Thursday, May 23, 2013

4 June 2013 Pg High Court 36 Lrg Penaga 12 Penaga Penang RM120,000




        PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI  PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO: 24-1634-09/2012
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-148-03/2013 
Dalam Perkara Mengenai Perserahan No. 28777/2006 ke atas tanah GRN 80288, Lot 4382, Mukim 04, Daerah Seberang Perai Utara, Negeri Pulau Pinang;  Dan Dalam Perkara mengenai Seksyen 256 dan Seksyen 257 Kanun Tanah Negara 1965;  dan Seksyen 267A (Pindaan).Dan Dalam Perkara  mengenai Aturan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 2012
ANTARA
MALAYSIA BUILDING SOCIETY BERHAD (No. Syarikat: 9417-K)…..............….…….PLAINTIF     
       DAN
1.    ABD KARIM BIN SAAD (No. K/P: 700321-08-6165)
2.    NOR RASHIDAH BINTI MOHD MYDIN (No. K/P: 751120-07-5478)
3.    SITI ZAUYAH BINTI SAAD (No. K/P: 610316-07-5120)…..………..…..….…DEFENDAN-DEFENDAN

Menurut  Perintah-Perintah  Mahkamah Tinggi  Malaya di Pulau Pinang mengenai Perintah Jualan dan Perintah Notis Permohonan yang diperbuat pada 22 November 2012 dan 11 April 2013 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah  akan menjual secara
L E L O N G A N    A W A M
PADA  HARI SELASA 4 JUN 2013 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG

NOTA :                Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO. HAKMILIK GRN 80288 NO.  LOT 4382 MUKIM, DAERAH, NEGERI 4, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang PEGANGAN  Selama-lamanya KELUASAN 102  meter persegi (1,098 kaki persegi) CUKAI TAHUNAN RM 40.00 PEMILIK BERDAFTAR 1. Abd Karim Bin Saad 1/3 bahagian 2. Nor Rashidah Binti Mohd Mydin 1/3 bahagian 3. Siti Zauyah Binti Saad 1/3 bahagian SYARAT-SYARAT NYATA Tanah yang diberi milik ini hendaklah digunakan untuk tujuan kediaman sahaja SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Malaysia Building Society Berhad melalui Gadaian Perserahan No. : 0799SC2006028777  yang  didaftarkan  pada 19-09-2006 KATEGORI KEGUNAAN TANA Bangunan

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH 

Sebuah rumah teras satu (1) tingkat yang beralamat NO. 36 LORONG PENAGA 12, TAMAN PENAGA, 13100 PENAGA, PULAU PINANG.

HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 120,000-00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS DUA PULUH  RIBU) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan.  Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Malaysia Building Society Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-148-03/1013 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Malaysia Building Society Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.

22 May 2013 Pg High Court 952 Lrg Serindit 10/1 Kulim RM70,000

           PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI  PULAU PINANG
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-653-2010
Dalam Perkara mengenai Seksyen 256 dan 257 Kanun Tanah Negara, 1965 dan Peruntukan lain yang berkenaan. Dan Dalam Perkara mengenai Gadaian Perserahan No. 16878/2006, Jilid No: -, Folio No: -  di atas harta yang di kenali sebagai Suratan Hakmilik Sementara No. H.S. (D) 947/1984, No. Lot 952. Mukim Kulim, Daerah Kulim, Negeri Kedah Darul Aman. Dan Dalam Perkara mengenai Kaedah-kaedah
                                                     ANTARA
MALAYSIA BUILDING SOCIETY BERHAD (No. Syarikat 9417-K)………...…….…...Plaintif
   DAN
1) MOHD HISHAMUDIN BIN ROZAK (NO. K/P: 760830-02-6093 / A3473317)
2) NOR AZARIAH BINTI MOHAMAD (NO. K/P: 740125-08-5188 / A2710362) ..…Defendan-Defendan
Menurut  Perintah-Perintah Mahkamah Tinggi  Malaya di Pulau Pinang  pada 16 Ogos 2010 dan 1 April 2013 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong berdaftar yang dilantik oleh Mahkamah akan menjual secara
L E L O N G A N    A W A M
PADA HARI RABU 22 MEI 2013 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA :           Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK No. H.S. (D) 947/1984 NO. LOT PT 952 BANDAR DAERAH NEGERI Kulim, Kulim, Kedah Darul Aman PEGANGAN Pajakan selama 99 tahun dan luput pada 26/8/2083 KELUASAN 130.0643  meter persegi (1,400 kaki persegi) CUKAI TAHUNAN RM60.00 PEMILIK BERDAFTAR 1) Mohd Hishamudin Bin Rozak ½ Bahagian 2) Nor Azariah Binti Mohamad ½ Bahagian SYARAT NYATA Tanah yang terkandung dalam hakmilik ini hendaklah digunakan sebagai tapak satu bangunan kediaman sahaja (Rumah Teres) SEKATAN KEPENTINGAN Tiada KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Malaysia Building Society Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 16878/2006 didaftarkan pada 6 Ogos 2006 BEBANAN Lot untuk Orang Melayu melalui Perserahan No. F35324/1998

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah teres satu (1) tingkat  yang beralamat NO. 952 LORONG SERINDIT 10/1, TAMAN TUNKU PUTRA, 09000 KULIM, KEDAH DARUL AMAN.
HARGA RIZAB
Hartanah Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM 70,000-00 (RINGGIT MALAYSIA TUJUH PULUH RIBU) SAHAJA dan kepada Syarat-Syarat Jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Malaysia Building Society Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan No. 38-653-2010 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Plaintif, Malaysia Building Society Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.

