Tuesday, September 13, 2011

Auction 21 Sep 2011 594, Lorong Sinar Intan 4/1, 08000 Sungai Petan


PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG

SAMAN PEMULA NO: 24-1565-2009

PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-426-2010

Dalam perkara mengenai Memorandum Gadaian Bilangan Perserahan No. 3322/2005 jilid No: - Folio No:- bertarikh 21/02/2005; Dan Dalam perkara mengenai tanah dan hereditamen ke atas kesemua hartanah yang terkandung dalam Suratan Hakmilik Sementara H.S. (D) 4283, P.T. No. 56043, Mukim Sungai Pasir, Daerah Kuala Muda, Kedah Darulaman. Dan Dalam Perkara mengenai Seksyen 256 dan 257 Kanun Tanah Negara, 1965; Dan Dalam perkara mengenai Aturan 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi, 1980; Dan Dalam Perkara mengenai Aturan 83, Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Antara

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad……………….……….……...………..…...…...Plaintif

Dan

1. Shahromzi Bin Shaari (NO. K/P: 700410-02-5743)

2. Rosnani Binti Basiron (NO. K/P: 780622-02-5270)……………………………... Defendan- Defendan

Menurut Perintah-Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 2 Mac 2010 dan 2 Ogos 2011 adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah akan menjual secara

L E L O N G A N A W A M

PADA HARI RABU 21 SEPTEMBER 2011 JAM 11.00 PAGI

DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI

LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG

NOTA : Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-

NO.HAKMILIK GRN 105615 (dahulunya dikenali sebagai H.S.(D) 4283) NO. LOT 1167 (dahulunya dikenali sebagai PT56043) SEKSYEN 55 BANDAR Sungai Petani DAERAH NEGERI Kuala Muda, Kedah Darulaman PEGANGAN Selama-lamanya KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan KELUASAN 299 meter persegi (3,219 kaki persegi) CUKAI TANAH TAHUNAN RM100.00 PEMILIK BERDAFTAR 1. Shahromzi Bin Shaari 1/2 bahagian 2. Rosnani Binti Basiron 1/2 bahagian SYARAT NYATA RUMAH BERKEMBAR Tanah yang terkandung dalam hakmilik ini hendaklah digunakan sebagai tapak untuk satu bangunan kediaman sahaja SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 3322/2005 yang didaftarkan pada 2 Mac 2005

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH Sebuah rumah berkembar satu (1) tingkat yang beralamat :

No 594, Lorong Sinar Intan 4/1, Taman Sinar Intan, 08000 Sungai Petani, Kedah Darulaman

HARGA RIZAB

Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM121,500.00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS DUA PULUH SATU RIBU DAN LIMA RATUS) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad sebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan awam. Bank draf bersama dengan salinan Kad Pengenalan penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan Nombor Kes Perlaksanaan (No. A/E 38-426-2010) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelongan, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Plaintif dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh Jualan. Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Tetuan Ramli Amar Jit & Tan, Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat No. 32 Tingkat 1, Jalan Tengah, Taman Sri Tunas, 11950 Bayan Baru, Pulau Pinang (No. Tal: 04-6461875 / No. Fax 04-6461871) [No. Ruj: RAPG/BKR BB/HL/SS/L4390/2009/noor]