PERISYTIHARAN JUALAN
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO: 24-1084-2009
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO: 38-28-2011
Dalam perkara mengenai Seksyen 256 Kanun Tanah Negara 1965 Dan
Dalam perkara mengenai Aturan 83, Kaedah 1 dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980Dan
Dalam perkara Gadaian bertarikh 20-4-2006 melalui Perserahan No. 48609/2008 mengenai hartanah dan hereditamen dipegang di bawah Plot No. 353, Taman Impian Indah yang dipegang di bawah Suratan Hakmilik Sementara H.S.(D) 18048, Lot No. 9021, Mukim 14, District of Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang beralamat di No. 60, Lorong Impian Indah 2, Taman Impian Indah, 14000 Bukit Mertajam.
Di antara
Eon Bank Berhad (92351-V)…….………………………..…………..………..….…...Plaintif
Dan
1. Ching Hian Foo
2. Ng Soo Ching…………..……………….....……….…….………Defendan- Defendan
Menurut Perintah-Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 21 Oktober 2009, 8 Mac 2010 dan 24 November 2010 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah AKAN MENJUAL SECARA
L E L O N G A N A W A M
PADA HARI SELESA 1 MAC 2011 JAM 11.00 PAGI
DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA : Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK H.S.(D) 18048 (dahulu H.S.(D) 3094)
NO. LOT 9021
MUKIM 14
DAERAH Seberang Perai Tengah
NEGERI Pulau Pinang
PEGANGAN Selama-lamanya
KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan
KELUASAN 130 meter persegi (1,400 kaki persegi)
PEMILIK-PEMILIK BERDAFTAR Ching Hian Foo ½ bahagian &
Ng Soo Ching ½ bahagian
SYARAT NYATA Tanah ini hendaklah digunakan untuk tujuan
kediaman sahaja
SEKATAN KEPENTINGAN Tiada
PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Eon Bank Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 48609/2008 yang bertarikh 23 Disember 2008
LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH
Sebuah rumah teres satu tingkat yang beralamat No. 60, Lorong Impian Indah 2, Taman Impian Indah, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 90,000-00 (RINGGIT MALAYSIA SEMBILAN PULUH RIBU SAHAJA) dan kepada syarat-syarat jualan yang dicetakan di Perisytiharan Jualan. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendeposit 10% daripada harga rizab dalam bentuk bank draf di atas nama Plaintif Eon Bank Berhad sebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan awam. Bank draf bersama dengan salinan Kad Pengenalan penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan Nombor Kes Perlaksanaan (38-28-2011) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelongan, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh Jualan kepada Plaintif Eon Bank Berhad.
Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Tetuan Wong Chooi & Mohd. Nor, Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat No. 27, Tingkat 1, Jalan Maju Jaya, Pusat Perniagaan Maju Jaya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang (No. Tal: 04-5398855 / Fax 04-5395855) [No. Ruj: BB/TSH/L/2008-349/EON-BM/Ching Hian Foo (KWC/sk)] atau Pelelong yang tersebut di bawah:
KC SUNSHINE AGENCY YEAP KAM CHOY
48 JALAN ARGYLL Pelelong Berlesen
10050 PULAU PINANG H/P 012-4473722
Tel:04-2626161 Fax:04-2620822 kcsunshine2u@blogspot.com
No comments:
Post a Comment