Monday, July 15, 2013

23 July 2013 No.4-20 Blok A Ria Apartment B'worth RM97,200





L E L O N G A N    A W A M
PADA HARI SELASA 23 JULAI 2013 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA :            Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK Strata No. Berdaftar Geran 59596/M1/5/105 NO. LOT / NO. SEKSYEN 3456 /4 BANDAR/DAERAH/NEGERI Butterworth,/Seberang Perai Utara/Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya  KELUASAN TANAH 73 meter persegi (786 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR Khoo Joo Hoon 1/1 bahagian  KATEGORI KEGUNAAN TANAH Tiada SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada ENDOSAN Kaveat Persendirian atas tanah didaftarkan oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad pada 17 Jun 2008 PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 0799SC2008031875 yang didaftarkan pada  29  Ogos 2008

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah pangsapuri tiga (3) bilik yang beralamat No. 4-20, Blok A, Pangsapuri Ria, Lebuh Kampung Benggali, 12200 Butterworth, Pulau Pinang
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM 97,200-00 (RINGGIT MALAYSIA SEMBILAN PULUH TUJUH RIBU DUA RATUS) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan.  Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-1064-12/2012 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.