Sunday, December 15, 2013

8 Jan 2014 (Wed) 16 Lrg Sutera Prima 3 Seberang jaya RM450,000 MBB




                                        L E L O N G A N    A W A M       
        

PADA  HARI RABU 8 JANUARI 2014 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA :            Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO. HAKMILIK SEMENTARA No. H.S.(D) 54127 NO. LOT PT 2247 MUKIM/ DAERAH/ NEGERI 06/ Seberang Perai Tengah/ Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KELUASAN    178.37  meter persegi (1,920 kaki persegi) CUKAI TAHUNAN RM40.00 PEMILIK BERDAFTAR  1.  Ng Yong Meng  ½ Bahagian 2.  Soong Lai Mooi ½ Bahagian  SYARAT NYATA Tanah ini hendaklah digunakan untuk  tujuan kediaman sahaja SEKATAN KEPENTINGAN Tanah yang diberimilik ini tidak boleh dipindah milik, pecah sempadan, cagar, pajak, pajakan kecil atau apa-apa urusan tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Malayan Banking Berhad melalui Gadaian   Perserahan No.20756/2008 didaftarkan pada 19 Jun 2008 KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan     BEBANAN    Tiada

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH 

Sebuah rumah teres dua setengah  (2 ½ ) tingkat  yang beralamat No. 16, Lorong Sutera Prima 3, Taman Sutera Prima, Seberang Jaya, 13700 Perai, Pulau Pinang

HARGA RIZAB




Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 450,000-00 (RINGGIT MALAYSIA EMPAT RATUS LIMA PULUH RIBU) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Malayan Banking Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-512-08/2013 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Malayan Banking Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.

1 comment: