Thursday, December 6, 2012

Conditions of Sales ....Komtar Land Office



SYARAT-SYARAT JUALAN 
di Pejabat Daerah & Tanah DTL

1. Lelongan adalah terbuka kepada semua orang atau badan yang berminat termasuk Pemegang Gadaian untuk membuat tawaran di dalam lelongan ini.

2. Sesiapa yang ingin membuat tawaran dalam lelongan awam bagi pihak orang persendirian, badan-badan berkanun atau syarikat dikehendaki mengemukakan kepada Pentadbir Tanah sebelum lelongan dimulakan, satu surat daripada pihak orang persendirian, badan-badan berkanun atau syarikat yang mengesahkan bahawa beliau telah diberi kuasa untuk mewakili mereka untuk membuat tawaran dan menandatangani semua dokumen berkenaan dalam lelongan awam ini.

3. Tawaran tidak boleh kurang daripada harga rizab yang di tetapkan oleh Pentadbir Tanah untuk Harta Tersebut pada masa lelongan awam ini dan tawaran tidak boleh ditarikbalik dalam apa keadaan.

4. Semua penawar yang ingin membuat tawaran adalah dikehendaki mendaftarkan diri dan mendepositkan kepada Pentadbir Tanah wang sebanyak 10% daripada harga rizab (selepas ini dirujuk sebagai "Deposit Tersebut") dalam bentuk bank draf atas nama pemegang gadaian dan menandatangani satu perjanjian pembelian selepas berjaya bidaan.

5. Jika pembeli gagal menjelaskan baki harga belian dalam tempoh 120 hari dari tarikh jualan, maka pembeli tersebut dianggap sebagai telah melanggar syarat-syarat perintah jualan di bawah seksyen 263 Kanun Tanah Negara 1965. Wang Deposit tersebut akan dirampas dan akan digunakan menurut seksyen 268 Kanun Tanah Negara 1965.

6, Harta Tersebut akan dijual tertakluk kepada semua bebanan termasuk (tetapi tidak terhad kepada) ismen, hak lalulalang Pentadbir Tanah, kaveat, Perintah Larangan, tenansi, tanggungan dan hak (jika ada) yang wujud di atas atau terhadapnya.

7. Apa-apa bayaran cukai tanah, bayaran pemberi pajakan, bayaran cukai taksiran am dan semua perbelanjaan yang kena dibayar bagi membuat atau melaksanakan perintah jualan ini hendaklah dibayar daripada harga belian. Segala bayaran lain berhubung dengan pendaftaran perakuan jualan hendaklah ditanggung oleh pembeli.

8. Pemegang Gadaian adalah bebas untuk membuat tawaran dalam lelongan awam ini dan sekiranya berjaya dan menjadi pembeli, maka apa-apa jumlah tawaran yang dibuat oleh Pemegang Gadaian adalah merupakan satu pelepasan yang mencukupi baginya untuk melepaskan jumlah hutang di bawah gadaian ini termasuklah kos perbelanjaan lelongan awam.

9. Pentadbir Tanah atau Pemegang Gadaian tidak bertanggungjawab mengenai apa-apa kehilangan atau kerosakan yang berlaku ke atas Harta Tersebut dan pembida tidak boleh membatalkan Perjanjian Pembelian atas sebab berlakunya perkara-perkara yang tersebut .

10. Pentadbir Tanah atau Pemegang Gadaian tidak akan bertanggungjawab untuk mengemukakan dan menyerahkan milikan kosong Harta Tersebut kepada pembeli.

11. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Pentadbir Tanah sebelum atau semasa melakukan atau melaksanakan perintah jualan dalam lelongan awam ini adalah muktamad

No comments:

Post a Comment