Sunday, May 5, 2013

SYARAT-SYARAT JUALAN TERKINI - Latest Conditions of Sales High Courts



SYARAT-SYARAT JUALAN

1.
i.



ii
Penawar yang berminat untuk membuat tawaran pada hari lelongan hendaklah hadir sendiri ke Mahkamah. Penawar hanya boleh diwakili oleh ejen hartanah yang berlesen atau ahli keluarga yang terdiri daripada suami, isteri, ibu, bapa, anak atau adik-beradik kandung sahaja.

Penawar yang ingin membuat tawaran adalah dikehendaki mendaftar diri dan mendepositkan kepada Mahkamah satu jumlah wang sebanyak 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf atas nama Plaintif. Sekiranya didapati Bank Draf tersebut kurang atau melebihi 10% daripada harga rizab yang ditetapkan, Bank Draf tersebut akan ditolak oleh Mahkamah. Bank Draf hendaklah dimasukkan sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan dan penerimaan Bank Draf selepas 9.30 pagi adalah tertakluk kepada budi bicara Mahkamah.


iii.
Penawar yang ingin membuat tawaran dikehendaki memasukkan Bank Draf bersama kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Bagi penawaran oleh syarikat, Borang 49 Akta Syarikat 1965, Memorandum dan Artikel Syarikat serta Resolusi Pengarah yang ditandatangani oleh kesemua pengarah hendaklah disertakan. Nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat, alamat berdaftar syarikat yang terkini dan nombor kes pelaksanaan hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut.


iv.


v.
Penawar yang telah memasukkan Bank Draf tidak boleh menarik diri daripada lelongan kecuali dengan kebenaran Mahkamah.

Bank Draf yang dimasukkan akan dikembalikan kepada Penawar yang tidak berjaya, manakala Bank Draf bagi penawar yang berjaya pula akan diserahkan kepada Peguam Plaintif selepas lelongan selesai.

2.

Penawar hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas. Kelayakan penawar adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada.

3.

Mana-mana Penawar yang ingin membuat bidaan dalam lelongan bagi pihak orang perseorangan, badan berkanun atau syarikat adalah dikehendaki mengemukakan surat wakil kepada Mahkamah sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan. Surat wakil tersebut hendaklah mengesahkan penawar telah diberi kuasa untuk membuat bidaan dan menandatangani semua dokumen yang berkaitan.

4.

Lelongan hendaklah dijalankan pada pukul 10.30 pagi melainkan pada masa lain yang ditetapkan oleh Mahkamah.

5.

Mana-mana warganegara asing atau syarikat asing tidak boleh menjadi penawar bagi hartanah yang tertakluk kepada sekatan di bawah mana-mana undang-undang kecuali dengan kelulusan pihak berkuasa berkenaan.

6.

Penawar adalah bertanggungjawab untuk mengenai pasti hartanah dan memastikan butir-butir dan juga segala tanggungan dan bebanan hartanah adalah betul dan tepat.

7.

Plaintif yang dibenarkan menjadi penawar melaui perintah Mahkamah boleh membuat bidaan semasa lelongan dan Plaintif juga adalah tertakluk kepada Syarat-Syarat Jualan.

8.

Jika penawar yang telah mendaftar diri dan membayar deposit gagal membuat sebarang bidaan semasa lelongan dijalankan, penawar tersebut bolehlah disenaraihitamkan dan dihalang daripada menjadi penawar selama satu (1) tahun dan lelongan akan ditangguhkan.

9.

Tawaran untuk bidaan hendaklah tidak kurang daripada harga kenaikan yang ditetapkan oleh Mahkamah pada masa lelongan.

10.

Lelongan adalah dianggap muktamad selepas ketukan tukul atau bunyi loceng terakhir.

11.

Plaintif hendaklah menyedia dan menyerahkan Borang 16Q Kanun Tanah Negara 1965 kepada Mahkamah dan Defendan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh lelongan.

12.

Memorandum Jualan hendaklah disediakan oleh Pelelong dalam empat (4) salinan dan hendaklah ditandatangani oleh penawar yang berjaya, Plaintif atau Peguam Plaintif dan Pegawai Mahkamah yang menyaksikan proses lelongan tersebut pada hari yang sama dan setem hasil bolehlah dimatikan di Pejabat Hasil atau dimatikan sendiri oleh penawar yang berjaya di hadapan Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar yang menyaksikan lelongan.


