Sunday, May 6, 2012

17 May 2012 23-3-12 Desa Rahmat Relau Penang RN125,000


PERISTIHARAN JUALAN
DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH,
DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG
Perintah Jualan Atas Permintaan Pemegang Gadaian: PTTL/PP/PDN/388(8). Dalam Perkara mengenai Seksyen 263, Kanun Tanah Negara 1965.              
         ANTARA
PUBLIC BANK BERHAD (6463-H)                                                …..………….PEMEGANG GADAIAN
DAN
AZMAN BIN ISMAIL (No.K/P 671224-06-5143 A0877708)        ………….………………PENGGADAI


Menurut Perintah oleh Pentadbir Tanah, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang bertarikh 15 Februari 2012 adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Pentadbir Tanah, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah akan menjual secara:       
         LELONGAN AWAM
PADA HARI KHAMIS, 17 MEI 2012, JAM 11.00 PAGI
DI TINGKAT 3, KONKOS, KOMTAR, PULAU PINANG
Nota:Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan supaya membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong
BUTIR-BUTIR HAKMILIK :-
NO. HAKMILIK: Hakmilik Strata No. Berdaftar Geran Mukim HBM70/M2/4/180 (Petak 180 Tingkat 4 Bangunan M2), Lot No. 9632, Mukim 13, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang PEGANGAN: selama-lamanya
KELUASAN  : 65 meter persegi (700 kaki persegi) SYARAT -SYARAT NYATA  : First Grade SEKATAN KEPENTINGAN: Tiada PEMILIK BERDAFTAR      : Azman Bin Ismail (No.K/P: 671224-06-5143 A0877708) – 1/1 bahagian BEBANAN : Dicagarkankan kepada Public Bank  Berhad melalui  Gadaian Perserahan No.  104/2005 , didaftarkan pada 21 Februari 2005

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH: Hartanah tersebut adalah sebuah rumah pangsa yang mempunyai 3 bilik, terletak lebih kurang 15km dari KOMTAR yang beralamat No. 23-3-12, Desa Rahmat, Jalan Relau, 11900 Pulau Pinang.
HARGA RIZAB: Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada satu harga rizab sebanyak RM 125,000.00 (RINGGIT MALAYSIA: SATU RATUS DUA PULUH LIMA RIBU) sahaja dan kepada Syarat - Syarat Jualan yang telah ditetapkan. Bagi penawar yang berminat adalah dikehendaki mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Deraf diatas nama PUBLIC BANK BERHAD sebelum jualan lelongan dimulakan. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan lelong kepada PUBLIC BANK BERHAD.
Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Pentadbir Daerah Dan Tanah, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Tel: 04-6505507 atau Wong-Chooi & Mohd Nor, Peguamcara bagi Pihak Pemegang Gadaian yang beralamat No. 27, Tingkat 1, Jalan Maju Jaya, Pusat Perniagaan Maju Jaya, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Tel No : 04-5398855 Fax No. 04-5395855 [Ruj:BB/RT/L/2011-019/PBB-PG/AI(RS/j) 

1 comment:

  1. The above auction was called off by the Chargee PBB on 11 May 2012.
    We regret if there is any inconvenience to our clients......kcyeap

    ReplyDelete