Wednesday, February 29, 2012

14 Mar 12 re 14 Lorong Sejahtera 6, BM RP: RM69,000

 

PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI  PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO: 24-1234-2007
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-132-2010

Dalam perkara mengenai Gadaian Perserahan No. 14432/2000 Jilid No. 863 Folio No. 107  ke atas Harta  No.  H.S.(D) 3863 No. Lot 7288, Mukim 15 , Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.   Dan Dalam perkara mengenai Seksyen  256 dan 257 Kanun Tanah Negara 1965. Dan Dalam perkara  mengenai Aturan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.                            
     Antara
MALAYAN BANKING BERHAD (3813-K)………………………….…………….…..….………...PLAINTIF
            Dan
1. NG WAH LENG
2. LAI CHAI IANG…..…………………………..…………..……….……….……DEFENDAN- DEFENDAN

Menurut  Perintah-Perintah  Mahkamah Tinggi  Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 15 Februari 2012, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah  akan menjual secara

L E L O N G A N    A W A M
PADA  HARI RABU 14 MAC 2012 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG

BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK                 H.S.(D) 39515 (dahulunya dikenali sebagai H.S.(D) 3863) NO. LOT 7288 MUKIM, DAERAH, NEGERI 15, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KELUASAN                                  104.7912 meter persegi ( 1,128 kaki persegi) CUKAI TAHUNAN  RM40.00 PEMILIK BERDAFTAR            1. Ng Wah Leng ½ bahagian, 2. Lai Chai Iang ½  bahagian SYARAT-SYARAT NYATA  First Grade  SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Malayan Banking Berhad (dahulunya dikenali sebagai Mayban Finance Berhad) melalui Gadaian Perserahan No. 14432/2000 didaftarkan  pada 2 Ogos 2000 KATEGORI KEGUNAAN TANAH Tiada

NOTA :                Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

 

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah teres satu tingkat  yang beralamat : No. 14, Lorong Sejahtera 6, Taman Sejahtera 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 69,000-00 (RINGGIT MALAYSIA ENAM PULUH SEMBILAN RIBU) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Malayan Banking Berhad  sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan No. A/E 38-132-2010 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Malayan Banking Berhad  dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan. Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan:-

YEAP KAM CHOY                                                   NOR DING & CO
KC SUNSHINE AGENCY                                        Peguamcara
Pelelong Berlesen                                                         95, Tingkat 1, Jalan Pengkalan, Taman
48 Jalan Argyll, 10050 Pulau Pinang                              Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah            
H/P 012-4473722 kcyeap@ymail.com                         No. Ruj: MBB(385)/HO/06/R/i                                                      

No comments:

Post a Comment