Friday, March 21, 2014

2 Apr 2014 No. 2-01A Blok J, Taman Permata, Bukit Mertajam RM40,000

L E L O N G A N    A W A M
PADA  HARI RABU 2 APRIL 2014 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA :                   Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO. HAKMILIK STRATA GRN 27291 BANGUNAN/TINGKAT/PETAK M1 / 3 / 4 NO.  LOT 5453 MUKIM/DAERAH/NEGERI 15/ Seberang Perai Tengah/Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KELUASAN 57  meter persegi ( 614 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR 1.  Daud Bin Ismail 1/2 bahagian 2.  Anisah @ Helmi Binti Ashaa’ri 1/2 bahagian KATEGORI KEGUNAAN TANAH Tiada SYARAT -SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR   Dicagarkan kepada Public Islamic Bank Berhad melalui Gadai              Perserahan No. 0799SC/2010026755 yang  didaftarkan  pada  3 Ogos 2010 ENDOSAN       Kaveat Persendiraan atas Petak didaftarkan oleh Public Islamic Bank Berhad pada 24 Ogos 2009

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah pangsa tiga (3) bilik  yang beralamat No. 2-01A Blok J, Changkat Damai, Taman Permata, 14000 Bukit Mertajam,  Pulau Pinang
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 40,000-00 (RINGGIT MALAYSIA EMPAT PULUH RIBU) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah memasukkan deposit sebanyak 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf atas nama Plaintif, Public Islamic Bank Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  dan dikepilkan bersama kad pengenalan yang asal/salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan) ke dalam Peti Lelongan yang disediakan. Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-66-01/2014 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Public Islamic Bank Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.

1 comment: