PERISYTIHARAN JUALAN
(CALLED OFF BY PLAINTIFF)
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI
PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO: 24-829-2010
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-247-2011
Dalam perkara di bawah Seksyen-Seksyen 256 dan 257 Kanun Tanah Negara, 1965 dan Peruntukan lain yang berkenaan. Dan Dalam perkara Gadaian Perserahan No. 24285/2001, Jilid No.- Folio No.- ke atas Tanah dan
heriditamen yang dikenali sebagai.Lot No 1277, Bandar Ayer Itam, Sek 2, Daerah
Timur Laut, Pulau Pinang yang mempunyai alamat di premis Blok E15-16 Padang Tembak, Ayer Itam, 11500
Penang yang terkandung di dalam Hakmilik
Strata Pajakan Negeri No 219/M1/16/367 Dan
Dalam perkara Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980, Aturan 83 dan lain-lain yang
bekenaan. ANTARA
MALAYSIA BUILDING SOCIETY BERHAD …….…………..……….………..……..….………...PLAINTIF
Dan
SONG MEI LENG…………………………………………..…………..…….….………..….…..…DEFENDAN
Menurut
Perintah Mahkamah Tinggi Malaya
di Pulau Pinang mengenai Perintah-perintah yang bertarikh pada 15 Disember 2010 dan 29 Disember 2011 masing-masing,
adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan
Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong berdaftar yang dilantik
oleh Mahkamah
AKAN MENJUAL SECARA
L E L O N G A N A W A M
PADA HARI RABU, 15 FEBRUARI 2012 JAM
10.30 PAGI
DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK STRATA 219/M1/16/367 NO. LOT 1277 BANDAR
Ayer Itam Seksyen 2 DAERAH Timur Laut NEGERI Pulau Pinang PEGANGAN Leasehold 99 tahun (luput pada 23 November 2072) KELUASAN 35.00 meter persegi ( 376.00 kaki persegi) SYARAT NYATA Tanah yang diberi milik ini hendaklah digunakan bagi rumah kos
rendah sahaja dan lain-lain maksud
yang di luluskan oleh Pihak Berkuasa
Negeri PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan
kepada Malaysia Building
Society Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 24285/2001 didaftarkan pada 29 Oktober
2001 PEMILIK-PEMILIK BERDAFTAR Song Mei Leng 1/1 Bahagian SEKATAN
KEPENTINGAN Tanah yang diberi milik ini tidak
boleh dipindah milik, cagar, pajak, pajak kecil atau dengan apa urusan sekali
pun dilupuskan dengan tiada kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri
NOTA
: Bakal-bakal pembeli
adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah
dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.
LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH
Sebuah rumah pangsa kos rendah
satu (1) bilik yang beralamat Blok E15-16 Padang
Tembak, Ayer Itam, 11500 Pulau Pinang
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga
rizab sebanyak RM30,000-00 (RINGGIT
MALAYSIA TIGA PULUH RIBU) SAHAJA dan
kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah
mendepositkan 10% daripada harga
rizab dalam bentuk Bank Draf di atas
nama Plaintif, MALAYSIA BUILDING SOCIETY BERHAD sebelum
jam 9.30 pagi pada hari
lelongan; berserta dengan kad pengenalan
penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil
(jika berkaitan). Nama penawar, nombor
kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan No. A/E 38-247-2011
hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki
wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada
Plaintif dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.