PERISYTIHARAN JUALAN
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO:24-1815-10/2012
PELAKSANAAN NO: 38-189-03/2013
Dalam perkara mengenai Gadaian bertarikh 28-4-2010 melalui Perserahan No. 0799SC2010014895 ke atas hartanah dan
hereditamen dikenali sebagai Geran No. Hakmilik 78031, Lot No. 7588, Mukim 14, Daerah Seberang Perai Selatan, Negeri
Pulau Pinang Dan Dalam perkara mengenai Seksyen-seksyen
256 dan 257 Kanun Tanah Negara 1965 Dan Dalam
perkara mengenai Aturan –aturan 7, 28 dan 83 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012
Di
antara
PUBLIC BANK BERHAD (No. Syarikat
6463-H)……....Plaintif
Dan
YOGESWARI A/P MUNIANDY (NO. K/P:
830404-07-5096)…..Defendan
Menurut
Perintah-Perintah Mahkamah Tinggi
Malaya di Pulau Pinang yang bertarikh 9 Januari 2013 dan 22 April 2013 masing-masing,
adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan
Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, ydengan dibantu oleh Pelelong
berdaftar yang dilantik oleh Mahkamah akan menjual secara
L E L O N G A N A W A M
PADA HARI SELASA 11 JUN 2013 JAM
10.30 PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA : Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar
membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua
tanggungan, bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum
jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK GRN 78031 NO. LOT 7588 MUKIM DAERAH NEGERI 14, Seberang Perai Selatan,
Pulau
Pinang PEGANGAN Selama-lamanya
KELUASAN TANAH 208 meter persegi (2,239
kaki
persegi) CUKAI TAHUNAN RM 46.00 PEMILIK BERDAFTAR Yogeswari A/P
Muniandy 1/1 bahagian SYARAT NYATA Tanah ini
hendaklah digunakan untuk tujuan kediaman sahaja SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN
BERDAFTAR Dicagarkan kepada Public
Bank Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 0799SC2010014895 yang didaftarkan pada 4 Mei
2010 KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan
LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH
Sebuah rumah teres sudut dua (2) tingkat yang beralamat NO. 1, TINGKAT TAMBUN INDAH 2, TAMAN TAMBUN INDAH,
14100 SIMPANG AMPAT, PULAU PINANG
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga
rizab sebanyak RM 330,000-00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA RATUS TIGA PULUH RIBU) SAHAJA
dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Public Bank Berhad sebelum jam 9.30
pagi pada hari lelongan; berserta
dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui
sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama
penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-189-03/2013
hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki
wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Public
Bank Berhad dalam
tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan
No comments:
Post a Comment