Monday, May 16, 2011

22 Lrg Sejahtera 7 BM RP: RM68,850 High Court 18/5/11


PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG

SAMAN PEMULA NO: 24-1870-2008 (M.T.4)

PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-83-2010

Dalam perkara mengenai Seksyen-Seksyen 256-259 Kanun Tanah Negara 1965; Dan Dalam perkara mengenai Gadaian Perserahan No. 195/2005 ke atas tanah yang dikenali sebagai Lot 6991, Mukim 15, Daerah Seberang Perai Tengah, Negeri Pulau Pinang yang dipegang di bawah Hakmilik Sementara No. H.S.(D) 35480 Dan Dalam perkara mengenai Aturan-Aturan 7,28 dan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980

Antara

Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (Syarikat No. 115793-P)………….……...Plaintif

Dan

Mohamad Zin Bin Junoh………………..…………..………………………………………………….……Defendan

….

Menurut Perintah-Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 15 Julai 2009 dan 7 Februari 2011 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah akan menjual secara

LELONGAN AWAM

PADA HARI RABU 18 MEI 2011 JAM 11.00 PAGI

DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI

LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG.

NOTA : Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-

NO.HAKMILIK H.S.(D) 35480 NO. LOT 6991 MUKIM 15 DAERAH Seberang Perai Tengah NEGERI Pulau Pinang PEGANGAN Kekal KELUASAN 102.19 meter persegi (1,100 kaki persegi) PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 195/2005 didaftarkan pada 10 Januari 2005 KATEGORI KEGUNAAN TANAH Tiada PEMILIK BERDAFTAR Mohamad Zin Bin Junoh 1/1 bahagian SYARAT-SYARAT NYATA First Grade

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah teres satu tingkat yang beralamat No. 22, Lorong Sejahtera 7, Taman Sejahtera,

14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

HARGA RIZAB

Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM68,850-00 (RINGGIT MALAYSIA ENAM PULUH LAPAN RIBU LAPAN RATUS LIMA PULUH SAHAJA) dan kepada syarat-syarat jualan yang dicetakan di Perisytiharan Jualan. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendeposit 10% daripada harga rizab dalam bentuk bank draf di atas nama Plaintif Standard Chartered Bank Malaysia Berhad sebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan awam. Bank draf bersama dengan salinan Kad Pengenalan penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan Nombor Kes Perlaksanaan (No. A/E 38-83-2010) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelongan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Kompleks Mahkamah Pulau Pinang, Lebuh Light, 10200 Pulau Pinang. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan kepada Plaintif Standard Chartered Bank Malaysia Berhad.

Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Tetuan See, Ramsun & Tan, Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat 8 Jalan Tavoy, 10050, PULAU PINANG (No. Tal: 04-2295811 / Fax 04-2285989) [No Ruj: CKM/LCS/ER/SCB/07/1413] atau Pelelong yang tersebut di bawah: