Wednesday, November 26, 2014

Latest Penang High Court Auctions: Conditions of Sales



SYARAT-SYARAT JUALAN

1.
i.



ii
Penawar yang berminat untuk membuat tawaran pada hari lelongan hendaklah hadir sendiri ke Mahkamah. Penawar hanya boleh diwakili oleh ejen hartanah yang berlesen atau ahli keluarga yang terdiri daripada suami, isteri, ibu, bapa, anak atau adik-beradik kandung sahaja.

Pelelong juga adalah dibenarkan untik menjadi wakil penawar dengan syarat Pelelong itu bukanlah pelelong yang menjadikan lelongan tersebut.


iii.
Penawar yang ingin membuat tawaran adalah dikehendaki mendaftar diri dan mendepositkan kepada Mahkamah satu jumlah wang sebanyak 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf atas nama Plaintif. Sekiranya didapati Bank Draf tersebut kurang atau melebihi 10% daripada harga rizab yang ditetapkan, Bank Draf tersebut akan ditolak oleh Mahkamah. Bank Draf hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Lelongan yang disediakan oleh Mahkamah sebelum jam 9.30 pagi.  Bank Draf yang diterima selepas 9.30 pagi akan ditolak oleh Mahkamah.


iv.




v.


vi.



vii.


viii.

Penawar yang ingin membuat tawaran dikehendaki memasukkan Bank Draf bersama kad pengenalan penawar yang asal. Sekiranya Penawar menghantar wakil, wakil tersebut hendaklah memasukkan Bank Draf bersama kad pengenalan asal wakil, salinan kad pengenalan penawar yang diakui sah dan surat wakil.

Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan hendaklah
ditulis di belakang Bank Draf tersebut.

Bagi penawaran oleh syarikat, Borang 49 Akta Syarikat 1965, Memorandum dan Artikel Syarikat serta Resolusi Pengarah yang ditandatangani oleh kesemua pengarah hendaklah disertakan. Nama, nombor pendaftaran, alamat berdaftar syarikat yang terkini dan nombor kes pelaksanaan hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut.

Penawar yang telah memasukkan Bank Draf tidak boleh menarik diri daripada lelongan kecuali dengan kebenaran Mahkamah.

Bank Draf yang dimasukkan akan dikembalikan kepada Penawar yang tidak berjaya, manakala Bank Draf bagi penawar yang berjaya pula akan diserahkan kepada Peguam Plaintif selepas lelongan selesai
2.

Penawar hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas. Kelayakan penawar adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada.

3.

Mana-mana Penawar yang ingin membuat bidaan dalam lelongan bagi pihak orang perseorangan, badan berkanun atau syarikat adalah dikehendaki mengemukakan surat wakil kepada Mahkamah sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan. Surat wakil tersebut hendaklah mengesahkan penawar telah diberi kuasa untuk membuat bidaan dan menandatangani semua dokumen yang berkaitan.

4.

Lelongan hendaklah dijalankan pada pukul 10.30 pagi melainkan pada masa lain yang ditetapkan oleh Mahkamah.

5.

Mana-mana warganegara asing atau syarikat asing tidak boleh menjadi penawar bagi hartanah yang tertakluk kepada sekatan di bawah mana-mana undang-undang kecuali dengan kelulusan pihak berkuasa berkenaan.

6.

PENAWAR ADALAH BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGENAI PASTI BUTIR-BUTIR HARTANAH, DAN MEMASTIKAN SEGALA TANGGUNGAN SERTA BEBANAN HARTANAH ADALAH TEPAT.

7.

Plaintif yang dibenarkan menjadi penawar melaui perintah Mahkamah boleh membuat bidaan semasa lelongan dan Plaintif juga adalah tertakluk kepada Syarat-Syarat Jualan.

8.

Jika penawar yang telah mendaftar diri dan membayar deposit gagal membuat sebarang bidaan semasa lelongan dijalankan menyebabkan lelongan terpaksa ditanggulkan, penawar tersebut bolehlah disenaraihitamkan dan daripada menjadi penawar selama satu (1) tahun.

9.

Sekiranya penawar yang disenaraihitamkan seperti dalam para 8. tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut, penawar bolehlah mengemukakan rayuan kepada Pengarah Mahkamah Negeri masing-masing.

10.

Tawaran untuk bidaan hendaklah tidak kurang daripada harga kenaikan yang ditetapkan oleh Mahkamah pada masa lelongan.

11.

Lelongan adalah dianggap muktamad selepas ketukan tukul atau bunyi loceng terakhir.

