Wednesday, November 26, 2014

Latest Penang High Court Auctions: Conditions of Sales



SYARAT-SYARAT JUALAN

1.
i.



ii
Penawar yang berminat untuk membuat tawaran pada hari lelongan hendaklah hadir sendiri ke Mahkamah. Penawar hanya boleh diwakili oleh ejen hartanah yang berlesen atau ahli keluarga yang terdiri daripada suami, isteri, ibu, bapa, anak atau adik-beradik kandung sahaja.

Pelelong juga adalah dibenarkan untik menjadi wakil penawar dengan syarat Pelelong itu bukanlah pelelong yang menjadikan lelongan tersebut.


iii.
Penawar yang ingin membuat tawaran adalah dikehendaki mendaftar diri dan mendepositkan kepada Mahkamah satu jumlah wang sebanyak 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf atas nama Plaintif. Sekiranya didapati Bank Draf tersebut kurang atau melebihi 10% daripada harga rizab yang ditetapkan, Bank Draf tersebut akan ditolak oleh Mahkamah. Bank Draf hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Lelongan yang disediakan oleh Mahkamah sebelum jam 9.30 pagi.  Bank Draf yang diterima selepas 9.30 pagi akan ditolak oleh Mahkamah.


iv.




v.


vi.



vii.


viii.

Penawar yang ingin membuat tawaran dikehendaki memasukkan Bank Draf bersama kad pengenalan penawar yang asal. Sekiranya Penawar menghantar wakil, wakil tersebut hendaklah memasukkan Bank Draf bersama kad pengenalan asal wakil, salinan kad pengenalan penawar yang diakui sah dan surat wakil.

Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan hendaklah
ditulis di belakang Bank Draf tersebut.

Bagi penawaran oleh syarikat, Borang 49 Akta Syarikat 1965, Memorandum dan Artikel Syarikat serta Resolusi Pengarah yang ditandatangani oleh kesemua pengarah hendaklah disertakan. Nama, nombor pendaftaran, alamat berdaftar syarikat yang terkini dan nombor kes pelaksanaan hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut.

Penawar yang telah memasukkan Bank Draf tidak boleh menarik diri daripada lelongan kecuali dengan kebenaran Mahkamah.

Bank Draf yang dimasukkan akan dikembalikan kepada Penawar yang tidak berjaya, manakala Bank Draf bagi penawar yang berjaya pula akan diserahkan kepada Peguam Plaintif selepas lelongan selesai
2.

Penawar hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas. Kelayakan penawar adalah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada.

3.

Mana-mana Penawar yang ingin membuat bidaan dalam lelongan bagi pihak orang perseorangan, badan berkanun atau syarikat adalah dikehendaki mengemukakan surat wakil kepada Mahkamah sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan. Surat wakil tersebut hendaklah mengesahkan penawar telah diberi kuasa untuk membuat bidaan dan menandatangani semua dokumen yang berkaitan.

4.

Lelongan hendaklah dijalankan pada pukul 10.30 pagi melainkan pada masa lain yang ditetapkan oleh Mahkamah.

5.

Mana-mana warganegara asing atau syarikat asing tidak boleh menjadi penawar bagi hartanah yang tertakluk kepada sekatan di bawah mana-mana undang-undang kecuali dengan kelulusan pihak berkuasa berkenaan.

6.

PENAWAR ADALAH BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGENAI PASTI BUTIR-BUTIR HARTANAH, DAN MEMASTIKAN SEGALA TANGGUNGAN SERTA BEBANAN HARTANAH ADALAH TEPAT.

7.

Plaintif yang dibenarkan menjadi penawar melaui perintah Mahkamah boleh membuat bidaan semasa lelongan dan Plaintif juga adalah tertakluk kepada Syarat-Syarat Jualan.

8.

Jika penawar yang telah mendaftar diri dan membayar deposit gagal membuat sebarang bidaan semasa lelongan dijalankan menyebabkan lelongan terpaksa ditanggulkan, penawar tersebut bolehlah disenaraihitamkan dan daripada menjadi penawar selama satu (1) tahun.

9.

Sekiranya penawar yang disenaraihitamkan seperti dalam para 8. tidak berpuas hati terhadap keputusan tersebut, penawar bolehlah mengemukakan rayuan kepada Pengarah Mahkamah Negeri masing-masing.

10.

Tawaran untuk bidaan hendaklah tidak kurang daripada harga kenaikan yang ditetapkan oleh Mahkamah pada masa lelongan.

11.

Lelongan adalah dianggap muktamad selepas ketukan tukul atau bunyi loceng terakhir.

12.

Plaintif hendaklah menyedia dan menyerahkan Borang 16Q Kanun Tanah Negara 1965 kepada Mahkamah dan Defendan dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh lelongan.


13.

Memorandum Jualan hendaklah disediakan oleh Pelelong dalam empat (4) salinan dan hendaklah ditandatangani oleh penawar yang berjaya, Plaintif atau Peguam Plaintif dan Pegawai Mahkamah yang menyaksikan proses lelongan tersebut pada hari yang sama dan setem hasil bolehlah dimatikan di Pejabat Hasil atau dimatikan sendiri oleh penawar yang berjaya di hadapan Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar yang menyaksikan lelongan.

14.

Bayaran duti setem adalah di bawah tanggunagan penawar yang berjaya.

15.

Memorandum Jualan yang telah disempurnakan hendaklah diserahkan kepada penawar yang berjaya atau wakil penawar yang berjaya, Plaintif atau Peguam Plaintif, Mahkamah dan satu salinan untuk simpanan Pelelong.

16.

Penawar yang berjaya hendaklah menandatangani Memorandum Jualan dan membuat pembayaran baki harga belian dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan. Kegagalan untuk memenuhi kedua-dua syarta tersebut akan menyebabkan jualan lelongan terbatal dan wang deposit 10% daripada harga rizab akan dirampas oleh Mahkamah dan dibayar kepada Plaintif setelah ditolak segala perbelanjaan jualan lelongan tersebut.

17.

Setelah Memorandum Jualan ditandatangani, hartanah tersebut akan menjadi tanggungjawab penawar yang berjaya. Mahkamah atau Plaintif tidak akan bertanggungan ke atas apa-apa kehilangan, kerosakan atau kemusnahan hartanah tersebut.




18.

Plaintif atau Peguam Plaintif hendaklah menyerahkan kepada Mahkamah dalam tempoh tujuh (7) hari selepas baki harga belian diterima, satu Perakuan bertulis penerimaan baki harga belian beserta salinan resit bayaran.

19.






Plaintif atau Peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari daripada penerimaan baki harga belian:-

i) membayar semua bayaran yang tertunggak kepada Pihak Berkuasa Negeri atau pemberi pajakan (jika gadaian yang berkenaan adalah gadaian ke atas pajakan) dan semua bayaran-bayaran lain kepada Pihak Berkusa Negeri atau mana-mana pihak berkuasa tempatan.



ii) membayar semua perbelanjaan lain yang disahkan oleh Pendaftar Mahkamah atau Pentadbir Tanah (jika ada), yang berkaitan dengan pelaksanaan perintah jualan.



iii) memberi salinan-salinan resit untuk pembayaran perbelanjaan-perbelanjaan di para (i) di atas kepada penawar yang berjaya.

iv) memberi kepada penawar yang berjaya salinan yang diakui sah perintah-perintah perletakhakkan (jika ada), Borang Penukaran Nama dan Borang 13 Akta Syarikat (jika ada) dan dokumen-dokumen lain bagi membolehkan penawar yang berjaya mendaftarkan Sijil Jualan dalam Borang 16F Kanun Tanah Negara 1965 dengan Pejabat Tanah yang berkenaan.

Plaintif atau peguam Plaintif hendaklah dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh penerimaan baki harga belian menyerahkan kepada Mahkamah suatu Penyata Akaun Penerimaan dan Bayaran.
20.

Mahkamah hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh penerimaan Perakuan Bertulis penerimaan Perakuan Bertulis penerimaan baki harga belian daripada Plaintif menyerahkan kepada Penawar yang berjaya dokumen-dokumen berikut :-

i) Sijil Jualan dalam Borang 16F Kanun Tanah Negara 1965 yang mana telah disediakan dan dilengkapkan terlebih dahulu oleh penawar yang berjaya, dan

ii) Salinan asal dokumen Ikatan Gadaian atau Geran Hak Milik Tanah atau dokumen hak milik keluaran yang dicetak oleh komputer atau salinan pendua pajakan mengikut mana yang berkenaan.

21.

Jika terdapat lebihan baki harga belian setelah ditolak jumlah yang terhutang oleh Defendan di atas gadaian tersebut dan segala perbelanjaan lelongan, Plaintif hendaklah dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan penuh baki harga belian menyerahkan kepada Defendan lebihan baki harga belian tersebut.

22.

Hartanah yang berjaya dilelong adalah dipercayai dan akan dianggap sebagai diperihalkan dengan betul dan dijual tertakluk kepada semua ismen, kaveat, tenansi, tanggungan dan hak (jika ada) yang wujud di atas atau terhadapnya yang timbul untuk mentakrif ia masing-masing dan tiada kesilapan kenyataan yang salah atau deskripsi yang salah akan membatalkan penjualan dan tiada bayaran gantirugi yang akan dibuat.

23.


24.



25.

Pihak Plaintif tidak akan bertanggungjawab untuk mengemukan dan menyerahkan milikan kosong hartanah  berkenaan kepada penawar yang berjaya.

Bagi tujuan pendaftaran Sijil Jualan dalam Borang 16F Kanun Tanah Negara 1965, sebarang keperluan untuk memperolehi persetujuan Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan sekatan-sekatan kepentingan hartanah tersebut adalah tidak terpakai.

Jika berlaku apa-apa percanggahan, kenyataan salah atau kesilapan yang terdapat di dalam terjemahan butir-butir dan syarat-syarat jualan ke bahasa-bahasa lain, Syarat-syarat Jualan dalam versi Bahasa Melayu adalah terpakai.












No comments:

Post a Comment