SYARAT-SYARAT
JUALAN
1.
|
i.
ii
|
Penawar yang
berminat untuk membuat tawaran pada hari lelongan hendaklah hadir sendiri ke
Mahkamah. Penawar hanya boleh diwakili oleh ejen hartanah yang berlesen
atau ahli keluarga yang terdiri daripada suami, isteri, ibu, bapa, anak atau
adik-beradik kandung sahaja.
Pelelong juga adalah dibenarkan untik menjadi wakil
penawar dengan syarat Pelelong itu bukanlah pelelong yang menjadikan lelongan
tersebut.
|
|
|
iii.
|
Penawar yang ingin membuat tawaran adalah dikehendaki
mendaftar diri dan mendepositkan kepada Mahkamah satu jumlah wang sebanyak
10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank
Draf atas nama Plaintif. Sekiranya didapati Bank Draf tersebut kurang
atau melebihi 10% daripada harga rizab yang ditetapkan, Bank Draf tersebut
akan ditolak oleh Mahkamah. Bank Draf hendaklah dimasukkan ke dalam Peti
Lelongan yang disediakan oleh Mahkamah sebelum jam 9.30 pagi. Bank Draf yang
diterima selepas 9.30 pagi akan ditolak oleh Mahkamah.
|
|
|
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
|
Penawar yang ingin membuat tawaran dikehendaki
memasukkan Bank Draf bersama kad pengenalan penawar yang asal. Sekiranya
Penawar menghantar wakil, wakil tersebut hendaklah memasukkan Bank Draf
bersama kad pengenalan asal wakil, salinan kad pengenalan penawar yang diakui
sah dan surat wakil.
Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan
nombor kes pelaksanaan hendaklah
ditulis di belakang Bank Draf tersebut.
Bagi penawaran oleh syarikat, Borang 49 Akta Syarikat
1965, Memorandum dan Artikel Syarikat serta Resolusi Pengarah yang
ditandatangani oleh kesemua pengarah hendaklah disertakan. Nama, nombor
pendaftaran, alamat berdaftar syarikat yang terkini dan nombor kes
pelaksanaan hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut.
Penawar yang telah memasukkan Bank Draf tidak boleh
menarik diri daripada lelongan kecuali dengan kebenaran Mahkamah.
Bank Draf yang dimasukkan akan dikembalikan kepada Penawar
yang tidak berjaya, manakala Bank Draf bagi penawar yang berjaya pula akan
diserahkan kepada Peguam Plaintif selepas lelongan selesai
|
|
2.
|
|
Penawar hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas.
Kelayakan penawar adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang sedia
ada.
|
|
3.
|
|
Mana-mana Penawar yang ingin membuat bidaan dalam
lelongan bagi pihak orang perseorangan, badan berkanun atau syarikat adalah
dikehendaki mengemukakan surat wakil kepada Mahkamah sebelum jam 9.30 pagi
pada hari lelongan. Surat wakil tersebut hendaklah mengesahkan penawar telah
diberi kuasa untuk membuat bidaan dan menandatangani semua dokumen yang
berkaitan.
|
|
4.
|
|
Lelongan hendaklah dijalankan pada pukul 10.30 pagi
melainkan pada masa lain yang ditetapkan oleh Mahkamah.
|
|
5.
|
|
Mana-mana warganegara asing atau syarikat asing tidak
boleh menjadi penawar bagi hartanah yang tertakluk kepada sekatan di bawah
mana-mana undang-undang kecuali dengan kelulusan pihak berkuasa berkenaan.
|
|
6.
|
|
PENAWAR ADALAH
BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGENAI PASTI BUTIR-BUTIR HARTANAH, DAN MEMASTIKAN
SEGALA TANGGUNGAN SERTA BEBANAN HARTANAH ADALAH TEPAT.
|
|
7.
|
|
Plaintif yang dibenarkan menjadi penawar melaui
perintah Mahkamah boleh membuat bidaan semasa lelongan dan Plaintif juga adalah
tertakluk kepada Syarat-Syarat Jualan.
|
|
8.
|
|
Jika penawar yang telah mendaftar diri dan membayar
deposit gagal membuat sebarang bidaan semasa lelongan dijalankan menyebabkan
lelongan terpaksa ditanggulkan, penawar tersebut bolehlah disenaraihitamkan
dan daripada menjadi penawar selama satu (1) tahun.
|
|
9.
|
|
Sekiranya penawar yang disenaraihitamkan seperti dalam
para 8. tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut, penawar bolehlah
mengemukakan rayuan kepada Pengarah Mahkamah Negeri masing-masing.
|
|
10.
|
|
Tawaran untuk bidaan hendaklah tidak kurang daripada
harga kenaikan yang ditetapkan oleh Mahkamah pada masa lelongan.
|
|
11.
|
|
Lelongan adalah dianggap muktamad selepas ketukan tukul
atau bunyi loceng terakhir.
|
|
12.
|
|
Plaintif hendaklah menyedia dan menyerahkan Borang 16Q
Kanun Tanah Negara 1965 kepada Mahkamah dan Defendan dalam tempoh tujuh (7)
hari dari tarikh lelongan.
|
|
13.
|
|
Memorandum Jualan hendaklah disediakan oleh Pelelong
dalam empat (4) salinan dan hendaklah ditandatangani oleh penawar yang
berjaya, Plaintif atau Peguam Plaintif dan Pegawai Mahkamah yang menyaksikan
proses lelongan tersebut pada hari yang sama dan setem hasil bolehlah
dimatikan di Pejabat Hasil atau dimatikan sendiri oleh penawar yang berjaya
di hadapan Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar yang menyaksikan
lelongan.