12.

Plaintif hendaklah menyedia dan menyerahkan Borang 16Q Kanun Tanah Negara 1965 kepada Mahkamah dan Defendan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh lelongan.


13.

Memorandum Jualan hendaklah disediakan oleh Pelelong dalam empat (4) salinan dan hendaklah ditandatangani oleh penawar yang berjaya, Plaintif atau Peguam Plaintif dan Pegawai Mahkamah yang menyaksikan proses lelongan tersebut pada hari yang sama dan setem hasil bolehlah dimatikan di Pejabat Hasil atau dimatikan sendiri oleh penawar yang berjaya di hadapan Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar yang menyaksikan lelongan.

14.

Bayaran duti setem adalah di bawah tanggunagan penawar yang berjaya.

15.

Memorandum Jualan yang telah disempurnakan hendaklah diserahkan kepada penawar yang berjaya atau wakil penawar yang berjaya, Plaintif atau Peguam Plaintif, Mahkamah dan satu salinan untuk simpanan Pelelong.

16.

Penawar yang berjaya hendaklah menandatangani Memorandum Jualan dan membuat pembayaran baki harga belian dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan. Kegagalan untuk memenuhi kedua-dua syarta tersebut akan menyebabkan jualan lelongan terbatal dan wang deposit 10% daripada harga rizab akan dirampas oleh Mahkamah dan dibayar kepada Plaintif setelah ditolak segala perbelanjaan jualan lelongan tersebut.

17.

Setelah Memorandum Jualan ditandatangani, hartanah tersebut akan menjadi tanggungjawab penawar yang berjaya. Mahkamah atau Plaintif tidak akan bertanggungan ke atas apa-apa kehilangan, kerosakan atau kemusnahan hartanah tersebut.




18.

Plaintif atau Peguam Plaintif hendaklah menyerahkan kepada Mahkamah dalam tempoh tujuh (7) hari selepas baki harga belian diterima, satu Perakuan bertulis penerimaan baki harga belian beserta salinan resit bayaran.

19.






Plaintif atau Peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari daripada penerimaan baki harga belian:-

i) membayar semua bayaran yang tertunggak kepada Pihak Berkuasa Negeri atau pemberi pajakan (jika gadaian yang berkenaan adalah gadaian ke atas pajakan) dan semua bayaran-bayaran lain kepada Pihak Berkusa Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan.



ii) membayar semua perbelanjaan lain yang disahkan oleh Pendaftar Mahkamah atau Pentadbir Tanah (jika ada), yang berkaitan dengan pelaksanaan perintah jualan.



iii) memberi salinan-salinan resit untuk pembayaran perbelanjaan-perbelanjaan di para (i) di atas kepada penawar yang berjaya.

iv) memberi kepada penawar yang berjaya salinan yang diakui sah perintah-perintah perletakhakkan (jika ada), Borang Penukaran Nama dan Borang 13 Akta Syarikat (jika ada) dan dokumen-dokumen lain bagi membolehkan penawar yang berjaya mendaftarkan Sijil Jualan dalam Borang 16F Kanun Tanah Negara 1965 dengan Pejabat Tanah yang berkenaan.

Plaintif atau peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan baki harga belian menyerahkan kepada Mahkamah suatu Penyata Akaun Penerimaan dan Bayaran.
20.

Mahkamah hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh penerimaan Perakuan Bertulis penerimaan Perakuan Bertulis penerimaan baki harga belian daripada Plaintif menyerahkan kepada Penawar yang berjaya dokumen-dokumen berikut :-

i) Sijil Jualan dalam Borang 16F Kanun Tanah Negara 1965 yang mana telah disediakan dan dilengkapkan terlebih dahulu oleh penawar yang berjaya, dan

ii) Salinan asal dokumen Ikatan Gadaian atau Geran Hak Milik Tanah atau dokumen hak milik keluaran yang dicetak oleh komputer atau salinan pendua pajakan mengikut mana yang berkenaan.

21.

Jika terdapat lebihan baki harga belian setelah ditolak jumlah yang terhutang oleh Defendan di atas gadaian tersebut dan segala perbelanjaan lelongan, Plaintif hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan penuh baki harga belian menyerahkan kepada Defendan lebihan baki harga belian tersebut.

22.

