Thursday, May 23, 2013

4 June 2013 Pg High Court 36 Lrg Penaga 12 Penaga Penang RM120,000




        PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI  PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO: 24-1634-09/2012
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-148-03/2013 
Dalam Perkara Mengenai Perserahan No. 28777/2006 ke atas tanah GRN 80288, Lot 4382, Mukim 04, Daerah Seberang Perai Utara, Negeri Pulau Pinang;  Dan Dalam Perkara mengenai Seksyen 256 dan Seksyen 257 Kanun Tanah Negara 1965;  dan Seksyen 267A (Pindaan).Dan Dalam Perkara  mengenai Aturan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 2012
ANTARA
MALAYSIA BUILDING SOCIETY BERHAD (No. Syarikat: 9417-K)…..............….…….PLAINTIF     
       DAN
1.    ABD KARIM BIN SAAD (No. K/P: 700321-08-6165)
2.    NOR RASHIDAH BINTI MOHD MYDIN (No. K/P: 751120-07-5478)
3.    SITI ZAUYAH BINTI SAAD (No. K/P: 610316-07-5120)…..………..…..….…DEFENDAN-DEFENDAN

Menurut  Perintah-Perintah  Mahkamah Tinggi  Malaya di Pulau Pinang mengenai Perintah Jualan dan Perintah Notis Permohonan yang diperbuat pada 22 November 2012 dan 11 April 2013 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah  akan menjual secara
L E L O N G A N    A W A M
PADA  HARI SELASA 4 JUN 2013 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG

NOTA :                Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO. HAKMILIK GRN 80288 NO.  LOT 4382 MUKIM, DAERAH, NEGERI 4, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang PEGANGAN  Selama-lamanya KELUASAN 102  meter persegi (1,098 kaki persegi) CUKAI TAHUNAN RM 40.00 PEMILIK BERDAFTAR 1. Abd Karim Bin Saad 1/3 bahagian 2. Nor Rashidah Binti Mohd Mydin 1/3 bahagian 3. Siti Zauyah Binti Saad 1/3 bahagian SYARAT-SYARAT NYATA Tanah yang diberi milik ini hendaklah digunakan untuk tujuan kediaman sahaja SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Malaysia Building Society Berhad melalui Gadaian Perserahan No. : 0799SC2006028777  yang  didaftarkan  pada 19-09-2006 KATEGORI KEGUNAAN TANA Bangunan

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH 

Sebuah rumah teras satu (1) tingkat yang beralamat NO. 36 LORONG PENAGA 12, TAMAN PENAGA, 13100 PENAGA, PULAU PINANG.

HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 120,000-00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS DUA PULUH  RIBU) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan.  Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Malaysia Building Society Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-148-03/1013 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Malaysia Building Society Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.

1 comment:

  1. The auction was called off on advice from the plaintiff's counsel

    ReplyDelete