|
|
14.
|
|
Bayaran duti setem adalah di bawah tanggunagan penawar
yang berjaya.
|
|
15.
|
|
Memorandum Jualan yang telah disempurnakan hendaklah
diserahkan kepada penawar yang berjaya atau wakil penawar yang berjaya,
Plaintif atau Peguam Plaintif, Mahkamah dan satu salinan untuk simpanan
Pelelong.
|
|
16.
|
|
Penawar yang berjaya hendaklah menandatangani
Memorandum Jualan dan membuat pembayaran baki harga belian dalam tempoh
seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan. Kegagalan untuk memenuhi
kedua-dua syarta tersebut akan menyebabkan jualan lelongan terbatal dan wang
deposit 10% daripada harga rizab akan dirampas oleh Mahkamah dan dibayar
kepada Plaintif setelah ditolak segala perbelanjaan jualan lelongan tersebut.
|
|
17.
|
|
Setelah Memorandum Jualan ditandatangani, hartanah
tersebut akan menjadi tanggungjawab penawar yang berjaya. Mahkamah atau
Plaintif tidak akan bertanggungan ke atas apa-apa kehilangan, kerosakan atau
kemusnahan hartanah tersebut.
|
|
|
|||
18.
|
|
Plaintif atau Peguam Plaintif hendaklah menyerahkan
kepada Mahkamah dalam tempoh tujuh (7) hari selepas baki harga belian
diterima, satu Perakuan bertulis penerimaan baki harga belian beserta salinan
resit bayaran.
|
|
19.
|
|
Plaintif atau Peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh
empat belas (14) hari daripada penerimaan baki harga belian:-
i) membayar semua bayaran yang tertunggak kepada Pihak
Berkuasa Negeri atau pemberi pajakan (jika gadaian yang berkenaan adalah
gadaian ke atas pajakan) dan semua bayaran-bayaran lain kepada Pihak Berkusa
Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan.
|
|
|
ii) membayar semua perbelanjaan lain yang disahkan oleh
Pendaftar Mahkamah atau Pentadbir Tanah (jika ada), yang berkaitan dengan
pelaksanaan perintah jualan.
|
||
|
iii) memberi salinan-salinan resit untuk pembayaran
perbelanjaan-perbelanjaan di para (i) di atas kepada penawar yang berjaya.
iv) memberi kepada penawar yang berjaya salinan yang
diakui sah perintah-perintah perletakhakkan (jika ada), Borang Penukaran Nama
dan Borang 13 Akta Syarikat (jika ada) dan dokumen-dokumen lain bagi
membolehkan penawar yang berjaya mendaftarkan Sijil Jualan dalam Borang 16F
Kanun Tanah Negara 1965 dengan Pejabat Tanah yang berkenaan.
Plaintif atau peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh
tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan baki harga belian menyerahkan
kepada Mahkamah suatu Penyata Akaun Penerimaan dan Bayaran.
|
||
20.
|
Mahkamah hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari
daripada tarikh penerimaan Perakuan Bertulis penerimaan Perakuan Bertulis
penerimaan baki harga belian daripada Plaintif menyerahkan kepada Penawar
yang berjaya dokumen-dokumen berikut :-
i) Sijil Jualan dalam Borang 16F Kanun Tanah Negara
1965 yang mana telah disediakan dan dilengkapkan terlebih dahulu oleh penawar
yang berjaya, dan
ii) Salinan asal dokumen Ikatan Gadaian atau Geran Hak
Milik Tanah atau dokumen hak milik keluaran yang dicetak oleh komputer atau
salinan pendua pajakan mengikut mana yang berkenaan.
|
||
21.
|
|
Jika
terdapat lebihan baki harga belian setelah ditolak jumlah yang terhutang oleh
Defendan di atas gadaian tersebut dan segala perbelanjaan lelongan, Plaintif
hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan penuh
baki harga belian menyerahkan kepada Defendan lebihan baki harga belian
tersebut.
|
|
22.
|
|
Hartanah
yang berjaya dilelong adalah dipercayai dan akan dianggap sebagai
diperihalkan dengan betul dan dijual tertakluk kepada semua ismen, kaveat,
tenansi, tanggungan dan hak (jika ada) yang wujud di atas atau terhadapnya
yang timbul untuk mentakrif ia masing-masing dan tiada kesilapan kenyataan
yang salah atau deskripsi yang salah akan membatalkan penjualan dan tiada
bayaran gantirugi yang akan dibuat.
|
|
23.
24.
25.
|
|
Pihak Plaintif tidak akan bertanggungjawab untuk
mengemukan dan menyerahkan milikan kosong hartanah berkenaan kepada penawar yang berjaya.
Bagi tujuan pendaftaran Sijil Jualan dalam Borang
16F Kanun Tanah Negara 1965, sebarang keperluan untuk memperolehi persetujuan
Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan sekatan-sekatan kepentingan hartanah
tersebut adalah tidak terpakai.
Jika berlaku apa-apa percanggahan, kenyataan salah
atau kesilapan yang terdapat di dalam terjemahan butir-butir dan
syarat-syarat jualan ke bahasa-bahasa lain, Syarat-syarat Jualan dalam versi
Bahasa Melayu adalah terpakai.
|
|
|
|
||
|
|||