Tuesday, November 26, 2019

NO. 10, LORONG BERTAM INDAH 49, TAMAN BERTAM INDAH, 13200 KEPALA BATAS


 PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG
A/E NO: PA-38-435-08/2019
SAMAN PEMULA NO: PA-24FC-282-05/2019
Dalam perkara mengenai Gadaian yang  didaftarkan  pada 21-3-2011 dan mempunyai Perserahan No. 0799SC2011008142 ke atas tanah yang dipegang di bawah Geran No. Hakmilik 80971, Lot No. 3744, Mukim 6, Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang bersama dengan premis  yang didirikan diatasnya.Dan Dalam perkara mengenai Seksyen 256 dan Seksyen  257 Kanun Tanah Negara, 1965. Dan Dalam perkara mengenai Aturan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah, 2012.
Antara
CIMB Bank Berhad (13491-P) ……………….………….………………...........................….…….........…...Plaintif
 Dan
Mohamad Hafez Bin Mohd Salleh  (No. K/P: 760918-07-5615).....…...…Defendan

Menurut Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang mengenai Perintah Jualan dan Perintah Notis Permohonan bertarikh 1 Julai 2019 dan 8 November 2019 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar / Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong berdaftar yang dilantik oleh Mahkamah akan menjual secara
L E L O N G A N    A W A M
PADA  HARI SELASA 10  DISEMBER 2019 JAM  10.30  PAGI
DI BILIK LELONG, MAHKAMAH TINGGI
LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG
NOTA :       Bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secararasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa semua tanggungan, bebanan serta mengenal pasti dengan tepat hartanah tersebut sebelum jualan lelongan dijalankan.
BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-

NO. HAKMILIK GRN 80971 NO.  LOT / MUKIM Lot 3744 / 06  DAERAH/ NEGERI Seberang Perai Utara / Pulau Pinang TARAF PEGANGAN Selama-lamanya KELUASAN 133 meter persegi (1,431.6 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR Mohamad Hafez Bin Mohd Salleh (No. K/P: 760918-07-5615) 1/1 bahagian CUKAI  TAHUNAN RM 40.00 KATEGORI KEGUNAAN TANAH Tiada SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR Digadaikan kepada CIMB Bank Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 0799SC2011008142 yang  didaftarkan  pada 21-3-2011 
LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah satu (1) tingkat yang beralamat NO. 10, LORONG BERTAM INDAH 49, TAMAN BERTAM INDAH, 13200 KEPALA BATAS, PULAU PINANG 
HARGA RIZAB
Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 230,000-00 (RINGGIT MALAYSIA DUA RATUS TIGA PULUH RIBU SAHAJA) dan kepada syarat-syarat jualan yang dilampirkan. Penawar yang berminat hendaklah mendepositkan 10% daripada harga rizab dalam bentuk Bank Draf di atas nama Plaintif, CIMB Bank Berhad sebelum jam 9.30 pagi pada hari lelongan;  Nama penawar, nombor kad pengenalan, alamat terkini dan nombor kes pelaksanaan 38-435-08/2019 hendaklah ditulis di belakang Bank Draf tersebut.. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh penawar yang berjaya kepada CIMB Bank Berhad dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan.

No comments:

Post a Comment