Saturday, January 28, 2012

31/1/2012 High Court 15 Lrg Pala 1, BM RP RM60K


PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI  PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO: 24-1793-2010
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-26-2012
Dalam perkara mengenai Seksyen 265(3)(C) dan Seksyen 256 dan 257 Kanun Tanah Negara, 1965. DAN Dalam perkara mengenai Gadaian ke atas hartanah di bawah HAKMILIK NO. H.S.(M) 377,
LOT NO. 003605, MUKIM 14, SEBERANG PERAI TENGAH, NEGERI PULAU PINANG DAN
Dalam perkara mengenai Aturan 83, Kaedah 1 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980.                                                                                 ANTARA
AmBank (M) Berhad
(dahulunya dikenali sebagai AmFinance Berhad)
(NO. SYARIKAT: 8515-D) ………………………..…….…….………..…………….…...PLAINTIF
        DAN
1.    VISAKAMURAN A/L KUPPUSAMY (NO. K/P 600729-07-5277)
2.    RANEE A/P T. KRISHNAN (NO. K/P 5742320)………………..…..DEFENDAN-DEFENDAN

Menurut  Perintah Mahkamah Tinggi  Malaya di Pulau Pinang mengenai Perintah-perintah yang bertarikh pada 23 Ogos 2011 dan 29 November 2011 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong berdaftar yang dilantik oleh Mahkamah
                                                     AKAN MENJUAL SECARA
L E L O N G A N    A W A M
PADA HARI SELASA 31 JANUARI 2012 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK: H.S.(M) 377 NO. LOT: 3605 MUKIM DAN DAERAH NEGERI: 14, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang PEGANGAN: Selama-lamanya KELUASAN TANAH:                                    111.48 meter persegi (1200 kaki persegi) CUKAI TAHUNAN: RM40.00 PEMILIK BERDAFTAR: 1. Visakamuran A/L Kuppusamy (No. K/P 600729-07-5277) 1/2 bahagian, 2. Ranee A/P T. Krishnan (No. K/P 5742320) 1/2 bahagian SYARAT NYATA: Tanah berkenaan hendaklah digunakan untuk tujuan            kediaman sahaja SEKATAN KEPENTINGAN: Tiada PAJAKAN BERDAFTAR: Dicagarkan kepada AmBank (M) Berhad (dahulunya dikenali sebagai AmFinance Berhad) melalui Gadaian Perserahan No. 0701SC1997000162 Jilid 132 Folio 47 yang didaftarkan pada  27  Januari 1997 KATEGORI KEGUNAAN TANAH: Bangunan
NOTA :Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah teres satu (1) tingkat  yang beralamat No. 15, Lorong Pala 1, Taman Usaha, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM60,000-00 (RINGGIT MALAYSIA ENAM PULUH RIBU) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, AmBank (M) Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan No. A/E 38-26-2012 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada AmBank (M) Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.

No comments:

Post a Comment