Hartanah yang berjaya dilelong adalah dipercayai dan akan dianggap sebagai diperihalkan dengan betul dan dijual tertakluk kepada semua ismen, kaveat, tenansi, tanggungan dan hak (jika ada) yang wujud di atas atau terhadapnya yang timbul untuk mentakrif ia masing-masing dan tiada kesilapan kenyataan yang salah atau deskripsi yang salah akan membatalkan penjualan dan tiada bayaran gantirugi yang akan dibuat.

23.


24.



25.

Pihak Plaintif tidak akan bertanggungjawab untuk mengemukan dan menyerahkan milikan kosong hartanah  berkenaan kepada penawar yang berjaya.

Bagi tujuan pendaftaran Sijil Jualan dalam Borang 16F Kanun Tanah Negara 1965, sebarang keperluan untuk memperolehi persetujuan Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan sekatan-sekatan kepentingan hartanah tersebut adalah tidak terpakai.

Jika berlaku apa-apa percanggahan, kenyataan salah atau kesilapan yang terdapat di dalam terjemahan butir-butir dan syarat-syarat jualan ke bahasa-bahasa lain, Syarat-syarat Jualan dalam versi Bahasa Melayu adalah terpakai.












2 Dec 2014 No. 3-12, PLAZA BUKIT MERTAJAM RM250,000 PBB



L E L O N G A N    A W A M
PADA  HARI SELASA 2 DISEMBER 2014 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA :                  Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO. HAKMILIK STRATA BERDAFTAR GRN71104/M1/4/312 NO. LOT / SEKSYEN 2028/4 BANGUNAN/TINGKAT/PETAK M1/4/312  BANDAR Bukit Mertajam DAERAH/NEGERI Seberang Perai Tengah/Pulau Pinang PEGANGAN  Selama-lamanya  KELUASAN 59  meter persegi ( 635 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR 1. Lim Guan Tek (No.K/P 660127-07-5311) 1/2 bahagian 2. Tan Lay Siang (No.K/P 700227-08-5596) 1/2 bahagian KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan SYARAT NYATA   Tanah yang diberimilik ini hendaklah digunakan untuk tujuan perniagaan sahaja SEKATAN KEPENTINGAN    Tanah yang diberi milik ini tidak boleh dicagar, pajak, pajak kecil atau sebarang bentuk urusniaga tanpa mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Public Bank Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 0799SC2010004487 yang  didaftarkan pada  11 Februari 2010

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah lot kedai  yang beralamat No. 3-12, PLAZA BUKIT MERTAJAM, JALAN ARUMUGAM PILLAI, 14000 BUKIT MERTAJAM, SEBERANG PERAI TENGAH.
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 250,000-00 (RINGGIT MALAYSIA DUA RATUS  LIMA PULUH RIBU) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Public Bank Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-391-08/2014 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Public Bank Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.

11 Nov 2014 NO. 8-3-5, SOLOK SUNGAI ARA DUA, BAYAN LEPAS RM49,300



L E L O N G A N    A W A M
PADA HARI SELASA 11 NOVEMBER 2014 JAM  10.30  PAGI

DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI

LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA :                  Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO. HAKMILIK STRATA Berdaftar Pajakan Negeri HBM16/M4/3/5 BANGUNAN /TINGKAT / PETAK M4/3/5 NO. LOT 8084 MUKIM/ DAERAH/ NEGERI 12 / Barat Daya / Pulau Pinang PEGANGAN Pajakan Negeri 99 tahun (lupus pada 26 Ogos 2082) KELUASAN 51 meter persegi (549  kaki persegi) KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan PEMILIK BERDAFTAR 1. Seribuana Bin Ampis  ½ Bahagian 2. Ibrahim Bin Ampis  ½ Bahagian SYARAT NYATA Tanah yang diberimilik ini hendaklah digunakan bagi tujuan kediaman sahaja SEKATAN KEPENTINGAN Tanah yang diberimilik ini tidak boleh dipecah sempadan,  pindah milik, cagar, pajak, pajak kecil atau dengan apa-apa urusan sekalipun dengan tiada kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada RHB Bank Berhad melalui Perserahan No. 16664/2005 yang berdaftar pada 10 Jun 2005

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH 

Sebuah rumah pangsa dua (2) bilik yang beralamat NO. 8-3-5, SOLOK SUNGAI ARA DUA, 11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM49,300-00 (RINGGIT MALAYSIA EMPAT PULUH SEMBILAN RIBU TIGA RATUS) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah memasukkan deposit sebanyak 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf atas nama Plaintif, RHB Bank Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  dan dikepilkan bersama kad pengenalan yang asal/salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan) ke dalam Peti Lelongan yang disediakan. Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-714-2011 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada RHB Bank Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.