Tuesday, December 7, 2010

Conditions of Sales

SYARAT-SYARAT JUALAN

1. Semua penawar-penawar yang ingin membuat tawaran adalah dikehendaki mendaftarkan diri mereka dan mendepositkan dengan Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya Pulau Pinang, satu jumlah sebanyak 10% daripada harga rizab yang ditetapkan untuk hartanah yang dipegang di bawah No. Hakmilik........................................................., dengan bank draf atas nama Plaintif sebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan awam.

2. (i) Sesiapa yang ingin membuat tawaran dalam lelongan awam bagi pihak orang persendirian, badan-badan berkanun atau syarikat dikehendaki mengemukakan kepada Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya Pulau Pinang sebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan satu surat daripada pihak orang persendiran, badan-badan berkanun atau syarikat yang mengesahkan bahawa beliau telah diberi kuasa untuk mewakili mereka untuk menawar dan menandatangani semua dokumen-dokumen berkenaan dengan pembelian hartanah di lelongan awam tersebut. Bagi Tanah Simpanan Melayu hanya orang Melayu sahaja dibenarkan untuk bertindak sebagai ejen / wakil.

2. (ii) Draf bank bersamaan dengan salinan Kad Pengenalan Penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan Nombor Kes Perlaksanaan (No. A/E 38- ) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelongan,Tingkat Bawah, Bangunan Mahkamah Sesyen/Majistret (Sivil), Kompleks Mahkamah Pulau Pinang, Lebuh Light, 10200 Pulau Pinang.

3. Penawar-penawar atau pembeli hendaklah mengenalpasti harta tersebut dan butir-butir mengenai harta tersebut adalah tepat. Timbalan Pendaftar tidak bertanggungjawab untuk memastikan maklumat-maklumat mengenai harta yang diperuntukkan dalam lelongan awam ini adalah tepat.

4. Pihak Plaintif adalah dengan ini bebas untuk membuat tawaran di lelongan itu dan sekiranya ia menjadi Pembeli, hendaklah menolak harga pembelian dengan amaun yang terhutang di atas gadaian tersebut setakat tarikh jualan itu berserta dengan kos dan perbelanjaan jualan itu.

5. Tawaran tidak boleh kurang daripada harga rizab yang ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya Pulau Pinang pada masa lelongan dan tawaran tidak boleh ditarik balik.

6. Tertakluk kepada harga rizab, penawar yang tertinggi, jika dibenarkan oleh Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya Pulau Pinang akan menjadi Pembeli dan Timbalan Pendaftar mempunyai kuasa untuk menolak sebarang tawaran. Jika ada apa-apa pertikaian yang timbul berkenaan dengan penawar yang tertinggi, maka ianya itu akan mengikut budi bicara Timbalan Pendaftar untuk menjual dan melelong semula atau Timbalan Pendaftar akan memutuskan pertikaian tersebut. Setiap keputusan Timbalan Pendaftar adalah muktamad.

7. Plaintif hendaklah menyediakan dan memberikan kepada Timbalan Pendaftar dan Defendan / Pemberi gadaian pada atau secepat mungkin selepas tarikh lelongan awam suatu penyata bayaran-bayaran yang kena dibayar setakat tarikh lelongan awam dalam Borang 16Q.

8. Selepas ketukan tukul terakhir, jika pembeli tidak menjelaskan baki harga jualan pembelian dengan serta merta, wang deposit 10% dari harga rizab yang didepositkan terdahulu dengan Timbalan Pendaftar akan dibayar sebagai deposit kepada Plantiff dan dengan serta merta dikreditkan ke dalam akaun Defendan sementara menunggu penjelasan sepenuhnya baki harga pembelian. Pembeli hendaklah menandatangani Memorandum di bawah syarat-syarat ini.

9. Jika pembeli gagal atau enggan menandatangani Memorandum, wang deposit 10% harga rizab akan dirampas oleh Mahkamah dan dibayar kepada pihak Plaintif setelah ditolak segala perbelanjaan jualan itu. Pembeli yang gagal membuat bayaran itu tidak layak membeli harta berkenaan dan harta itu akan ditarik balik jualan itu. Pihak Plaintif mempunyai hak untuk menuntut daripada pembeli yang ingkar apa-apa kos termasuk kos jualan semula bersama dengan sama ada pengurangan harga (jika ada) akibat jualan semula atau tiada jualan semula mengikut mana yang berkenaan.

