Monday, May 14, 2012

20jun2012 15 Lrg Impian Ria 8 Alma BM RM72,900


PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI  PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO: 24-130-2011
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-437-2011
Dalam perkara Gadaian Perserahan No. 536/97, Jilid No. 133, Folio No. 75 ke atas No. Lot 8035, Mukim 14, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang terkandung di dalam Suratan Hakmilik Sementara No. H.S. (M) 3837  Dan Dalam perkara di bawah  Seksyen-Seksyen  256 (3) (c), 263 dan 265(3)(b) Kanun Tanah Negara, 1965 Dan Dalam perkara menjalankan jualan ke atas tanah yang digadaikan di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah menurut rujukan dalam PTSPT/D/1414 Dan Dalam perkara  mengenai Aturan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.                                                                                                             Antara
RESOLUTION ALLIANCE SDN BHD
(dahulunya dikenali sebagai Glorious Flame Sdn Bhd dan telah mengambil  alih asset,manfaat, hakmilik  dan kepentingan dari Malayan Banking Berhad melalui ‘ Vesting Order’ bertarikh 17hb April 2008, Malayan Banking Berhad telah mengambil alih segala hak, kuasa, kepentingan, aset-aset dan tanggungan Mayban Finance Berhad (3905-T) melalui Perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam Guaman No. 24-231-2004 yang bertarikh 17hb Ogos 2004)……………………………….………….……………………………………...............................………………...Plaintif     
         Dan
LEE CHOON BENG…..……………………..………..………………….………………….…..........................………Defendan
Menurut  Perintah-Perintah  Mahkamah Tinggi  Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 26 April  2011 dan 24 April 2012 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah  akan menjual secara
L E L O N G A N    A W A M
PADA  HARI RABU 20 JUN 2012 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK                H.S. (M) 3837 NO. LOT               8035 MUKIM, DAERAH, NEGERI 14, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KELUASAN 111meter persegi (1195 kaki persegi) CUKAI TAHUNAN RM40.00 PEMILIK BERDAFTAR Lee Choon Beng 1/1 bahagian SYARAT-SYARAT NYATA                                     Tanah ini hendaklah digunakan untuk tujuaan kediaman sahaja  SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Malayan Banking Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 536/97 didaftarkan  pada 7 Mac 1997 KATEGORI KEGUNAAN TANAH  Bangunan
NOTA :                Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah teres satu  (1) tingkat  yang beralamat No. 15, Lorong Impian Ria 8, Taman Impian Ria, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 72,900-00 (RINGGIT MALAYSIA TUJH PULUH DUA RIBU SEMBILAN RATUS) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Resolution Alliance Sdn Bhd sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan No. A/E 38-437-2011 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Resolution Alliance Sdn Bhd dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.

Thursday, May 10, 2012

5 Jun 12 No. 12, Lorong Bertam Indah 47, Kepala Batas RM110,000


PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI  PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO: 24-1492-2011
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-109-2012
Dalam perkara  mengenai Perjanjian Gadaian dan Lampiran yang bertarikh 8/8/2007 di antara RHB Bank Berhad dengan Mohd Nizan Bin Md Jusoh ; Dan Dalam perkara mengenai Perjanjian Gadaian dan Lampiran yang bertarikh 8/8/2007 yang didaftarkan di bawah Gadaian Perserahan No. 26446/2007 ke atas hartanah yang dipegang di bawah Geran No. Hakmilik GRN 80943, No. Lot 3716, Mukim 6, Daerah Seberang Perai Utara, Negeri Pulau Pinang dengan alamat No. 12, Lorong Bertam Indah 47, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang; Dan Dalam perkara mengenai Seksyen 256 dan 257  Kanun Tanah Negara 1965;  Dan Dalam perkara  mengenai Aturan 83,  Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan di bawah bidang kuasa sedia ada Mahkamah.                                                               Antara
RHB Bank Berhad (No. Syarikat 6171-M)…………….……..…………………………………….….…...Plaintif     
        Dan
Mohd Nizan Bin Md Jusoh (No. K/P 770324-07-5975 /A3609595)……………………….……….……Defendan

Menurut  Perintah-Perintah  Mahkamah Tinggi  Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 16 November 2011 dan 5 April 2012 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah  akan menjual secara
L E L O N G A N    A W A M
PADA  HARI SELASA 5 JUN 2012 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG

BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO. HAKMILIK GRN 80943 NO.  LOT 3716 MUKIM, DAERAH, NEGERI 6, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KELUASAN 133  meter persegi ( 1431 kaki persegi) CUKAI TAHUNAN RM40.00 PEMILIK BERDAFTAR     Mohd Nizan Bin Md Jusoh (No. K/P 770324-07-5975 /A3609595 1/1 bahagian SYARAT-SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada
PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada RHB Bank Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 0799SC2007026446 didaftarkan  pada 6 September  2007 KATEGORI KEGUNAAN TANAH            Tiada

NOTA :                Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah teres satu  (1) tingkat  yang beralamat No. 12, Lorong Bertam Indah 47, Taman Bertam Indah, 13200 Kepala Batas, Pulau Pinang

HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 110,000-00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS SEPULUH RIBU) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, RHB Bank Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan No. A/E 38-109-2012 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada RHB Bank Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan

Syarat-Syarat Jualan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang


SYARAT-SYARAT JUALAN LELONGAN DI MAHKAMAH TINGGI
 PULAU PINANG

1. i. Semua penawar yang ingin membuat tawaran adalah dikehendaki memdaftar diri dan mendepositkan kepada Mahkamah satu jumlah sebanyak 10% dari harga rizab yang ditetapkan untuk harta tersebut melalui Bank Draf atas nama Plaintif.  Sekiranya didapati Bank Draf tersebut kurang atau melebihi 10% daripada harga rizab yang ditetapkan, Bank Draf tersebut tidak akan diterima oleh Mahkamah.  Bank Draf hendaklah dimasukkan sebelum jam 09.30 pagi pada hari lelongan dan penerimaan Bank Draf selepas jam 09.30 pagi adalah tertakluk kepada budi bicara Mahkamah.

1. ii.  Semua penawar yang ingin membuat tawaran dikehendaki memasukkan Bank Draf bersama kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan).  Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut .  Bagi penawaran oleh syarikat, Borang 49 Akta Syarikat 1965, Memorandum dan Artikel Syarikat serta Resolusi Pengarah yang ditandatangani oleh kesemua pengarah hendaklah disertakan.  Nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat, alamat berdaftar syarikat yang terkini dan nombor kes pelaksanaan hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut.

1. iii. Semua penawar yang telah memasukkan bank Draf tidak boleh menarik diri daripada lelongan kecuali dengan kebenaran Mahkamah.  Bank Draf hanya akan dikembalikan selepas lelongan selesai.

2.  Penawar hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas.  Kelayakan penawar adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada dan berkuat kuasa di tempat hartanah yang terlibat dengan lelongan.

3.  Mana-mana orang yang ingin membuat bidaan dalam lelongan bagi pihak orang perseorangan, badan berkanun atau syarikat adalah dikehendaki mengemukakan suatu surat pengesahan kepada Mahkamah sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan yang mengesahkan beliau telah diberi kuasa untuk menjadi wakil dalam membuat bidaan dan menandatangani semua dokumen berkenaan dengan pembelian hartanah.

4.  Lelongan hendaklah dijalankan pada pukul 10.30 pagi melainkan pada masa lain yang ditetapkan oleh Mahkamah.

5.  Mana-mana warganegara asing atau syarikat asing tidak boleh menjadi penawar bagi hartanah yang tertakluk kepada  kategori pertanian atau bangunan kecuali dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.  Bagi hartanah yang kurang dari RM150,000.00 kebenaran secara bertulis daripada Jawatankuasa Pelaburan Asing hendaklah diperolehi.

6.  Penawar adalah bertanggungjawab untuk mengenal pasti hartanah dan memastikan butir-butir hartanah adalah betul dan tepat.

7.  Plaintif yang dibenarkan menjadi penawar melalui perintah Mahkamah boleh membuat bidaan dan adalah tertakluk kepada syarat syarat jualan.

8.  Sekiranya penawar yang telah mendaftar diri dan membayar deposit gagal membuat sebarang bidaan semasa lelongan dijalankan penawar tersebut bolehlah disenaraihitamkan dan dihalang daripada menjadi penawar selama setahun dan lelongan akan ditangguhkan.

9.  Tawaran untuk bidaan hendaklah tidak kurang daripada harga kenaikan yang ditetapkan oleh Mahkamah pada masa lelongan.

10.  Lelongan adalah dianggap muktamad selepas ketukan tukul atau bunyi  loceng terakhir.

11.  Plaintif hendaklah menyedia dan menyerah Borang 16Q kepada Mahkamah dan Defendan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh lelongan.

12  Memorandum Jualan hendaklah disediakan oleh Pelelong dalam empat (4) salinan dan hendaklah ditandatangani oleh penawar yang berjaya, Plaintif atau Peguam Plaintif dan Pegawai Mahkamah yang menyaksikan proses lelongan tersebut pada hari yang sama dan setem bolehlah dimatikan oleh Mahkamah yang menjalankan lelongan.

13. Memorandum Jualan yang telah disempurnakan hendaklah diserahkan kepada Penawar yang berjaya,  Plaintif atau Peguam Plaintif, Mahkamah dan satu salinan untuk simpanan Pelelong.

14. Penawar yang berjaya hendaklah menandatangani Memorandum Jualan dan juga hendaklah membuat pembayaran baki harga belian dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.  Kegagalan penawar yang berjaya untuk memenuhi kedua-dua syarat tersebut akan menyebabkan jualan tersebut adalah terbatal dan wang deposit 10% daripada harga rizab akan dirampas oleh Mahkamah dan dibayar kepada Plaintif setelah ditolak segala perbelanjaan jualan lelongan tersebut.

15. Setelah Memorandum Jualan ditandatangani, hartanah tersebut akan menjadi tanggungjawab penawar yang berjaya.  Mahkamah atau Plaintif tidak akan bertanggungan ke atas apa-apa kehilangan, kerosakan atau kemusnahan hartanah tersebut.

16. Plaintif atau Peguam Plaintif hendaklah menyerahkan kepada Mahkamah dalam tempuh tujuh (7) hari selepas baki harga belian diterima, satu Perakuan bertulis penerimaan baki harga belian berserta salinan resit bayaran.

17. Plaintiff atau Peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima baki harga belian:

i)  membayar semua bayaran yang tertunggak kepada Pihak Berkuasa Negeri atau pemberi pajakan (jika gadaian yang berkenaan adalah gadaian ke atas pajakan) dan perbelanjaan-perbelanjaan lain (termasuk cukai tanah, cukai pintu, caj perkhidmatan (jika ada) dan bil-bil utiliti yang tertunggak setakat tarikh lelongan) yang didapati wajar oleh mahkamah untuk dibayar kepada Pihak berkuasa Tempatan.

ii) memberi  salinan-salinan resit untuk pembayaran perbelanjaan-perbelanjaan di para (i) di atas kepada penawar yang berjaya.

18. Plaintif atau peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan baki harga belian menyerahkan kepada mahkamah  suatu Penyata Akaun Penerimaan dan bayaran.

19. Plaintif  hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima baki harga belian memberi kepada penawar yang berjaya salinan yang diakui sah perintah-perintah perletakhakkan (jika ada), Borang Penukaran Nama dan Borang 13 Akta syarikat (jika ada) dan dokumen-dokumen lain (termasuk duti setem dan fi pendaftaran) bagi membolehkan penawar yang berjaya mendaftarkan Sijil Jualan dalam Borang 16F dengan Pejabat Tanah yang berkenaan.

20. Selepas membayar sepenuhnya baki harga belian dalam tempoh penyelesaian, penawar yang berjaya berhak menerima daripada Mahkamah dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh mahkamah menerima Perakuan Bertulis penerimaan baki harga belian daripada Plaintif dokumen-dokumen berikut:-

i)  Sijil Jualan dalam Borang 16F yang boleh didaftarkan yang telah disediakan oleh penawar yang berjaya: dan

ii)  Salinan asal dokumen Ikatan Gadaian atau Geran Hak Milik Tanah atau dokumen hak milik keluaran  yang dicetak oleh komputer atau salinan pendua pajakan mengikut mana yang berkenaan.

21. Sekiranya terdapat baki harga belian setelah ditolak jumlah yang terhutang oleh Defendan di atas gadaian tersebut termasuk segala perbelanjaan lelongan dan juga perbelanjaan di para 17 (i) di atas, Plaintif hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan penuh baki harga belian menyerahkan kepada Defendan lebihan baki harga belian tersebut.

22. Hartanah yang berjaya dilelong adalah dipercayai dan akan dianggap sebagai diperihalkan dengan betul dan dijual tertakluk kepada semua ismen, kaveat, tenansi, tanggungan dan hak (jika ada) yang wujud di atas atau terhadapnya yang timbul untuk mentakrif ia masing-masing dan tiada kesilapan kenyataan yang salah atau deskripsi yang salah akan membatalkan penjualan dan tiada bayaran gantirugi yang akan dibuat.

23. Pihak Plaintif tidak akan bertanggungjawab untuk mengemukakan dan menyerah milikan kosong hartanah berkenaan kepada penawar yang berjaya.

24. Jika Borang 16F diserahkan kepada penawar yang berjaya, sebarang keperluan untuk memperolehi persetujuan Pihak Berkuasa Negeri  berkenaan dengan sekatan-sekatan kepentingan hartanah tersebut adalah tidak terpakai.

25. Jika berlaku apa-apa percanggahan, kenyataan yang salah atau kesilapan yang terdapat di dalam terjemahan bahasa-bahasa lain mengenai butir-butir dan syarat-syarat jualan ini, maka versi Bahasa Malaysia hendaklah terpakai.