Monday, November 11, 2019

HIGH COURT AUCTION 10/12/2019 17 LRG TERUBONG RIA 2 PENANG RM1,049,000


 

                                                           PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG
SAMAN PEMULA NO: PA-24FC-207-04/2017
AE NO: PA-38-500-11/2017
Dalam perkara mengenai Seksyen 265(3)(b)  & 265(3A) Kanun Tanah Negara, 1965 Dan Dalam perkara mengenai Gadaian Pertama Bagi Pihak Ketiga bertarikh 25/06/2014 yang mempunyai Perserahan No. 0704SC2014001998 ke atas harta yang dikenali sebagai No. Lot 878, No. Petak L8, Mukim 14, Daerah Timur Laut, Negeri Pulau Pinang terkandung didalam Hakmilik Strata No. Hakmilik Geran Mukim 292/ L8 Dan Dalam perkara mengenai Prosiding untuk Jualan Harta yang digadaikan dihadapan Pentadbir Tanah,  Daerah Timur Laut, Pulau Pinang menuntut rujukan Kes PTTL/PP/PDN/540(26)
Antara
OCBC BANK (MALAYSIA) BERHAD (295400-W)………………………………..…...PLAINTIF
       Dan
TEH KEE LEONG [K/P: 620707-07-5047].........…….………………………..……………DEFENDAN

Menurut Perintah Mahkamah Tinggi  Malaya di Pulau Pinang mengenai Perintah Jualan dan Perintah Notis Permohonan bertarikh 5 Jun 2017 dan 6 November 2019 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong berdaftar yang dilantik oleh Mahkamah akan menjual secara
L E L O N G A N    A W A M
PADA  HARI SELASA 10 DISEMBER 2019 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA :       Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi
                   di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta mengenal
                   pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-
NO.HAKMILIK STRATA GM292/L8 NO.  LOT/TEMPAT 878 / Paya Terubong  MUKIM /  DAERAH/NEGERI 14 / Timur Laut / Pulau Pinang TARAF PEGANGAN Selama-lamanya KELUASAN 449 meter persegi (4,833 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR Teh Kee Leong (K/P: 620707-07-5047) 1/1 bahagian KATEGORI KEGUNAAN TANAH Tiada SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR Digadaikan kepada OCBC Bank (Malaysia) Berhad melalui Gadaian Perserahan  No. 0704SC2014001998 yang  didaftarkan  pada 17 Julai 2014

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH  

Sebuah Rumah Sesebuah (Banglo) Berstrata tiga (3) tingkat yang beralamat NO. 17, LORONG TERUBONG RIA 2, EMERALD HEIGHTS, 11060 PULAU PINANG

HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 1,049,800-00 (RINGGIT MALAYSIA SATU JUTA EMPAT PULUH SEMBILAN RIBU DAN LAPAN RATUS) SAHAJA dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, OCBC Bank (Malaysia) Berhad.   Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan PA-38-500-11/2017 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut. Bank draf bersama dengan Kad Pengenalan penawar yang asal dan surat wakil (jika berkaitan) hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelongan, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada OCBC Bank (Malaysia) Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.

No comments:

Post a Comment