PERISYTIHARAN JUALAN
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI
PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO: 24-130-2011
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-437-2011
Dalam perkara Gadaian Perserahan No. 536/97, Jilid No. 133, Folio No. 75 ke
atas No. Lot 8035, Mukim 14, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang
terkandung di dalam Suratan Hakmilik Sementara No. H.S. (M) 3837 Dan Dalam perkara di bawah Seksyen-Seksyen 256 (3) (c), 263 dan 265(3)(b) Kanun Tanah
Negara, 1965 Dan Dalam perkara menjalankan jualan ke atas tanah yang digadaikan
di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah menurut rujukan dalam
PTSPT/D/1414 Dan Dalam perkara mengenai
Aturan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980. Antara
RESOLUTION ALLIANCE SDN BHD
(dahulunya dikenali sebagai Glorious Flame Sdn Bhd dan
telah mengambil alih asset,manfaat,
hakmilik dan kepentingan dari Malayan
Banking Berhad melalui ‘ Vesting Order’ bertarikh 17hb April 2008, Malayan
Banking Berhad telah mengambil alih segala hak, kuasa, kepentingan, aset-aset dan
tanggungan Mayban Finance Berhad (3905-T) melalui Perintah Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur dalam Guaman No. 24-231-2004 yang bertarikh 17hb Ogos 2004)……………………………….………….……………………………………...............................………………...Plaintif
Dan
LEE CHOON BENG…..……………………..………..………………….………………….…..........................………Defendan
Menurut
Perintah-Perintah Mahkamah
Tinggi Malaya di Pulau Pinang yang
diperbuat pada 26 April 2011 dan 24 April
2012 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar,
Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang
tersebut di bawah akan menjual secara
L E L O N G A N A W A M
PADA HARI RABU 20 JUN 2012 JAM 10.30
PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK H.S. (M) 3837 NO. LOT 8035 MUKIM, DAERAH, NEGERI 14, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KELUASAN 111meter persegi (1195 kaki persegi) CUKAI TAHUNAN RM40.00 PEMILIK BERDAFTAR Lee Choon Beng 1/1 bahagian SYARAT-SYARAT
NYATA Tanah ini hendaklah digunakan untuk tujuaan
kediaman sahaja SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN
BERDAFTAR Dicagarkan kepada Malayan
Banking Berhad melalui
Gadaian Perserahan No. 536/97 didaftarkan pada 7 Mac 1997 KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan
NOTA
: Bakal-bakal pembeli
adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah
dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.
LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH
Sebuah rumah teres satu (1)
tingkat yang beralamat No. 15, Lorong Impian Ria 8, Taman Impian Ria, 14000
Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga
rizab sebanyak RM 72,900-00 (RINGGIT MALAYSIA TUJH PULUH DUA RIBU
SEMBILAN RATUS) SAHAJA dan
kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah
mendepositkan 10% daripada harga
rizab dalam bentuk Bank Draf di atas
nama Plaintif, Resolution Alliance Sdn Bhd sebelum
jam 9.30 pagi pada hari
lelongan; berserta dengan kad pengenalan
penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil
(jika berkaitan). Nama penawar, nombor
kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan No. A/E 38-437-2011
hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki
wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Resolution
Alliance Sdn Bhd dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh
jualan.
The auction was "called off" as the Plaintiff's lawyer, Tawfeek Badjenid & Partners, failed to deposit 3% of the reserve price to the high court before the auction took place...
ReplyDelete