Tuesday, January 20, 2015

28 Janauri 2015 No. 16, Lorong Bistari 5, Nibong Tebal RM120,000



L E L O N G A N    A W A M
PADA HARI RABU 28 JANUARI 2015 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA :            Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK HSD 15521 NO. LOT 5407 MUKIM / DAERAH/NEGERI 11/Seberang Perai Selatan/Pulau Pinang  PEGANGAN Selama-lamanya  KELUASAN TANAH 102.00 meter persegi (1,098 kaki persegi) CUKAI TAHUNAN RM40.00 PEMILIK BERDAFTAR 1. Govindan A/L Arumugam 1/2 Bahagian 2. Umah Devi A/P Kanthasamy 1/2 Bahagian  SYARAT-SYARAT NYATA Tanah ini hendaklah digunakan untuk tujuan kediaman sahaja  SEKATAN KEPENTINGAN Tiada KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Maybank Islamic Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 0799SC2013021828 yang didaftarkan pada  26 Jun 2013

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah teres satu (1) tingkat yang beralamat No. 16, Lorong Bistari 5, Taman Bistari, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM 120,000-00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS DUA PULUH RIBU) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan.  Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Maybank Islamic Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-467-09/2014 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Maybank Islamic Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan

No comments:

Post a Comment