SYARAT-SYARAT
JUALAN
1.
|
i.
ii
|
Penawar yang berminat untuk membuat tawaran pada hari
lelongan hendaklah hadir sendiri ke Mahkamah. Penawar hanya boleh diwakili
oleh ejen hartanah yang berlesen atau ahli keluarga yang terdiri
daripada suami, isteri, ibu, bapa, anak atau adik-beradik kandung sahaja.
Penawar
yang ingin membuat tawaran adalah dikehendaki mendaftar diri dan
mendepositkan kepada Mahkamah satu jumlah wang sebanyak 10% daripada harga rizab
dalam bentuk Bank Draf atas
nama Plaintif. Sekiranya didapati Bank Draf tersebut kurang atau melebihi 10%
daripada harga rizab yang ditetapkan, Bank Draf tersebut akan ditolak oleh
Mahkamah. Bank Draf hendaklah dimasukkan sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan dan penerimaan Bank Draf selepas
9.30 pagi adalah tertakluk kepada budi bicara Mahkamah.
|
|
iii.
|
Penawar
yang ingin membuat tawaran dikehendaki memasukkan Bank Draf bersama kad
pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan
surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat
terkini dan nombor kes pelaksanaan hendaklah ditulis di belakang Bank Draf
tersebut. Bagi penawaran oleh syarikat, Borang 49 Akta Syarikat 1965,
Memorandum dan Artikel Syarikat serta Resolusi Pengarah yang ditandatangani
oleh kesemua pengarah hendaklah disertakan. Nama syarikat, nombor pendaftaran
syarikat, alamat berdaftar syarikat yang terkini dan nombor kes pelaksanaan
hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut.
|
|
iv.
v.
|
Penawar
yang telah memasukkan Bank Draf tidak boleh menarik diri daripada lelongan
kecuali dengan kebenaran Mahkamah.
Bank
Draf yang dimasukkan akan dikembalikan kepada Penawar yang tidak berjaya,
manakala Bank Draf bagi penawar yang berjaya pula akan diserahkan kepada
Peguam Plaintif selepas lelongan selesai.
|
2.
|
|
Penawar
hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas. Kelayakan penawar adalah tertakluk
kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada.
|
3.
|
|
Mana-mana
Penawar yang ingin membuat bidaan dalam lelongan bagi pihak orang
perseorangan, badan berkanun atau syarikat adalah dikehendaki mengemukakan
surat wakil kepada Mahkamah sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan. Surat
wakil tersebut hendaklah mengesahkan penawar telah diberi kuasa untuk membuat
bidaan dan menandatangani semua dokumen yang berkaitan.
|
4.
|
|
Lelongan
hendaklah dijalankan pada pukul 10.30 pagi melainkan pada masa lain yang
ditetapkan oleh Mahkamah.
|
5.
|
|
Mana-mana
warganegara asing atau syarikat asing tidak boleh menjadi penawar bagi
hartanah yang tertakluk kepada sekatan di bawah mana-mana undang-undang
kecuali dengan kelulusan pihak berkuasa berkenaan.
|
6.
|
|
Penawar
adalah bertanggungjawab untuk mengenai pasti hartanah dan memastikan
butir-butir dan juga segala tanggungan dan bebanan hartanah adalah betul dan
tepat.
|
7.
|
|
Plaintif
yang dibenarkan menjadi penawar melaui perintah Mahkamah boleh membuat bidaan
semasa lelongan dan Plaintif juga adalah tertakluk kepada Syarat-Syarat Jualan.
|
8.
|
|
Jika
penawar yang telah mendaftar diri dan membayar deposit gagal membuat sebarang
bidaan semasa lelongan dijalankan, penawar tersebut bolehlah
disenaraihitamkan dan dihalang daripada menjadi penawar selama satu (1) tahun
dan lelongan akan ditangguhkan.
|
9.
|
|
Tawaran
untuk bidaan hendaklah tidak kurang daripada harga kenaikan yang ditetapkan
oleh Mahkamah pada masa lelongan.
|
10.
|
|
Lelongan
adalah dianggap muktamad selepas ketukan tukul atau bunyi loceng terakhir.
|
11.
|
|
Plaintif
hendaklah menyedia dan menyerahkan Borang 16Q Kanun Tanah Negara 1965 kepada
Mahkamah dan Defendan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh lelongan.
|
12.
|
|
Memorandum
Jualan hendaklah disediakan oleh Pelelong dalam empat (4) salinan dan
hendaklah ditandatangani oleh penawar yang berjaya, Plaintif atau Peguam
Plaintif dan Pegawai Mahkamah yang menyaksikan proses lelongan tersebut pada
hari yang sama dan setem hasil bolehlah dimatikan di Pejabat Hasil atau
dimatikan sendiri oleh penawar yang berjaya di hadapan Timbalan Pendaftar /
Penolong Kanan Pendaftar yang menyaksikan lelongan.
|
13.
|
|
Memorandum
Jualan yang telah disempurnakan hendaklah diserahkan kepada penawar yang
berjaya, Plaintif atau Peguam Plaintif, Mahkamah dan satu salinan untuk
simpanan Pelelong.
