SYARAT-SYARAT
JUALAN LELONGAN DI MAHKAMAH TINGGI
PULAU PINANG
1. i. Semua
penawar yang ingin membuat tawaran adalah dikehendaki memdaftar diri dan mendepositkan
kepada Mahkamah satu jumlah sebanyak 10% dari harga rizab yang ditetapkan untuk
harta tersebut melalui Bank Draf atas nama Plaintif. Sekiranya didapati Bank Draf tersebut kurang
atau melebihi 10% daripada harga rizab yang ditetapkan, Bank Draf tersebut
tidak akan diterima oleh Mahkamah. Bank
Draf hendaklah dimasukkan sebelum jam 09.30 pagi pada hari lelongan dan
penerimaan Bank Draf selepas jam 09.30 pagi adalah tertakluk kepada budi bicara
Mahkamah.
1. ii. Semua penawar yang ingin membuat tawaran
dikehendaki memasukkan Bank Draf bersama kad pengenalan yang diakui sah dan
surat wakil (jika berkaitan). Nama
penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan
hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut . Bagi penawaran oleh syarikat, Borang 49 Akta Syarikat
1965, Memorandum dan Artikel Syarikat serta Resolusi Pengarah yang
ditandatangani oleh kesemua pengarah hendaklah disertakan. Nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat, alamat
berdaftar syarikat yang terkini dan nombor kes pelaksanaan hendaklah ditulis di
belakang Bank Draf tersebut.
1. iii. Semua
penawar yang telah memasukkan bank Draf tidak boleh menarik diri daripada lelongan
kecuali dengan kebenaran Mahkamah. Bank
Draf hanya akan dikembalikan selepas lelongan selesai.
2. Penawar hendaklah berumur 18 tahun dan ke
atas. Kelayakan penawar adalah tertakluk
kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada dan berkuat kuasa di tempat
hartanah yang terlibat dengan lelongan.
3. Mana-mana orang yang ingin membuat bidaan
dalam lelongan bagi pihak orang perseorangan, badan berkanun atau syarikat
adalah dikehendaki mengemukakan suatu surat pengesahan kepada Mahkamah sebelum
jam 9.30 pagi pada hari lelongan yang mengesahkan beliau telah diberi kuasa untuk
menjadi wakil dalam membuat bidaan dan menandatangani semua dokumen berkenaan
dengan pembelian hartanah.
4. Lelongan hendaklah dijalankan pada pukul 10.30
pagi melainkan pada masa lain yang ditetapkan oleh Mahkamah.
5. Mana-mana warganegara asing atau syarikat
asing tidak boleh menjadi penawar bagi hartanah yang tertakluk kepada kategori pertanian atau bangunan kecuali
dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
Bagi hartanah yang kurang dari RM150,000.00 kebenaran secara bertulis
daripada Jawatankuasa Pelaburan Asing hendaklah diperolehi.
6. Penawar adalah bertanggungjawab untuk
mengenal pasti hartanah dan memastikan butir-butir hartanah adalah betul dan tepat.
7. Plaintif yang dibenarkan menjadi penawar
melalui perintah Mahkamah boleh membuat bidaan dan adalah tertakluk kepada
syarat syarat jualan.
8. Sekiranya penawar yang telah mendaftar diri
dan membayar deposit gagal membuat sebarang bidaan semasa lelongan dijalankan
penawar tersebut bolehlah disenaraihitamkan dan dihalang daripada menjadi
penawar selama setahun dan lelongan akan ditangguhkan.
9. Tawaran untuk bidaan hendaklah tidak kurang
daripada harga kenaikan yang ditetapkan oleh Mahkamah pada masa lelongan.
10. Lelongan adalah dianggap muktamad selepas
ketukan tukul atau bunyi loceng
terakhir.
11. Plaintif hendaklah menyedia dan menyerah
Borang 16Q kepada Mahkamah dan Defendan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh
lelongan.
12 Memorandum Jualan hendaklah disediakan oleh
Pelelong dalam empat (4) salinan dan hendaklah ditandatangani oleh penawar yang
berjaya, Plaintif atau Peguam Plaintif dan Pegawai Mahkamah yang menyaksikan
proses lelongan tersebut pada hari yang sama dan setem bolehlah dimatikan oleh Mahkamah
yang menjalankan lelongan.
13. Memorandum
Jualan yang telah disempurnakan hendaklah diserahkan kepada Penawar yang berjaya,
Plaintif atau Peguam Plaintif, Mahkamah
dan satu salinan untuk simpanan Pelelong.
