DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH,
DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH, PULAU PINANG
Perintah Jualan Atas
Permintaan Pemegang Gadaian: 0701AUC2015000062
Dalam Perkara mengenai Seksyen 257 & 263, Kanun Tanah Negara 1965.
ANTARA
OCBC Bank (Malaysia) Berhad…..……………………..….…..….…….PEMEGANG GADAIAN
DAN
DNY Dream
Toys Sdn Bhd (No. Syarikat 973173-X)…………….…………..…PENGGADAI
Menurut Perintah oleh
Pentadbir Tanah, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang bertarikh 28 Disember 2015, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Pentadbir
Tanah, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang dengan
dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah akan menjual secara:
LELONGAN
AWAM
PADA HARI SELASA 29HB MAC 2016, JAM 10.00 PAGI
DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH, SEBERANG PERAI TENGAH,
JALAN BETIK, SUNGAI RAMBAI, 14000 BUKIT MERTAJAM
Nota:Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan supaya
membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO. HAKMILIK HSM 3360 NO.
LOT 13179 MUKIM / DAERAH/ NEGERI 15 / Seberang Perai Tengah / Pulau Pinang KELUASAN 123 meter persegi
(1,324 kaki
persegi) CUKAI TAHUNAN RM 133.00 PEGANGAN Selama-lamanya
KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan PEMILIK-PEMILIK BERDAFTAR DNY Dream Toys Sdn Bhd 1/1 bahagian SYARAT NYATA Tanah ini hendaklah digunakan untuk tujuan perniagaan
sahaja SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR Digadaikan kepada OCBC Bank (Malaysia) Berhad melalui Gadaian
Perserahan No. 701SC2013000129 yang didaftarkan pada
16 Januari 2013 KAVEAT Tiada
LOKASI DAN PERIHAL
HARTANAH: Hartanah tersebut adalah sebuah rumah kedai bersudut dan tiga (3) tingkat, terletak
lebih kurang 1km dari Bandar Bukit Mertajam, 15 km dari Bandar Butterworth dan
beralamat No. 12 Jalan Seri Maju, Taman Seri Maju, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
HARGA RIZAB:
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM
819,000.00 (RINGGIT MALAYSIA: LAPAN
RATUS SEMBILAN BELAS RIBU) sahaja dan tidak termasuk
6 % Cukai Barang Dan Perkhidmatan (“GST”), dan juga kepada Syarat -
Syarat Jualan yang telah ditetapkan. Bagi penawar yang berminat adalah
dikehendaki mendepositkan 10%
daripada harga rizab dalam bentuk Bank
Deraf di atas nama OCBC BANK (MALAYSIA) BERHAD sebelum jualan lelongan dimulakan. Baki wang belian
hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh
seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan lelong kepada OCBC
BANK (MALAYSIA) BERHAD, dan bahawa tiada apa-apa lanjutan masa bagi
tempoh yang telah ditetapkan.
Untuk butir-butir selanjutnya, sila
berhubung dengan Pentadbir Tanah, Pejabat Daerah Dan
Tanah, Daerah Seberang Perai Tengah, Jalan Betek, Sungai
Rambai, 14000 Pulau Pinang,Tel: 04-5402360.
No comments:
Post a Comment