13.

Memorandum Jualan yang telah disempurnakan hendaklah diserahkan kepada penawar yang berjaya, Plaintif atau Peguam Plaintif, Mahkamah dan satu salinan untuk simpanan Pelelong.

14.

Penawar yang berjaya hendaklah menandatangani Memorandum Jualan dan membuat pembayaran baki harga belian dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan. Kegagalan untuk memenuhi kedua-dua syarta tersebut akan menyebabkan jualan lelongan terbatal dan wang deposit 10% daripada harga rizab akan dirampas oleh Mahkamah dan dibayar kepada Plaintif setelah ditolak segala perbelanjaan jualan lelongan tersebut.

15.

Setelah Memorandum Jualan ditandatangani, hartanah tersebut akan menjadi tanggungjawab penawar yang berjaya. Mahkamah atau Plaintif tidak akan bertanggungan ke atas apa-apa kehilangan, kerosakan atau kemusnahan hartanah tersebut.

16.

Plaintif atau Peguam Plaintif hendaklah menyerahkan kepada Mahkamah dalam tempoh tujuh (7) hari selepas baki harga belian diterima, satu Perakuan Bertulis penerimaan baki harga belian beserta salinan resit bayaran.

17.

Plaintif atau Peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari daripada penerimaan baki harga belian:-

i)



ii)
membayar semua bayaran yang tertunggak kepada Pihak Berkuasa Negeri atau pemberi pajakan (jika gadaian yang berkenaan adalah gadaian ke atas pajakan) dan semua bayaran-bayaran lain kepada Pihak Berkusa Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan.

membayar semua perbelanjaan lain yang disahkan oleh Pendaftar Mahkamah atau Pentadbir Tanah (jika ada), yang berkaitan dengan pelaksanaan perintah jualan.


iii)


iv)



memberi salinan-salinan resit untuk pembayaran perbelanjaan-perbelanjaan di para (i) di atas kepada penawar yang berjaya.

memberi kepada penawar yang berjaya salinan yang diakui sah perintah-perintah perletakhakkan (jika ada), Borang Penukaran Nama dan Borang 13 Akta Syarikat (jika ada) dan dokumen-dokumen lain bagi membolehkan penawar yang berjaya mendaftarkan Sijil Jualan dalam Borang 16F Kanun Tanah Negara 1965 dengan Pejabat Tanah yang berkenaan.

18.

Plaintif atau peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan baki harga belian menyerahkan kepada Mahkamah suatu Penyata Akaun Penerimaan dan Bayaran.

19.




i)


ii)
Mahkamah hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh penerimaan Perakuan Bertulis penerimaan Perakuan Bertulis penerimaan baki harga belian daripada Plaintif menyerahkan kepada Penawar yang berjaya dokumen-dokumen berikut :-

Sijil Jualan dalam Borang 16F Kanun Tanah Negara 1965 yang mana telah disediakan dan dilengkapkan terlebih dahulu oleh penawar yang berjaya, dan

Salinan asal dokumen Ikatan Gadaian atau Geran Hak Milik Tanah atau dokumen hak milik keluaran yang dicetak oleh komputer atau salinan pendua pajakan mengikut mana yang berkenaan.

20.

Jika terdapat lebihan baki harga belian setelah ditolak jumlah yang terhutang oleh Defendan di atas gadaian tersebut dan segala perbelanjaan lelongan, Plaintif hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan penuh baki harga belian menyerahkan kepada Defendan lebihan baki harga belian tersebut.
21.

Hartanah yang berjaya dilelong adalah dipercayai dan akan dianggap sebagai diperihalkan dengan betul dan dijual tertakluk kepada semua ismen, kaveat, tenansi, tanggungan dan hak (jika ada) yang wujud di atas atau terhadapnya yang timbul untuk mentakrif ia masing-masing dan tiada kesilapan kenyataan yang salah atau deskripsi yang salah akan membatalkan penjualan dan tiada bayaran gantirugi yang akan dibuat.
22.

Plaintif atau peguam Plaintif tidak akan bertanggungjawab untuk mengemuka dan menyerahkan milikan kosong hartanah  berkenaan kepada penawar yang berjaya.

23.

Bagi tujuan pendaftaran Sijil Jualan dalam Borang 16F Kanun Tanah Negara 1965, sebarang keperluan untuk memperolehi persetujuan Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan sekatan-sekatan kepentingan hartanah tersebut adalah tidak terpakai.

24.

Jika berlaku apa-apa percanggahan, kenyataan salah atau kesilapan yang terdapat di dalam terjemahan butir-butir dan syarat-syarat jualan ke bahasa-bahasa lain, Syarat-syarat Jualan dalam versi Bahasa Melayu adalah terpakai.