L E L O N G A N A W A M
PADA
HARI SELASA 2 DISEMBER 2014 JAM
10.30 PAGI
DI BILIK
LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH
LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA : Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik
secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta
mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan
dijalankan.
BUTIR-BUTIR
HAKMILIK:-
NO. HAKMILIK
STRATA BERDAFTAR GRN71104/M1/4/312 NO. LOT / SEKSYEN 2028/4 BANGUNAN/TINGKAT/PETAK M1/4/312 BANDAR
Bukit Mertajam DAERAH/NEGERI Seberang Perai Tengah/Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KELUASAN 59 meter persegi ( 635 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR 1. Lim Guan Tek (No.K/P 660127-07-5311) 1/2 bahagian 2.
Tan Lay
Siang (No.K/P 700227-08-5596) 1/2 bahagian KATEGORI
KEGUNAAN TANAH Bangunan SYARAT NYATA Tanah yang diberimilik ini hendaklah
digunakan untuk tujuan perniagaan sahaja SEKATAN
KEPENTINGAN Tanah yang diberi milik
ini tidak boleh dicagar, pajak, pajak kecil atau sebarang bentuk urusniaga tanpa
mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Negeri PAJAKAN
BERDAFTAR Dicagarkan kepada Public
Bank Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 0799SC2010004487 yang didaftarkan pada 11 Februari 2010
LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH
Sebuah lot kedai yang beralamat No.
3-12, PLAZA BUKIT MERTAJAM, JALAN ARUMUGAM PILLAI, 14000 BUKIT MERTAJAM,
SEBERANG PERAI TENGAH.
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga
rizab sebanyak RM 250,000-00 (RINGGIT MALAYSIA DUA RATUS LIMA PULUH RIBU) SAHAJA
dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan.
Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Public Bank Berhad sebelum jam 9.30
pagi pada hari lelongan; berserta
dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui
sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama
penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-391-08/2014 hendaklah
ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah
dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Public Bank Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh
jualan.
No comments:
Post a Comment