Sunday, May 5, 2013





       PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI  PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO: 24-1534-09/2012
PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-41-01/2013
Dalam perkara mengenai Seksyen 256 dan Seksyen  257  Kanun Tanah Negara 1965 Dan Dalam perkara mengenai Gadaian di bawah Perserahan No. 27844/2003 berkaitan dengan tanah yang dipegang di bawah  Hakmilik Strata Pajakan Negeri HBM 30/M2/2/62, Lot No. 8764,  Mukim 12, Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Dan Dalam perkara  mengenai Aturan 83 di bawah Kaedah-kaedah Mahkamah 1980
Antara
STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BERHAD (115793 P)….PLAINTIF    
Dan
1. GOH AIK KHOON (No. K/P: 740911-02-5799 A2862310)
2. LIM GUAT WAH (No. K/P: 501010-02-5726 /2740340). DEFENDAN-DEFENDAN

Menurut  Perintah-Perintah  Mahkamah Tinggi  Malaya di Pulau Pinang mengenai Perintah Jualan dan Perintah Notis Permohonan  yang diperbuat pada 29 Oktober 2012 dan 14 Mac 2013  masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah  akan menjual secara
L E L O N G A N    A W A M
PADA  HARI SELASA 7 MEI 2013 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO. HAKMILIK Strata Pajakan Negeri HBM 30/M2/2/62 NO.  LOT 8764 MUKIM,  DAERAH, NEGERI 12,  Barat Daya, Pulau Pinang PEGANGAN Pajakan selama 99 tahun yang tamat pada 20/10/2088 KELUASAN         86  meter persegi ( 926 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR  1. Goh Aik Khoon 1/2 bahagian 2. Lim Guat Wah 1/2 bahagian SYARAT-SYARAT NYATA Tanah yang diberi milik ini hendaklah digunakan bagi tujuan kediaman sahaja  
             SEKATAN KEPENTINGAN Tanah yang diberi milik ini tidak boleh dipindah milik, cagar, pajak, pajak kecil tanpa kebenaran bertulis daripada Pihak Berkuasa Negeri PAJAKAN BERDAFTAR  Dicagarkan kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 27844/2003 yang  didaftarkan  pada  06 November 2003
NOTA :            Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah pangsa tiga (3) bilik  yang beralamat No. M2-2-2, Mayang Apartment, Jalan Mayang Pasir,  11950 Bayan Lepas,  Pulau Pinang
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 180,000-00 (RINGGIT MALAYSIA SATU  RATUS LAPAN PULUH RIBU) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  berserta dengan kad pengenalan penawar yang asal atau salinan kad pengenalan yang diakui sah dan surat wakil (jika berkaitan). Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-41-01/2013 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan. Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan:-
YEAP KAM CHOY    KC SUNSHINE AGENCY    GHAZI & LIM  Peguamcara
 
                                                                       

No comments:

Post a Comment