 Mei 1994 PEMILIK BERDAFTAR MBf Property Services Sdn Bhd 1/1 bahagian PEMAJAK BERDAFTAR Lee Ngan Oi BEBANAN Pajakan 30 tahun (lupus pada 30/4/2023) SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah suite hotel studio yang beralamat No. 0403 Level 4 Paradise Sandy Beach Resort, No. 527 Jalan Tanjong Bungah, 11200 Pulau Pinang

HARGA RIZAB

Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM152,000-00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS LIMA PULUH DUA RIBU SAHAJA) dan kepada syarat-syarat jualan yang dicetakan di Perisytiharan Jualan. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendeposit 10% daripada harga rizab dalam bentuk bank draf di atas nama Plaintif Ambank (M) Berhad sebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan awam. Bank draf bersama dengan salinan Kad Pengenalan penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan Nombor Kes Perlaksanaan (No. A/E 38-715-2010) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelongan, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh Jualan kepada Plaintif Ambank (M) Berhad. Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Tetuan K. K. Lim & Associates, Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat Unit No. J-03-13, No. 2, Jalan Solaris, Solaris Mont’ Kiara, 50480 Kuala Lumpur (No. Tal: 03-62030303 / Fax 03-62030391) [No. Ruj: KKL/AMFB/10635-03/Nor] atau Pelelong yang tersebut di bawah:

kcyeap@ymail.com

P