Monday, September 1, 2014

1 Oct 2014 No. 931, Lorong Serindit 9/1 Taman Tunku Putra II, Kulim RM75,000 MBB




L E L O N G A N    A W A M
PADA HARI RABU 1 OKTOBER 2014 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA :           Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK H.S. (D) 926/1984 NO. LOT PT 931 BANDAR/DAERAH/NEGERI        Kulim/Kulim /Kedah Darul Aman PEGANGAN Pajakan selama 99 tahun dan luput pada 26/8/2083 KELUASAN 130.0643 meter persegi (1,400 kaki persegi) CUKAI TAHUNAN RM60.00 PEMILIK BERDAFTAR Kumaraguru A/L Sathasivam 1/1 Bahagian SYARAT NYATA Tanah yang terkandung dalam hakmilik ini hendaklah digunakan sebagai tapak satu bangunan kediaman sahaja (Rumah Teres) KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Malayan Banking Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 28013/2003 yang didaftarkan pada 2 Disember 2003

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah teres satu (1) tingkat  yang beralamat No. 931, Lorong Serindit 9/1 Taman Tunku Putra II, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM 75,000-00 (RINGGIT MALAYSIA TUJUH PULUH LIMA RIBU) SAHAJA dan kepada Syarat-Syarat Jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Malayan Banking Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan No. 38-317-06/2014 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Plaintif, Malayan Banking Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.