PERISYTIHARAN JUALAN
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI
PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO: 24-1157-2003 (MT-3)
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-435-2007
Dalam Perkara Mengenai Hartanah yang dikenali sebagai Hakmilik Strata No. Berdafatar Pajakan Negeri No. HBM
13/M2/5/16 (Petak No. 16, Tingkat No.5, Bangunan No. M2) Lot No. 8035, Mukim
12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Dan
Dalam Perkara Mengenai Gadaian Perserahan No. 16321/2000, Jilid No. 866,
Folio No.190 bertarikh 21/08/2000; Dan Dalam
Perkara Mengenai Seksyen 256 & 257 Kanun Tanah Negara 1965 Dan Dalam Perkara Mengenai Aturan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah
Tinggi 1980
Antara
Resolution Alliance Sdn Bhd.…….………………………….….………...Plaintif
Dan
Amia Anak Apin…………………………………….…..….….…………Defendan
Menurut
Perintah Mahkamah Tinggi Malaya
di Pulau Pinang mengenai Perintah Jualan bertarikh pada 12 Jun 2006 dan Saman
Minta Arahan bertarikh pada 17 Oktober 2006 dan 14 September 2011
masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar /
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu
oleh Pelelong berdaftar yang dilantik oleh Mahkamah
AKAN MENJUAL SECARA
L E L O N G A N A W A M
PADA 25 OKTOBER 2011 JAM 10.30
PAGI
DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK STRATA Pajakan Negeri
HBM 13/M2/5/16 NO. LOT 8035 MUKIM 12 DAERAH Barat Daya NEGERI Pulau Pinang PEGANGAN Leasehold
99 tahun (berakhir pada 21 Februari 2082) KELUASAN
TANAH 47.1 meter persegi (507 kaki persegi) PEMILIK-PEMILIK BERDAFTAR Amia
Anak Apin 1/1 Bahagian SYARAT NYATA Tanah yang
diberi milik ini hendaklah digunakan bagi maksud kediaman sahaja SEKATAN KEPENTINGAN Tanah yang diberi
milik ini tidak boleh dipindah- milik, cagar, pajak, pajakan kecil atau dengan
apa urusan sekali pun dilupuskan dengan tiada kebenaran bertulis daripada Pihak
Berkuasa Negeri PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Malayan Bank Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 16321/2000 didaftarkan pada
23 Ogos 2000
NOTA : Bakal-bakal
pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di
Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.
LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH
Sebuah rumah pangsa kos rendah dua (2) bilik yang beralamat 8A-5-5 Persiaran Mayang Pasir 5,
11900 Bayan
Lepas, Pulau Pinang
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga
rizab sebanyak RM58,500-00 (RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH LAPAN RIBU LIMA
RATUS) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar
yang berminat hendaklah mendepositkan 10%
daripada harga rizab dalam bentuk Bank
Draf di atas nama Plaintif, Resolution
Alliance Sdn Bhd sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan; bersama kad pengenalan penawar yang asal atau
salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat
terkini dan nombor kes pelaksanaan No.
A/E
38-435-2007 hendaklah
ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah
dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Plaintif dalam tempoh seratus dua
puluh (120) hari dari tarikh jualan. Untuk butir-butir selanjutnya, sila
berhubung dengan Tetuan Badruzzaman & Kamal yang beralamat B & K
Chambers, 26A & 26B, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda ,14000 Bukit
Mertajam,Pulau Pinang (No. Tal: 04-5377999 /
Fax 04-5376999) [No Ruj: BK/BP/LIT/RA/7381/10/BAD]]
No comments:
Post a Comment