Tuesday, November 15, 2011

Auction 13 Dec 2011 A-3-18 Tmn Mewar B'worth RP RM97,200

PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI  PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO: 24-524-2009 (MT.4)
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-590-2010
Dalam perkara Mengenai Seksyen 256, Kanun Tanah Negara, 1965 Dan Dalam perkara mengenai Memorandum Gadaian Perserahan No: 31184/2006 berhubung dengan keseluruhan tanah yang dipegang di bawah Suratan Hakmilik Strata No. Berdaftar Geran 58398/M1/4/55, Lot No. 3487, Seksyen 4, Bandar Butterworth, Daerah Seberang Perai Utara, Negeri Pulau Pinang. Dan Dalam perkara mrngenai Aturan 83, Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi, 1980    
 Antara
Bank Simpanan Nasional….…………………….…………………..………..……….…..…...Plaintif
        Dan
1.    Goppal a/l Ramalinggam
2.    Athilechumy a/p Muthoo ……………..…………….…………..………....…Defendan-Defendan

Menurut  Perintah-Perintah  Mahkamah Tinggi  Malaya di Pulau Pinang mengenai Perintah bertarikh pada 19 April 2010, 16 Ogos 2010 dan 12 Mei 2011 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong berdaftar yang dilantik oleh Mahkamah akan menjual secara
L E L O N G A N    A W A M
PADA HARI SELESA 13 DISEMBER 2011 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG

BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK: Geran 58398/M1/4/55 NO. LOT: 3487 SEKSYEN: 4 BANDAR: Butterworth
DAERAH: Seberang Perai Utara NEGERI: Pulau Pinang  PEGANGAN: Kekal KATEGORI KEGUNAAN TANAH: Bangunan KELUASAN: 76 meter persegi (818 kaki persegi) PEMILIK-PEMILIK BERDAFTAR: 1. Goppal a/l Ramalinggam ½ bahagian 2. Athilechumy a/p Muthoo ½ bahagian SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Bank Simpanan Nasional melalui Gadaian Perserahan No: 31184/2006 yang berdaftar pada 9 Oktober 2006

NOTA :            Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

 LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH 

Sebuah rumah pangsa bersudut tiga (3) bilik yang beralamat No. A-03-18, Taman Mewar, Jalan Mewar 2, 12100 Butterworth, Pulau Pinang


HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 97,200-00 (RINGGIT MALAYSIA SEMBILAN PULUH TUJUH RIBU DUA RATUS) sahaja dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Bank Simpanan Nasional sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  bersama kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan No. A/E 38-590-2010 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Plaintif dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.
Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Tetuan Sharizat Rashid & Lee. No. Tingkat 7, Wisma Leader, No. 8, Jalan Larut, 10050 Pulau Pinang (No. Tal: 04-2288616 Fax 04-2299616) [No. Ruj: LMS/BSN(H)/35731/06/sara]

No comments:

Post a Comment