Wednesday, June 8, 2011

Auction 15 Jun 2011 (Wed) K. Kangsar Land R.P. RM135,000

PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG

SAMAN PEMULA NO: 24-421-2008 (MT 4)_

PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-222-2010

Dalam Perkara Seksyen 256 sehingga 259 dan 266 sehingga 269 Kanun Tanah Negara 1965.Dan dalam perkara mengenai Gadaian Perserahan 36548/2006, Jilid No:- Folio No:- di atas harta yang dikenali sebagai No. Lot 3389 yang terkandung dalam GRN 55246, Mukim Kota Lama Kanan, Daerah Kuala Kangsar, Negeri Perak. Dan dalam perkara mengenai Aturan-Aturan 7, 10, 12, 28, 31 dan 83, Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 Antara

BANK PERTANIAN MALAYSIA…….………………………..………………….…………….…...Plaintif

Dan

LOGESWARI A/P SERIRAHMAN……..…..……………………………………….…..………Defendan

Menurut Perintah-Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 15 Julai 2009, 16 September 2009 dan 21 Februari 2011 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah AKAN MENJUAL SECARA L E L O N G A N A W A M

PADA HARI RABU 15 JUN 2011 JAM 11.00 PAGI

DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI

LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG

NOTA : Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-

NO.HAKMILIK GRN 55246 NO. LOT 3389 MUKIM Kota Lama Kanan DAERAH Kuala Kangsar NEGERI Perak PEGANGAN Selama-lamanya KATEGORI KEGUNAAN TANAH Pertanian KELUASAN 2.0184 Hektar (4.987Ekar) PEMILIK BERDAFTAR Logeswari A/P Serirahman 1/1 bahagian SYARAT NYATA Pertanian SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Bank Pertanian Malaysia melalui GadaianPerserahan No. 36548/2006 didaftarkan pada 24 Ogos 2006

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sekeping tanah pertanian yang dikenali sebagai No. Lot 3389 GRN 55246, Mukim Kota Lama Kanan, Daerah Kuala Kangsar, Negeri Perak

HARGA RIZAB

Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 135,000-00 (RINGGIT MALAYSIA SERATUS TIGA PULUH LIMA RIBU SAHAJA) dan kepada syarat-syarat jualan yang dicetakan di Perisytiharan Jualan. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendeposit 10% daripada harga rizab dalam bentuk bank draf di atas nama Plaintif BANK PERTANIAN MALAYSIA sebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan awam. Bank draf bersama dengan salinan Kad Pengenalan penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan Nombor Kes Perlaksanaan (No. A/E 38-222-2010) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelongan, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh Jualan kepada Plaintif BANK PERTANIAN MALAYSIA. Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Tawfeek Badjenid & Partners, Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat Level 16, Suite 1, NB Tower 5050, Jalan Bagan Luar, 12000 Butterworth (No. Tal: 04-3333842 / Fax 04-3333847) [No. Ruj: TBP/BW/L/FC/71412/07/bilal/84] atau Pelelong yang tersebut di bawah:

KC SUNSHINE AGENCY YEAP KAM CHOY

48 JALAN ARGYLL Pelelong Berlesen

10050 PULAU PINANG H/P 012-4473722

Tel:04-2626161 Fax: 04-2620822 kcsunshine2u@blogspot.com