Saturday, June 2, 2012

3 Jul A3-4-2 Tmn Pauh Indah, Permatang Pauh RM28,500


PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI  PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO: 24-1566-2007 (MT-3)
PERLAKSANAAN NO; 38-412-2010
Dalam perkara mengenai Seksyen 256 Kanun Tanah Negara, 1965 Dan Dalam perkara mengenai Gadaian Perserahan No. 10940/2003 di atas harta yang dikenali sebagai Lot No.  3749, Mukim 6, Daerah Seberang Perai Tengah, Negeri Pulau Pinang yang dipegang di bawah Hakmilik Strata Geran No. 58861/M3/5/302 berserta dengan sebuah rumah flat yang dikenali sebagai No. A3-4-2, Block A3, Taman Pauh Indah,  Permatang Pauh, 13500 Bukit Mertajam , Pulau Pinang Dan Dalam Perkara  Mengenai Aturan 83 Kaedah 1 dibawah Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi, 1980                                               Antara

Malayan  Banking Berhad (3813-K)………………......................................………………………………….….…...Plaintif     
        Dan
Saadi Bin Hashim ……………………….………………………………..….…........................................…….……Defendan

Menurut  Perintah-Perintah  Mahkamah Tinggi  Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 9 Jun 2008 dan 7 Mei 2012 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah  akan menjual secara
L E L O N G A N    A W A M
PADA  HARI SELASA 3 JULAI 2012 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO. HAKMILIK Strata Geran No. 58861/M3/5/302 NO.  LOT 3749 MUKIM, DAERAH, NEGERI 6, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KELUASAN 51  meter persegi ( 549 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR    Saadi Bin Hashim (No. K/P 610603-06-5013) 1/1 bahagian SYARAT-SYARAT NYATA Tanah ini hendaklah digunakan untuk tujuan kediaman sahaja SEKATAN KEPENTINGAN Tanah yang diberimilik ini tidak dibenarkan dipindahmilik, dicagar, dipajak atau melupuskan tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Mayban Finance Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 10940/2003 didaftarkan  pada 28 Mei  2003 ENDORSAN Kaveat Persendiraan didaftarkan oleh RHB Bank Berhad melalui Perserahan No. 2711/2007 pada 1 Mac 2007
NOTA :                Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah pangsa dua (2) bilik  yang beralamat A3-4-2,  Taman Pauh Indah,  Lorong Pauh Indah 3, Permatang  Pauh,  13500 Seberang Perai, Pulau Pinang
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 28,500-00 (RINGGIT MALAYSIA DUA PULUH LAPAN RIBU DAN LIMA RATUS) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang
dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Malayan Banking Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan No. A/E 38-412-2010 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Malayan Banking Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.

No comments:

Post a Comment