PERISYTIHARAN JUALAN
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO: 24F-500-10/2013
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-685-11/2013
Dalam Perkara Mengenai Seksyen 265 (3)(b) dan 3(A) Kanun Tanah Negara, 1965; Dan Dalam Perkara Mengenai Gadaian di bawah Perserahan No. 0701SC/2009004444
ke atas tanah yang dikenali sebagai Hakmilik No. GM 1854 (dahulunya dikenali
sebagai Hakmilik Sementara No. H.S.(M) 1468), Lot 6124, Mukim 6, Daerah Seberang Perai
Tengah, Negeri Pulau Pinang; Dan Dalam Perkara Mengenai Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.
Antara
RHB
Bank Berhad (6171-M)…….……………………………………….…...Plaintif
Dan
LIM
KIM HOCK (NO.K/P 840804-02-5185) ………………………….…Defendan
Menurut
Perintah-Perintah Mahkamah Tinggi
Malaya di Pulau Pinang yang bertarikh 7 November 2013 dan
17 Februari 2014 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa
Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau
Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong berdaftar yang dilantik oleh Mahkamah akan menjual secara
L E L O N G A N A W A M
PADA
HARI SELASA 18 MAC 2014 JAM 10.30 PAGI
DI BILIK
LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH
LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA : Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik
secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta
mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan
dijalankan.
BUTIR-BUTIR
HAKMILIK:-
NO. HAKMILIK GM 1854 (dahulunya dikenali sebagai Hakmilik Sementara
No. H.S.(M) 1468) NO. LOT 6124 MUKIM/DAERAH/NEGERI 6/ Seberang Perai
Tengah/Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KELUASAN 447 meter persegi ( 4,812 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR Lim Kim Hock (No. K/P
840804-02-5185) 1/1 bahagian KATEGORI KEGUNAAN TANAH Tiada SYARAT
-SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada RHB Bank Berhad melalui Gadaian Perserahan
No. 0701SC/2009004444 yang didaftarkan pada 16 September
2009
LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH
Sebuah rumah banglo tiga (3) tingkat yang beralamat No.
11A, Lengkok Kerjasama, Taman Kerjasama, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga
rizab sebanyak RM 850,000-00 (RINGGIT MALAYSIA LAPAN RATUS LIMA PULUH RIBU)
SAHAJA dan
kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah
mendepositkan 10% daripada harga
rizab dalam bentuk Bank Draf di atas
nama Plaintif, RHB Bank Berhad sebelum
jam 9.30 pagi pada hari
lelongan; berserta dengan kad pengenalan
penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil
(jika berkaitan). Nama penawar, nombor
kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-685-11/2013
hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki
wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada RHB Bank Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh
jualan.
No Bidder
ReplyDelete