Thursday, February 14, 2013

12 Mar 2013 High Court Gedung Heights RM145,000




L E L O N G A N    A W A M
PADA  HARI SELASA 12 MAC 2013 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK Pajakan Negeri 2336/M4/4/186 (Dahulunya dikenali sebagai HBM52/M4/4/186)  NO.  LOT 9519 MUKIM,  DAERAH, NEGERI12,  Barat Daya , Pulau Pinang  PEGANGAN Pajakan selama 99 tahun yang tamat pada 19/11/2090 KELUASAN              75  meter persegi ( 807 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR 1. Virakkumaanan A/L Kanisen 1/3 bahagian 2. Poopathy A/P Singaram 1/3 bahagian 3. Kanisen A/L P Patchimuthu 1/3 bahagian KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan SYARAT-SYARAT NYATA Tanah yang diberi  milik ini hendaklah digunakan bagi tujuan kediaman sahaja SEKATAN KEPENTINGAN Tanah yang diberi milik ini tidak boleh dipindah milik, cagar, pajak, pajak kecil atau dengan apa urusan sekali pun dilupuskan tanpa kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri PAJAKAN BERDAFT Dicagarkan kepada RHB Bank Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 18398/2008 yang  didaftarkan  pada  04//06/2008
NOTA :                Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH 

Sebuah rumah pangsa tiga (3) bilik  dalam  Cangkat Mayang Pasir, Gedung Heights Apartment,  11950 Bayan

 Lepas,  Pulau Pinang



HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 145,000-00 (RINGGIT MALAYSIA SATU  RATUS EMPAT PULUH LIMA RIBU) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, RHB Bank Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-972-12/2012 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada RHB Bank Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.

Conditions of Sales - Penang High Court Auctions

Syarat2 Jualan Lelongan Mahkamah Tinggi P Pinang

1. i. Semua penawar yang ingin membuat tawaran adalah dikehendaki memdaftar diri dan mendepositkan kepada Mahkamah satu jumlah sebanyak 10% dari harga rizab yang ditetapkan untuk harta tersebut melalui Bank Draf atas nama Plaintif.  Sekiranya didapati Bank Draf tersebut kurang atau melebihi 10% daripada harga rizab yang ditetapkan, Bank Draf tersebut tidak akan diterima oleh Mahkamah.  Bank Draf hendaklah dimasukkan sebelum jam 09.30 pagi pada hari lelongan dan penerimaan Bank Draf selepas jam 09.30 pagi adalah tertakluk kepada budi bicara Mahkamah.
1. ii.  Semua penawar yang ingin membuat tawaran dikehendaki memasukkan Bank Draf bersama kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan).  Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut .  Bagi penawaran oleh syarikat, Borang 49 Akta Syarikat 1965, Memorandum dan Artikel Syarikat serta Resolusi Pengarah yang ditandatangani oleh kesemua pengarah hendaklah disertakan.  Nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat, alamat berdaftar syarikat yang terkini dan nombor kes pelaksanaan hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut.
1. iii. Semua penawar yang telah memasukkan bank Draf tidak boleh menarik diri daripada lelongan kecuali dengan kebenaran Mahkamah.  Bank Draf hanya akan dikembalikan selepas lelongan selesai.
2.  Penawar hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas.  Kelayakan penawar adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada dan berkuat kuasa di tempat hartanah yang terlibat dengan lelongan.
3.  Mana-mana orang yang ingin membuat bidaan dalam lelongan bagi pihak orang perseorangan, badan berkanun atau syarikat adalah dikehendaki mengemukakan suatu surat pengesahan kepada Mahkamah sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan yang mengesahkan beliau telah diberi kuasa untuk menjadi wakil dalam membuat bidaan dan menandatangani semua dokumen berkenaan dengan pembelian hartanah.
4.  Lelongan hendaklah dijalankan pada pukul 10.30 pagi melainkan pada masa lain yang ditetapkan oleh Mahkamah.
5.  Mana-mana warganegara asing atau syarikat asing tidak boleh menjadi penawar bagi hartanah yang tertakluk kepada  kategori pertanian atau bangunan kecuali dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.  Bagi hartanah yang kurang dari RM150,000.00 kebenaran secara bertulis daripada Jawatankuasa Pelaburan Asing hendaklah diperolehi.
6.  Penawar adalah bertanggungjawab untuk mengenal pasti hartanah dan memastikan butir-butir hartanah adalah betul dan tepat.
7.  Plaintif yang dibenarkan menjadi penawar melalui perintah Mahkamah boleh membuat bidaan dan adalah tertakluk kepada syarat syarat jualan.
8.  Sekiranya penawar yang telah mendaftar diri dan membayar deposit gagal membuat sebarang bidaan semasa lelongan dijalankan penawar tersebut bolehlah disenaraihitamkan dan dihalang daripada menjadi penawar selama setahun dan lelongan akan ditangguhkan.
9.  Tawaran untuk bidaan hendaklah tidak kurang daripada harga kenaikan yang ditetapkan oleh Mahkamah pada masa lelongan.
10.  Lelongan adalah dianggap muktamad selepas ketukan tukul atau bunyi  loceng terakhir.
11.  Plaintif hendaklah menyedia dan menyerah Borang 16Q kepada Mahkamah dan Defendan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh lelongan.
12  Memorandum Jualan hendaklah disediakan oleh Pelelong dalam empat (4) salinan dan hendaklah ditandatangani oleh penawar yang berjaya, Plaintif atau Peguam Plaintif dan Pegawai Mahkamah yang menyaksikan proses lelongan tersebut pada hari yang sama dan setem bolehlah dimatikan oleh Mahkamah yang menjalankan lelongan.
13. Memorandum Jualan yang telah disempurnakan hendaklah diserahkan kepada Penawar yang berjaya,  Plaintif atau Peguam Plaintif, Mahkamah dan satu salinan untuk simpanan Pelelong.
14. Penawar yang berjaya hendaklah menandatangani Memorandum Jualan dan juga hendaklah membuat pembayaran baki harga belian dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.  Kegagalan penawar yang berjaya untuk memenuhi kedua-dua syarat tersebut akan menyebabkan jualan tersebut adalah terbatal dan wang deposit 10% daripada harga rizab akan dirampas oleh Mahkamah dan dibayar kepada Plaintif setelah ditolak segala perbelanjaan jualan lelongan tersebut.
15. Setelah Memorandum Jualan ditandatangani, hartanah tersebut akan menjadi tanggungjawab penawar yang berjaya.  Mahkamah atau Plaintif tidak akan bertanggungan ke atas apa-apa kehilangan, kerosakan atau kemusnahan hartanah tersebut.
16. Plaintif atau Peguam Plaintif hendaklah menyerahkan kepada Mahkamah dalam tempuh tujuh (7) hari selepas baki harga belian diterima, satu Perakuan bertulis penerimaan baki harga belian berserta salinan resit bayaran.
17. Plaintiff atau Peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima baki harga belian:
i)  membayar semua bayaran yang tertunggak kepada Pihak Berkuasa Negeri atau pemberi pajakan (jika gadaian yang berkenaan adalah gadaian ke atas pajakan) dan perbelanjaan-perbelanjaan lain (termasuk cukai tanah, cukai pintu, caj perkhidmatan (jika ada) dan bil-bil utiliti yang tertunggak setakat tarikh lelongan) yang didapati wajar oleh mahkamah untuk dibayar kepada Pihak berkuasa Tempatan.
ii) memberi  salinan-salinan resit untuk pembayaran perbelanjaan-perbelanjaan di para (i) di atas kepada penawar yang berjaya.
18. Plaintif atau peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan baki harga belian menyerahkan kepada mahkamah  suatu Penyata Akaun Penerimaan dan bayaran.
19. Plaintif  hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima baki harga belian memberi kepada penawar yang berjaya salinan yang diakui sah perintah-perintah perletakhakkan (jika ada), Borang Penukaran Nama dan Borang 13 Akta syarikat (jika ada) dan dokumen-dokumen lain (termasuk duti setem dan fi pendaftaran) bagi membolehkan penawar yang berjaya mendaftarkan Sijil Jualan dalam Borang 16F dengan Pejabat Tanah yang berkenaan.
20. Selepas membayar sepenuhnya baki harga belian dalam tempoh penyelesaian, penawar yang berjaya berhak menerima daripada Mahkamah dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh mahkamah menerima Perakuan Bertulis penerimaan baki harga belian daripada Plaintif dokumen-dokumen berikut:-
i)  Sijil Jualan dalam Borang 16F yang boleh didaftarkan yang telah disediakan oleh penawar yang berjaya: dan
ii)  Salinan asal dokumen Ikatan Gadaian atau Geran Hak Milik Tanah atau dokumen hak milik keluaran  yang dicetak oleh komputer atau salinan pendua pajakan mengikut mana yang berkenaan.
21. Sekiranya terdapat baki harga belian setelah ditolak jumlah yang terhutang oleh Defendan di atas gadaian tersebut termasuk segala perbelanjaan lelongan dan juga perbelanjaan di para 17 (i) di atas, Plaintif hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan penuh baki harga belian menyerahkan kepada Defendan lebihan baki harga belian tersebut.
22. Hartanah yang berjaya dilelong adalah dipercayai dan akan dianggap sebagai diperihalkan dengan betul dan dijual tertakluk kepada semua ismen, kaveat, tenansi, tanggungan dan hak (jika ada) yang wujud di atas atau terhadapnya yang timbul untuk mentakrif ia masing-masing dan tiada kesilapan kenyataan yang salah atau deskripsi yang salah akan membatalkan penjualan dan tiada bayaran gantirugi yang akan dibuat.
23. Pihak Plaintif tidak akan bertanggungjawab untuk mengemukakan dan menyerah milikan kosong hartanah berkenaan kepada penawar yang berjaya.
24. Jika Borang 16F diserahkan kepada penawar yang berjaya, sebarang keperluan untuk memperolehi persetujuan Pihak Berkuasa Negeri  berkenaan dengan sekatan-sekatan kepentingan hartanah tersebut adalah tidak terpakai.
25. Jika berlaku apa-apa percanggahan, kenyataan yang salah atau kesilapan yang terdapat di dalam terjemahan bahasa-bahasa lain mengenai butir-butir dan syarat-syarat jualan ini, maka versi Bahasa Malaysia hendaklah terpakai.Court

12 Mar 2013 High Court 4E-14-10 Farlim RM60,800



L E L O N G A N    A W A M
PADA HARI SELASA 12 MAC 2013 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK Geran 37350/M1/14/10 NO. LOT 8758 MUKIM DAERAH NEGERI 13, Timur Laut, Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan
KELUASAN 47.6 meter persegi (512 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR Trustees of Leong San Tong Khoo Kongsi (Penang) Registerd PAJAKAN BERDAFTAR Pajakan Persn No. 12133/2001 Jil. No.- Fol No:- kesemua tanah ini dipajak oleh Trustees of Leong San Tong Khoo Kongsi (Penang) Registerd kepada Manivale a/l Ramasamy (k/p: 620819-07-5359), Jeyanthi  a/p Marimuthu (k/p: A0643263) ”kedua” sebagai pemegang amanah bagi 99 tahun mulai dari 29 Julai 1995 sampai 28 Julai 2094 didaftarkan pada 21 Jun 2001 SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada BEBANAN     Dicagarkan kepada Affin Bank Berhad melalui Gadaian Perserahan No: 12134/2001 dan 12135/2001 masing-masing  yang berdaftar pada 21 Jun 2001
NOTA :            Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah pangsa kos rendah dua (2) bilik yang beralamat 4E-14-10, Lorong Semarak Api 1, Bandar Baru Ayer Itam, 11500 Pulau Pinang.

HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM60,800-00 (RINGGIT MALAYSIA ENAM PULUH RIBU LAPAN RATUS) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Affin Bank Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-508-2006 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Affin Bank Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.