Tuesday, December 7, 2010

Auction 15 December 2010 No.403 Paradise Sandy Beach Resort







PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG

SAMAN PEMULA NO: 24-1773-2006 (MT-4)

PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-715 -2010

Dalam perkara mengenai Seksyen 256 Akta 56 Kanun Tanah Negara 1965; Dan Dalam perkara mengenai Aturan 31 dan Aturan 83 Kaedah 1 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980; Dan Dalam perkara Gadaian yang bertarikh 25/04/1994 yang telah didaftarkan pada 17/05/1994 melalui Jilid 600, Folio 58, Perserahan No. 6897/94 terhadap tanah yang dipegang di bawah Hakmilik Berdaftar H.B.(M) 72, Lot No. 960, H.B.(M) 73, Lot 3613, H.B.(M) 74, Lot No. 3612 Mukim Tanjong Bungah, Daerah Timur Laut, Negeri Pulau Pinang. Antara

AMBANK (M) BERHAD (8515-D)…….……………………....................................................………………..…….………...Plaintif

Dan

LEE NGAN OI (NO K/P:6810277)………………….................................................…..……….….……..…..…..………Defendan

Menurut Perintah-Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 11 Jun 2008, 4 Februari 2009, dan 22 September 2010, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah AKAN MENJUAL SECARA

L E L O N G A N A W A M

PADA HARI RABU 15 DISEMBER 2010 JAM 11.00 PAGI

DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI

LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG.

NOTA : Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-

NO.HAKMILIK GRN 63525, GRN 76350 & GRN 77059 LOT 3613, 4075 & 4076 MUKIM Bandar Tanjong Bungah DAERAH Timur Laut NEGERI Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KATEGORI KEGUNAAN TANAH Tiada KELUASAN 7,085 meter persegi PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada AmFinance Bhd melalui Gadaian Perserahan Jilid 600, Folio 58 No. 6897/94, yang bertarikh 17 Mei 1994 PEMILIK BERDAFTAR MBf Property Services Sdn Bhd 1/1 bahagian PEMAJAK BERDAFTAR Lee Ngan Oi BEBANAN Pajakan 30 tahun (lupus pada 30/4/2023) SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah suite hotel studio yang beralamat No. 0403 Level 4 Paradise Sandy Beach Resort, No. 527 Jalan Tanjong Bungah, 11200 Pulau Pinang

HARGA RIZAB

Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM152,000-00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS LIMA PULUH DUA RIBU SAHAJA) dan kepada syarat-syarat jualan yang dicetakan di Perisytiharan Jualan. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendeposit 10% daripada harga rizab dalam bentuk bank draf di atas nama Plaintif Ambank (M) Berhad sebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan awam. Bank draf bersama dengan salinan Kad Pengenalan penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan Nombor Kes Perlaksanaan (No. A/E 38-715-2010) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelongan, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh Jualan kepada Plaintif Ambank (M) Berhad. Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Tetuan K. K. Lim & Associates, Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat Unit No. J-03-13, No. 2, Jalan Solaris, Solaris Mont’ Kiara, 50480 Kuala Lumpur (No. Tal: 03-62030303 / Fax 03-62030391) [No. Ruj: KKL/AMFB/10635-03/Nor] atau Pelelong yang tersebut di bawah:

kcyeap@ymail.com

P


No comments:

Post a Comment