Wednesday, November 9, 2011

High Court 23/11/11 (Wed) 4B-16-20 Farlim RP RM36,611.00

PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI  PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO: 24-1777-2007(MT1)
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-12-2009
Dalam perkara Surat Tawaran bertarikh 15hb. Mei 2006 dan Surat Tawaran Tambahan bertarikh 10hb. Ogos 2006 dan ”Facilities Agreement” bertarikh 19hb. Oktober 2006 di antara Hong Leong Bank Berhad dan Vijayan a/l Manickam dan Deivanai a/p Samuel. Dan Dalam perkara mengenai Gadaian bertarikh 11hb. Disember, 2006 yang didaftarkan pada 19hb. Disember 2006 di bawah Gadaian Perserahan No: 40351/2006 ke atas hartanah pajakan yang dikenali sebagai  Lot No. 8759, No. Petak 20, Tingkat No. 16, Bangunan No. M2, Mukim 13, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang dipegang di bawah Hakmilik Strata No.  37351/M2/16/20 bersama dengan sebuah unit rumah pangsa yang beralamat di 4B-16-20, Lorong Semarak Api 1, Mk.13, Bandar Ayer Itam, 11500 Pulau Pinang yang didirikan di atasnya. Dan Dalam perkara mengenai Seksyen 256 dan 257 Kanun Tanah Negara, 1965 Dan Dalam perkara mengenai Aturan 83, Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi, 1980 dan di bawah bidang kuasa sedia ada Mahkamah      
Antara
Hong Leong Bank Berhad (Syarikat No. 97141-X)…………………………………….………Plaintif
        Dan
1.    Vijayan a/l Manickam
2.    Deivanai a/p Samuel.................................................................………..………Defendan-Defendan

Menurut  Perintah Mahkamah Tinggi  Malaya di Pulau Pinang mengenai Perintah bertarikh pada 31hb. Julai 2008 dan 13hb. Oktober 2011 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong berdaftar yang dilantik oleh Mahkamah
                                                     AKAN MENJUAL SECARA
L E L O N G A N    A W A M
PADA HARI RABU 23HB. NOVEMBER 2011 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK Geran 37351/M2/16/20 NO. LOT 8759 MUKIM 13 DAERAH Timur Laut NEGERI Pulau Pinang PEGANGAN kekal KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan KELUASAN 47.6 meter persegi (512 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR & PEMBERI PAJAKAN Trustees of Leong San Tong Khoo Kongsi (Penang) Registerd  PENERIMA PAJAKAN 1. Vijayan a/l Manickam ½ bahagian trustee 2. Deivanai a/p Samuel ½ bahagian trustee BEBANAN Pajakan selama 99 tahun berluput pada 28hb. Julai 2094, Dan Hong Leong Bank Berhad telah mencatat kaveat persendirian pada 19hb. Disember 2006 SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Hong Leong Bank Berhad melalui Gadaian Perserahan No: 40351/2006 yang berdaftar pada 19hb. Disember 2006
NOTA :            Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah pangsa kos rendah dua (2) bilik yang beralamat 4B-16-20, Lorong Semarak Api 1, Bandar Ayer Itam, 11500 Pulau Pinang. HARGA RIZAB Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM36,611-00 (RINGGIT MALAYSIA TIGA PULUH ENAM RIBU ENAM RATUS SEBELAS) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Hong Leong Bank Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  bersama kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan No. A/E 38-12-2009 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Plaintif dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan. Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Tetuan Salina, Lim Kim Chuan & Co., Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat 28-C Lorong Abu Siti 10400 Pulau Pinang (No. Tal: 04-2282089/ Fax 04-2282093 [No. Ruj: NAR/HLB/373/2007/sh/rc]

No comments:

Post a Comment