Tuesday, October 11, 2011

Auction High Court 25/10/11 8A-5-5 Bayan Baru RP RM58,500

PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI  PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO: 24-1157-2003 (MT-3)
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-435-2007
Dalam Perkara Mengenai Hartanah yang dikenali sebagai Hakmilik Strata  No. Berdafatar Pajakan Negeri No. HBM 13/M2/5/16 (Petak No. 16, Tingkat No.5, Bangunan No. M2) Lot No. 8035, Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Dan Dalam Perkara Mengenai Gadaian Perserahan No. 16321/2000, Jilid No. 866, Folio No.190 bertarikh 21/08/2000; Dan Dalam Perkara Mengenai Seksyen 256 & 257 Kanun Tanah Negara 1965 Dan Dalam Perkara  Mengenai Aturan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980           
Antara
Resolution Alliance Sdn Bhd.…….………………………….….………...Plaintif
        Dan
Amia Anak Apin…………………………………….…..….….…………Defendan

Menurut  Perintah Mahkamah Tinggi  Malaya di Pulau Pinang mengenai Perintah Jualan bertarikh pada 12 Jun 2006 dan Saman Minta Arahan bertarikh pada 17 Oktober 2006 dan 14 September 2011 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong berdaftar yang dilantik oleh Mahkamah
                                                        AKAN MENJUAL SECARA
L E L O N G A N    A W A M
PADA  25 OKTOBER 2011 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG

BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK STRATA Pajakan Negeri HBM 13/M2/5/16 NO. LOT 8035 MUKIM 12 DAERAH Barat Daya NEGERI Pulau Pinang PEGANGAN Leasehold 99 tahun (berakhir pada 21 Februari 2082) KELUASAN TANAH 47.1 meter persegi (507 kaki persegi) PEMILIK-PEMILIK  BERDAFTAR  Amia Anak Apin 1/1 Bahagian SYARAT NYATA Tanah yang diberi milik ini hendaklah digunakan bagi maksud kediaman sahaja SEKATAN KEPENTINGAN Tanah yang diberi milik ini tidak boleh dipindah- milik, cagar, pajak, pajakan kecil atau dengan apa urusan sekali pun dilupuskan dengan tiada kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Malayan Bank Berhad  melalui Gadaian Perserahan No. 16321/2000 didaftarkan pada 23 Ogos 2000
NOTA :            Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah pangsa kos rendah  dua (2) bilik yang beralamat 8A-5-5 Persiaran Mayang Pasir 5,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang                     
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM58,500-00 (RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH LAPAN RIBU LIMA RATUS) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Resolution Alliance Sdn Bhd sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  bersama kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan No. A/E 38-435-2007 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Plaintif dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan. Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Tetuan Badruzzaman & Kamal yang beralamat B & K Chambers, 26A & 26B, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda ,14000 Bukit Mertajam,Pulau Pinang (No. Tal: 04-5377999 / Fax 04-5376999) [No Ruj: BK/BP/LIT/RA/7381/10/BAD]]

No comments:

Post a Comment