|
14.
|
|
Penawar
yang berjaya hendaklah menandatangani Memorandum Jualan dan membuat
pembayaran baki harga belian dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari
tarikh jualan. Kegagalan untuk memenuhi kedua-dua syarta tersebut akan
menyebabkan jualan lelongan terbatal dan wang deposit 10% daripada harga
rizab akan dirampas oleh Mahkamah dan dibayar kepada Plaintif setelah ditolak
segala perbelanjaan jualan lelongan tersebut.
|
15.
|
|
Setelah
Memorandum Jualan ditandatangani, hartanah tersebut akan menjadi
tanggungjawab penawar yang berjaya. Mahkamah atau Plaintif tidak akan
bertanggungan ke atas apa-apa kehilangan, kerosakan atau kemusnahan hartanah
tersebut.
|
16.
|
|
Plaintif
atau Peguam Plaintif hendaklah menyerahkan kepada Mahkamah dalam tempoh tujuh
(7) hari selepas baki harga belian diterima, satu Perakuan Bertulis
penerimaan baki harga belian beserta salinan resit bayaran.
|
17.
|
|
Plaintif
atau Peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari daripada
penerimaan baki harga belian:-
|
|
i)
ii)
|
membayar
semua bayaran yang tertunggak kepada Pihak Berkuasa Negeri atau pemberi
pajakan (jika gadaian yang berkenaan adalah gadaian ke atas pajakan) dan semua
bayaran-bayaran lain kepada Pihak Berkusa Negeri atau mana-mana pihak berkuasa
tempatan.
membayar
semua perbelanjaan lain yang disahkan oleh Pendaftar Mahkamah atau Pentadbir
Tanah (jika ada), yang berkaitan dengan pelaksanaan perintah jualan.
|
|
iii)
iv)
|
memberi
salinan-salinan resit untuk pembayaran perbelanjaan-perbelanjaan di para (i)
di atas kepada penawar yang berjaya.
memberi
kepada penawar yang berjaya salinan yang diakui sah perintah-perintah
perletakhakkan (jika ada), Borang Penukaran Nama dan Borang 13 Akta Syarikat
(jika ada) dan dokumen-dokumen lain bagi membolehkan penawar yang berjaya
mendaftarkan Sijil Jualan dalam Borang 16F Kanun Tanah Negara 1965 dengan
Pejabat Tanah yang berkenaan.
|
18.
|
|
Plaintif
atau peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh
penerimaan baki harga belian menyerahkan kepada Mahkamah suatu Penyata Akaun
Penerimaan dan Bayaran.
|
19.
|
i)
ii)
|
Mahkamah
hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh penerimaan
Perakuan Bertulis penerimaan Perakuan Bertulis penerimaan baki harga belian daripada
Plaintif menyerahkan kepada Penawar yang berjaya dokumen-dokumen berikut :-
Sijil
Jualan dalam Borang 16F Kanun Tanah Negara 1965 yang mana telah disediakan
dan dilengkapkan terlebih dahulu oleh penawar yang berjaya, dan
Salinan
asal dokumen Ikatan Gadaian atau Geran Hak Milik Tanah atau dokumen hak milik
keluaran yang dicetak oleh komputer atau salinan pendua pajakan mengikut mana
yang berkenaan.
|
20.
|
|
Jika terdapat lebihan baki harga belian setelah
ditolak jumlah yang terhutang oleh Defendan di atas gadaian tersebut dan segala
perbelanjaan lelongan, Plaintif hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari
dari tarikh penerimaan penuh baki harga belian menyerahkan kepada Defendan
lebihan baki harga belian tersebut.
|
21.
|
Hartanah yang berjaya dilelong adalah dipercayai dan
akan dianggap sebagai diperihalkan dengan betul dan dijual tertakluk kepada
semua ismen, kaveat, tenansi, tanggungan dan hak (jika ada) yang wujud di
atas atau terhadapnya yang timbul untuk mentakrif ia masing-masing dan tiada
kesilapan kenyataan yang salah atau deskripsi yang salah akan membatalkan
penjualan dan tiada bayaran gantirugi yang akan dibuat.
|
|
22.
|
Plaintif atau peguam Plaintif tidak akan
bertanggungjawab untuk mengemuka dan menyerahkan milikan kosong hartanah berkenaan kepada penawar yang berjaya.
|
|
23.
|
|
Bagi tujuan pendaftaran Sijil Jualan dalam Borang
16F Kanun Tanah Negara 1965, sebarang keperluan untuk memperolehi persetujuan
Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan sekatan-sekatan kepentingan hartanah
tersebut adalah tidak terpakai.
|
24.
|
|
Jika berlaku apa-apa percanggahan, kenyataan salah
atau kesilapan yang terdapat di dalam terjemahan butir-butir dan
syarat-syarat jualan ke bahasa-bahasa lain, Syarat-syarat Jualan dalam versi
Bahasa Melayu adalah terpakai.
|
|
|
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment