Wednesday, November 21, 2012

Conditions of Sales ....MUST READ

SYARAT-SYARAT JUALAN LELONGAN DI MAHKAMAH TINGGI
 PULAU PINANG
1. i. Semua penawar yang ingin membuat tawaran adalah dikehendaki memdaftar diri dan mendepositkan kepada Mahkamah satu jumlah sebanyak 10% dari harga rizab yang ditetapkan untuk harta tersebut melalui Bank Draf atas nama Plaintif.  Sekiranya didapati Bank Draf tersebut kurang atau melebihi 10% daripada harga rizab yang ditetapkan, Bank Draf tersebut tidak akan diterima oleh Mahkamah.  Bank Draf hendaklah dimasukkan sebelum jam 09.30 pagi pada hari lelongan dan penerimaan Bank Draf selepas jam 09.30 pagi adalah tertakluk kepada budi bicara Mahkamah.
1. ii.  Semua penawar yang ingin membuat tawaran dikehendaki memasukkan Bank Draf bersama kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan).  Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut .  Bagi penawaran oleh syarikat, Borang 49 Akta Syarikat 1965, Memorandum dan Artikel Syarikat serta Resolusi Pengarah yang ditandatangani oleh kesemua pengarah hendaklah disertakan.  Nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat, alamat berdaftar syarikat yang terkini dan nombor kes pelaksanaan hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut.
1. iii. Semua penawar yang telah memasukkan bank Draf tidak boleh menarik diri daripada lelongan kecuali dengan kebenaran Mahkamah.  Bank Draf hanya akan dikembalikan selepas lelongan selesai.
2.  Penawar hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas.  Kelayakan penawar adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada dan berkuat kuasa di tempat hartanah yang terlibat dengan lelongan.
3.  Mana-mana orang yang ingin membuat bidaan dalam lelongan bagi pihak orang perseorangan, badan berkanun atau syarikat adalah dikehendaki mengemukakan suatu surat pengesahan kepada Mahkamah sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan yang mengesahkan beliau telah diberi kuasa untuk menjadi wakil dalam membuat bidaan dan menandatangani semua dokumen berkenaan dengan pembelian hartanah.
4.  Lelongan hendaklah dijalankan pada pukul 10.30 pagi melainkan pada masa lain yang ditetapkan oleh Mahkamah.
5.  Mana-mana warganegara asing atau syarikat asing tidak boleh menjadi penawar bagi hartanah yang tertakluk kepada  kategori pertanian atau bangunan kecuali dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.  Bagi hartanah yang kurang dari RM150,000.00 kebenaran secara bertulis daripada Jawatankuasa Pelaburan Asing hendaklah diperolehi.
6.  Penawar adalah bertanggungjawab untuk mengenal pasti hartanah dan memastikan butir-butir hartanah adalah betul dan tepat.
7.  Plaintif yang dibenarkan menjadi penawar melalui perintah Mahkamah boleh membuat bidaan dan adalah tertakluk kepada syarat syarat jualan.
8.  Sekiranya penawar yang telah mendaftar diri dan membayar deposit gagal membuat sebarang bidaan semasa lelongan dijalankan penawar tersebut bolehlah disenaraihitamkan dan dihalang daripada menjadi penawar selama setahun dan lelongan akan ditangguhkan.
9.  Tawaran untuk bidaan hendaklah tidak kurang daripada harga kenaikan yang ditetapkan oleh Mahkamah pada masa lelongan.
10.  Lelongan adalah dianggap muktamad selepas ketukan tukul atau bunyi  loceng terakhir.
11.  Plaintif hendaklah menyedia dan menyerah Borang 16Q kepada Mahkamah dan Defendan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh lelongan.
12  Memorandum Jualan hendaklah disediakan oleh Pelelong dalam empat (4) salinan dan hendaklah ditandatangani oleh penawar yang berjaya, Plaintif atau Peguam Plaintif dan Pegawai Mahkamah yang menyaksikan proses lelongan tersebut pada hari yang sama dan setem bolehlah dimatikan oleh Mahkamah yang menjalankan lelongan.
13. Memorandum Jualan yang telah disempurnakan hendaklah diserahkan kepada Penawar yang berjaya,  Plaintif atau Peguam Plaintif, Mahkamah dan satu salinan untuk simpanan Pelelong.
14. Penawar yang berjaya hendaklah menandatangani Memorandum Jualan dan juga hendaklah membuat pembayaran baki harga belian dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.  Kegagalan penawar yang berjaya untuk memenuhi kedua-dua syarat tersebut akan menyebabkan jualan tersebut adalah terbatal dan wang deposit 10% daripada harga rizab akan dirampas oleh Mahkamah dan dibayar kepada Plaintif setelah ditolak segala perbelanjaan jualan lelongan tersebut.
15. Setelah Memorandum Jualan ditandatangani, hartanah tersebut akan menjadi tanggungjawab penawar yang berjaya.  Mahkamah atau Plaintif tidak akan bertanggungan ke atas apa-apa kehilangan, kerosakan atau kemusnahan hartanah tersebut.
16. Plaintif atau Peguam Plaintif hendaklah menyerahkan kepada Mahkamah dalam tempuh tujuh (7) hari selepas baki harga belian diterima, satu Perakuan bertulis penerimaan baki harga belian berserta salinan resit bayaran.
17. Plaintiff atau Peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima baki harga belian:
i)  membayar semua bayaran yang tertunggak kepada Pihak Berkuasa Negeri atau pemberi pajakan (jika gadaian yang berkenaan adalah gadaian ke atas pajakan) dan perbelanjaan-perbelanjaan lain (termasuk cukai tanah, cukai pintu, caj perkhidmatan (jika ada) dan bil-bil utiliti yang tertunggak setakat tarikh lelongan) yang didapati wajar oleh mahkamah untuk dibayar kepada Pihak berkuasa Tempatan.
ii) memberi  salinan-salinan resit untuk pembayaran perbelanjaan-perbelanjaan di para (i) di atas kepada penawar yang berjaya.
18. Plaintif atau peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan baki harga belian menyerahkan kepada mahkamah  suatu Penyata Akaun Penerimaan dan bayaran.
19. Plaintif  hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima baki harga belian memberi kepada penawar yang berjaya salinan yang diakui sah perintah-perintah perletakhakkan (jika ada), Borang Penukaran Nama dan Borang 13 Akta syarikat (jika ada) dan dokumen-dokumen lain (termasuk duti setem dan fi pendaftaran) bagi membolehkan penawar yang berjaya mendaftarkan Sijil Jualan dalam Borang 16F dengan Pejabat Tanah yang berkenaan.
20. Selepas membayar sepenuhnya baki harga belian dalam tempoh penyelesaian, penawar yang berjaya berhak menerima daripada Mahkamah dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh mahkamah menerima Perakuan Bertulis penerimaan baki harga belian daripada Plaintif dokumen-dokumen berikut:-
i)  Sijil Jualan dalam Borang 16F yang boleh didaftarkan yang telah disediakan oleh penawar yang berjaya: dan
ii)  Salinan asal dokumen Ikatan Gadaian atau Geran Hak Milik Tanah atau dokumen hak milik keluaran  yang dicetak oleh komputer atau salinan pendua pajakan mengikut mana yang berkenaan.
21. Sekiranya terdapat baki harga belian setelah ditolak jumlah yang terhutang oleh Defendan di atas gadaian tersebut termasuk segala perbelanjaan lelongan dan juga perbelanjaan di para 17 (i) di atas, Plaintif hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan penuh baki harga belian menyerahkan kepada Defendan lebihan baki harga belian tersebut.
22. Hartanah yang berjaya dilelong adalah dipercayai dan akan dianggap sebagai diperihalkan dengan betul dan dijual tertakluk kepada semua ismen, kaveat, tenansi, tanggungan dan hak (jika ada) yang wujud di atas atau terhadapnya yang timbul untuk mentakrif ia masing-masing dan tiada kesilapan kenyataan yang salah atau deskripsi yang salah akan membatalkan penjualan dan tiada bayaran gantirugi yang akan dibuat.
23. Pihak Plaintif tidak akan bertanggungjawab untuk mengemukakan dan menyerah milikan kosong hartanah berkenaan kepada penawar yang berjaya.
24. Jika Borang 16F diserahkan kepada penawar yang berjaya, sebarang keperluan untuk memperolehi persetujuan Pihak Berkuasa Negeri  berkenaan dengan sekatan-sekatan kepentingan hartanah tersebut adalah tidak terpakai.
25. Jika berlaku apa-apa percanggahan, kenyataan yang salah atau kesilapan yang terdapat di dalam terjemahan bahasa-bahasa lain mengenai butir-butir dan syarat-syarat jualan ini, maka versi Bahasa Malaysia hendaklah terpakai.Court

26 dec 2012 No 39, Lorong Desa Sena 7,Tasek Gelugor RM108,000



L E L O N G A N    A W A M
PADA  HARI RABU 26 DISEMBER 2012 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO. HAKMILIK GRN 78390 NO.  LOT 5450 MUKIM, DAERAH, NEGERI 12, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KELUASAN 111  meter persegi ( 1195 kaki persegi) CUKAI TAHUNAN: RM 40.00  PEMILIK BERDAFTAR  Salihim Bin Nadzri (No. K/P 771229-07-5349 /A3945031) 1/1 bahagian SYARAT-SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada BEBANAN Kaveat Persendirian didaftarkan atas Tanah oleh Malaysia Building Society Berhad pada 17 Mei 2007 PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Malaysia Building Society Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 19399/2007 didaftarkan pada 12 Julai 2007
KATEGORI KEGUNAAN TANAH Tiada
NOTA :            Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah teres satu (1) tingkat  yang beralamat No. 39, Lorong Desa Sena 7, Taman Desa Sena, 13300 Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 108,000-00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS DAN LAPAN RIBU) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Malaysia Building Society Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan No. 38-514-05/2012 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Malaysia Building Society Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan

27 nov 2012 No. 61 Jln Seri Menderong 3 Tasek Gelugor RM36,450



L E L O N G A N    A W A M
PADA  HARI SELASA 27 NOVEMBER 2012 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO. HAKMILIK GRN 109463 [dahulunya dikenali sebagai H.S (D) 3853] NO.  LOT 3834 MUKIM, DAERAH, NEGERI 12, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang  PEGANGAN Selama-lamanya KELUASAN 93  meter persegi  (1,001 kaki persegi) CUKAI TAHUNAN RM 40.00 PEMILIK BERDAFTAR Sabri Bin Jamaluddin (No. K/P T1067875) 1/1 bahagian SYARAT-SYARAT NYATA Tanah yang diberi milik ini hendaklah digunakan untuk kediaman sahaja SEKATAN KEPENTINGAN Tanah yang diberi milik ini tidak boleh dipindahmilik, dipajak, pajakan kecil atau sebarang bentuk jua sekalipun tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Mayban Finance  Berhad melalui Gadaian Perserahan No. : 0799SC2002014078 yang  didaftarkan  pada 11-07-2002 KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan
NOTA :                Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah teras satu (1) tingkat yang beralamat NO. 61 JALAN SERI MENDERONG 3, TAMAN SERI MENDERONG, 13300 TASEK GELUGOR, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG.

HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 36,450-00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA PULUH  ENAM  RIBU EMPAT RATUS LIMA PULUH) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan.  Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Mayban Finance Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-207-2007 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Mayban Finance Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.

11 dec 2012 No. 556A Block D-8 Lbh Tuna Seberang Jaya RM49,500





L E L O N G A N    A W A M
PADA  HARI SELASA 11 DISEMBER 2012 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO. HAKMILIK Pajakan Strata Negeri 1101/M1/2/4 NO.  LOT 4523 MUKIM, DAERAH, NEGERI 1, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang PEGANGAN Pajakan Negeri 99 tahun (lupus pada 4 Jun 2081) KELUASAN 51  meter persegi ( 549 kaki persegi) PEMILIK-PEMILIK BERDAFTAR 1. Jeevaretnam A/L Paramasivam (No. K/P:780402-07-5671) 1/2 bahagian 2. A Anjalai Devi A/P Ayasamy (No. K/P: 770814-07-5572) 1/2 bahagian SYARAT-SYARAT NYATA Tanah yang diberimilik ini hendaklah digunakan bagi tujuan kediaman (rumah pangsa) SEKATAN KEPENTINGAN Tanah yang diberi milik ini tidak boleh dipecah sempadan,  pindah milik, cagar, pajak, pajakan kecil atau dengan apa-apa urusan sekali pun dilupuskan dengan tiada kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Malayan Banking Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 10458/2004  didaftarkan  pada 5 Mei  2004 KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan

NOTA :                Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah pangsa dua  (2) bilik  yang beralamat No. 556A Blok D-8, Lebuh Tuna,  Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang

HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 49,500-00 (RINGGIT MALAYSIA EMPAT PULUH SEMBILAN RIBU LIMA RATUS) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Malayan Banking Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-207-2012 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Malayan Banking Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.