14. Penawar yang
berjaya hendaklah menandatangani Memorandum Jualan dan juga hendaklah membuat
pembayaran baki harga belian dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari
tarikh jualan. Kegagalan penawar yang
berjaya untuk memenuhi kedua-dua syarat tersebut akan menyebabkan jualan
tersebut adalah terbatal dan wang deposit 10% daripada harga rizab akan dirampas
oleh Mahkamah dan dibayar kepada Plaintif setelah ditolak segala perbelanjaan
jualan lelongan tersebut.
15. Setelah
Memorandum Jualan ditandatangani, hartanah tersebut akan menjadi tanggungjawab penawar
yang berjaya. Mahkamah atau Plaintif tidak
akan bertanggungan ke atas apa-apa kehilangan, kerosakan atau kemusnahan
hartanah tersebut.
16. Plaintif
atau Peguam Plaintif hendaklah menyerahkan kepada Mahkamah dalam tempuh tujuh (7)
hari selepas baki harga belian diterima, satu Perakuan bertulis penerimaan baki
harga belian berserta salinan resit bayaran.
17. Plaintiff atau Peguam Plaintif hendaklah
dalam tempoh empat belas (14) hari selepas menerima baki harga belian:
i) membayar semua bayaran yang tertunggak kepada
Pihak Berkuasa Negeri atau pemberi pajakan (jika gadaian yang berkenaan adalah
gadaian ke atas pajakan) dan perbelanjaan-perbelanjaan lain (termasuk cukai
tanah, cukai pintu, caj perkhidmatan (jika ada) dan bil-bil utiliti yang
tertunggak setakat tarikh lelongan) yang didapati wajar oleh mahkamah untuk
dibayar kepada Pihak berkuasa Tempatan.
ii) memberi
salinan-salinan resit untuk pembayaran perbelanjaan-perbelanjaan di para
(i) di atas kepada penawar yang berjaya.
18. Plaintif
atau peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh
penerimaan baki harga belian menyerahkan kepada mahkamah suatu Penyata Akaun Penerimaan dan bayaran.
19. Plaintif hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari
selepas menerima baki harga belian memberi kepada penawar yang berjaya salinan
yang diakui sah perintah-perintah perletakhakkan (jika ada), Borang Penukaran
Nama dan Borang 13 Akta syarikat (jika ada) dan dokumen-dokumen lain (termasuk
duti setem dan fi pendaftaran) bagi membolehkan penawar yang berjaya mendaftarkan
Sijil Jualan dalam Borang 16F dengan Pejabat Tanah yang berkenaan.
20. Selepas
membayar sepenuhnya baki harga belian dalam tempoh penyelesaian, penawar yang berjaya
berhak menerima daripada Mahkamah dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh
mahkamah menerima Perakuan Bertulis penerimaan baki harga belian daripada
Plaintif dokumen-dokumen berikut:-
i) Sijil Jualan dalam Borang 16F yang boleh
didaftarkan yang telah disediakan oleh penawar yang berjaya: dan
ii) Salinan asal dokumen Ikatan Gadaian atau
Geran Hak Milik Tanah atau dokumen hak milik keluaran yang dicetak oleh komputer atau salinan pendua
pajakan mengikut mana yang berkenaan.
21. Sekiranya
terdapat baki harga belian setelah ditolak jumlah yang terhutang oleh Defendan
di atas gadaian tersebut termasuk segala perbelanjaan lelongan dan juga
perbelanjaan di para 17 (i) di atas, Plaintif hendaklah dalam tempoh empat belas
(14) hari dari tarikh penerimaan penuh baki harga belian menyerahkan kepada
Defendan lebihan baki harga belian tersebut.
22. Hartanah
yang berjaya dilelong adalah dipercayai dan akan dianggap sebagai diperihalkan
dengan betul dan dijual tertakluk kepada semua ismen, kaveat, tenansi,
tanggungan dan hak (jika ada) yang wujud di atas atau terhadapnya yang timbul
untuk mentakrif ia masing-masing dan tiada kesilapan kenyataan yang salah atau
deskripsi yang salah akan membatalkan penjualan dan tiada bayaran gantirugi
yang akan dibuat.
23. Pihak
Plaintif tidak akan bertanggungjawab untuk mengemukakan dan menyerah milikan
kosong hartanah berkenaan kepada penawar yang berjaya.
24. Jika Borang
16F diserahkan kepada penawar yang berjaya, sebarang keperluan untuk
memperolehi persetujuan Pihak Berkuasa Negeri
berkenaan dengan sekatan-sekatan kepentingan hartanah tersebut adalah
tidak terpakai.
25. Jika berlaku apa-apa percanggahan, kenyataan yang salah atau kesilapan yang terdapat di dalam terjemahan bahasa-bahasa lain mengenai butir-butir dan syarat-syarat jualan ini, maka versi Bahasa Malaysia hendaklah terpakai.Court
No comments:
Post a Comment