Wednesday, December 30, 2015

NO. 2-01, BLOK B, PANGSA RIA, LEBUH KAMPUNG BENGGALI, BUTTERWORTH RM180,000



                                                         
                                                          L E L O N G A N    A W A M
PADA HARI RABU 6 JANUARI 2016 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA :            Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan dijalankan.


BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-

NO.HAKMILIK STRATA GRN 59593/M1/3/26 NO. LOT / NO. SEKSYEN 3451 / 4 BANDAR/DAERAH/NEGERI Butterworth,/Seberang Perai Utara/Pulau Pinang       PEGANGAN Selama-lamanya KELUASAN TANAH 73 meter persegi (786 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR Jayaletchumi A/P Salvam 1/1 bahagian SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada KATEGORI KEGUNAAN TANAH Tiada ENDOSAN Kaveat Persendirian atas petak didaftarkan oleh OCBC Bank (Malaysia) Berhad pada 01 Julai 2013 BEBANAN Tiga (3) Kaveat Pendaftar atas tanah Lot 3451  PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada OCBC Bank (Malaysia) Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 0799SC2013045665 yang didaftarkan pada  13  Disember 2013

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah pangsapuri tiga (3) bilik yang beralamat NO. 2-01, BLOK B, PANGSA RIA, LEBUH KAMPUNG BENGGALI, 12200 BUTTERWORTH, PULAU PINANG
 
HARGA RIZAB


Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM 180,000-00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS LAPAN PULUH RIBU) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan.  Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, OCBC Bank (Malaysia) Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-409-08/2015 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada OCBC Bank (Malaysia) Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.