PERISYTIHARAN JUALAN
DALAM MAHKAMAH
TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG
SAMAN PEMULA
NO: 24-1395-2006 (M.T.1)
PERMOHONAN UNTUK
PERLAKSANAAN NO. A/E 38-243-2007
Dalam perkara mengenai Seksyen
256 dan 257 Kanun Tanah Negara, 1965. Dan Dalam
perkara mengenai Gadaian Perserahan No. 1204/2003 ke atas No. P.T. 2184, Mukim
01, Daerah Seberang Perai Tengah, Negeri Pulau Pinang yang dipegang di bawah
Suratan Hakmilik Sementara No. H. S. (D)
39173 bersama dengan sebuah premis
yang didirikan di atasnya. Dan Dalam perkara mengenai Aturan 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi, 1980. Dan Dalam perkara mengenai Aturan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi, 1980
Antara
AmBank (M) Berhad (No.
Syarikat : 8515-D)……..…...Plaintif
Dan
Henry John A/L Thomas (No. K/P 720917-07-5027 / A2266465)….……Defendan
Menurut
Perintah-Perintah Mahkamah
Tinggi Malaya di Pulau Pinang yang
diperbuat pada 15 Februari 2007 dan 24 April 2013 masing-masing, adalah dengan
ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau
Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah akan menjual secara
L E L O N G A N A W A M
PADA HARI RABU 12 JUN 2013 JAM 10.30
PAGI
DI BILIK
LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH
LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA : Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar
membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua
tanggungan, bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum
jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO. HAKMILIK H.S. (D) 39173 NO. LOT PT 2184 MUKIM,
DAERAH, NEGERI 01, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang PEGANGAN Pajakan Negeri 99 tahun (lupus pada 23 Disember 2086)
KELUASAN 53.35 meter persegi ( 574 kaki persegi) CUKAI TAHUNAN RM40.00 PEMILIK
BERDAFTAR Henry John A/L Thomas (No. K/P: 720917-07-5027) 1/1 bahagian SYARAT NYATA Tanah
yang diberimilik ini hendaklah digunakan bagi maksud kediaman sahaja SEKATAN KEPENTINGAN Tanah yang diberi
milik ini tidak boleh dipecah sempadan,
pindah milik, cagar, pajak, pajak kecil atau dengan apa-apa urusan
sekali pun dilupuskan dengan tiada kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa
Negeri PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan
kepada AmBank Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 0799SC20030001204 didaftarkan pada 27 Januari 2003 KATEGORI
KEGUNAAN TANAH Bangunan
LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH
Sebuah rumah kluster dua
(2) tingkat yang beralamat No. 19, Lorong Sembilang 7, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga
rizab sebanyak RM 67,500-00 (RINGGIT MALAYSIA ENAM PULUH TUJUH RIBU
LIMA RATUS ) SAHAJA dan
kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan
10% daripada harga rizab dalam
bentuk Bank Draf di atas nama
Plaintif, AmBank (M) Berhad sebelum jam 9.30
pagi pada hari lelongan; berserta
dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui
sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama
penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-243-2007
hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki
wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada AmBank (M) Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh
jualan
No comments:
Post a Comment