Saturday, June 22, 2013

2 Julai 2013 No. 3-01, Blok 5, Jalan Bagan 21, Taman Bagan, Butterworth RM50,000




L E L O N G A N    A W A M
PADA HARI SELASA 2 JULAI 2013 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA :            Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK Strata No. Berdaftar Geran HBM117/M4/4/280 NO. LOT 3385 BANDAR DAERAH NEGERI Butterworth, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang PEGANGAN  Selama-lamanya  KELUASAN TANAH 47 meter persegi (506 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR Ong Soo Hooi 1/1 bahagian  SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR  Dicagarkan kepada Affin Bank Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 29713/2002 yang didaftarkan pada  27  Disember 2002

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah pangsapuri kos rendah dua (2) bilik yang beralamat No. 3-01, Blok 5, Jalan Bagan 21, Taman Bagan, 13400 Butterworth, Pulau Pinang.  
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM 50,000-00 (RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH  RIBU) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan.  Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Affin Bank Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-185-2012 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Affin Bank Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.

No comments:

Post a Comment