PERISYTIHARAN JUALAN
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI
PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO: 24-1352-2011
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-799-2011
Dalam perkara mengenai Seksyen-Seksyen
256 -259 Kanun Tanah Negara 1965 Dan Dalam perkara mengenai Gadaian
Perserahan No. 47075/2008 ke atas tanah yang dikenali sebagai Lot 4298, Mukim 11
, Daerah Seberang Perai Utara, Negeri Pulau Pinang yang dipegang di bawah Geran
No. Hakmilik 69999 Dan Dalam perkara mengenai
Aturan-Aturan 7, 28 dan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980. Antara
Standard
Chartered Bank Malaysia Berhad (Syarikat No. 115793-P)………….……..………….….…...Plaintif
Dan
1. Tan Bee Tin
2. Wong Kok Chong…..…………………………..…………..………………….……….……Defendan-
Defendan
Menurut
Perintah-Perintah Mahkamah
Tinggi Malaya di Pulau Pinang yang
diperbuat pada 5 Oktober 2011 dan 20 Mac 2012 masing-masing, adalah dengan ini
diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau
Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah akan menjual secara
L E L O N G A N A W A M
PADA HARI SELASA 22 MEI 2012 JAM 10.30
PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK GRN 69999 NO LOT 4298 MUKIM, DAERAH, NEGERI 11,
Seberang
Perai Utara, Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya
KELUASAN 74 meter persegi ( 796
kaki
persegi) CUKAI TAHUNAN RM40.00 PEMILIK BERDAFTAR 1. Tan Bee Tin ½
bahagian, 2. Wong Kok Chong ½ bahagian
SYARAT-SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN
BERDAFTAR Dicagarkan
kepada Standard Chartered Bank
Malaysia Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 0799SC2008047075 didaftarkan
pada 17 Disember 2008 KATEGORI
KEGUNAAN TANAH Tiada
NOTA
: Bakal-bakal pembeli
adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah
dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.
LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH
Sebuah rumah teres dua (2) tingkat yang beralamat No. 8, Lorong Murni 29, Taman Desa
Murni, 13800 Butterworth, Pulau Pinang
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga
rizab sebanyak RM 130,000-00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS TIGA PULUH
RIBU) SAHAJA dan
kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah
mendepositkan 10% daripada harga
rizab dalam bentuk Bank Draf di atas
nama Plaintif, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad sebelum
jam 9.30 pagi pada hari
lelongan; berserta dengan kad pengenalan
penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil
(jika berkaitan). Nama penawar, nombor
kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan No. A/E 38-799-2011 hendaklah
ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah
dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad dalam
tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.
The above auction was called off by the Plaintiff SCB on 21 May 2012.
ReplyDeleteWe regret if there is any inconvenience to our clients......kcyeap