10. Jika pembeli memberhentikan pembayaran deposit 10% harga rizab maka harta itu akan ditarik balik daripada jualan itu dan pihak Plaintif mempunyai hak untuk menuntut daripada pembeli yang ingkar apa-apa kos termasuk kos jualan semula bersama dengan pengurangan harga (jika ada) akibat jualan semula atau tiada jualan semula mengikut mana yang berkenaan.

11. i) Plaintif juga berhak menuntut daripada pembeli yang ingkar satu jumlah wang bersamaan dengan deposit tersebut setelah ditolak segala perbelanjaan jualan itu.

ii) Plantif hendaklah menyelesaikan dalam tempoh 30 hari selepas baki wang belian dibayar oleh pembeli, segala perbelanjaan jualan termasuk komisyen Mahkamah dan pelelong.

12. i) Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli kepada Plaintif dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan melalui bank draf. Sekiranya pembeli gagal untuk mematuhi syarat-syarat tersebut, wang deposit akan dirampas oleh Mahkamah dan dibayar kepada pihak Plaintif setelah ditolak segala perbelanjaan jualan itu dan harta itu akan dilelong sekali lagi. Ada apa-apa kekurangan dalam harga belian (jika ada) yang mungkin diakibatkan oleh jualan semula atau harga belian sekiranya tiada jualan semula boleh dituntut balik dari pembeli yang ingkar itu.

ii) Tarikh penyelesaian tidak boleh dilanjutkan dalam apa-apa keadaan pun.

iii) Sebaik sahaja selepas ketukan tukul terakhir, harta itu akan menjadi tanggungjawab pembeli. Timbalan Pendaftar atau Plaintif tidak akan bertanggungjawab mengenai apa-apa kehilangan atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran atau lain-lain kemalangan sebaliknya.

13. Plaintif atau peguamcara hendaklah:-

i) mengesahkan dalam tulisan kepada Timbalan Pendaftar dengan serta-merta selepas menerima baki harga belian; dan

ii) memberi kepada Timbalan Pendaftar satu penyata akaun penerimaan dan bayaran (bersama-sama dengan salinan resit bayaran) dalam tempoh 30 hari selepas baki harga belian diterima olehnya.

14. Plaintif hendaklah dalam tempoh 14 hari selepas menerima baki harga belian membayar semua sewa kepada Pihak Berkuasa Negeri atau pemberi pajakan (jika gadaian yang berkenaan adalah gadaian ke atas pajakan) dan perbelanjaan-perbelanjaan lain (termasuk cukai tanah dan pintu) yang hendaklah dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri atau Kerajaan tempatan, caj perkhidmatan (jika ada), caj-caj air dan elektrik, caj Indah Water Konsortium Sdn Bhd yang tertunggak sehingga tarikh penyempurnaan daripada harga belian harta tersebut.

15. i) Plaintif hendaklah dalam tempoh 14 hari daripada tarikh pembayaran Penuh harga hartanah, memberi kepada pembeli atau peguamcaranya salinan-salinan yang diakui sah perintah-perintah perletakan (jika ada), Borang Penukaran Nama dan Borang 13 Akta Syarikat 1965 (jika ada).

ii) Duti setem dan fee pendaftaran untuk Sijil Jualan dalam Borang 16F hendaklah diuruskan oleh pembeli atau peguamcaranya dengan Pejabat Tanah yang berkenaan.

16. Selepas membayar baki harga belian dalam tempoh penyelesaian, pembeli berhak menerima daripada Timbalan Pendaftar dokumen-dokumen berikut dalam tempoh 14 hari daripada tarikh Plaintif menerima baki harga belian:-

i) Sijil Jualan dalam Borang 16F yang boleh didaftarkan yang disediakan oleh pembeli; dan

ii) salinan asal isu dokumen hakmilik harta tersebut atau isi dokumen hakmilik yang dicetak oleh komputer atau salinan pendua pajakan, mengikut mana yang berkenaan dan salinan pendua gadaian.

17. Sekiranya terdapat baki daripada harga belian setelah menolak daripada harga belian, segala perbelanjaan lelongan awam ini, Plaintif hendaklah menyerahkan baki tersebut kepada defendan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penyelesaian.

18. Harta itu adalah dipercayai dan dianggap diperihalkan dengan betul dan dijual tertakluk kepada semua ismen, kaveat, tenansi, tanggungan dan hak (jika ada) yang wujud di atas atau terhadapnya yang timbul untuk mentakrif ia masing-masing dan tiada kesilapan kenyataan yang salah akan membatalkan penjualan dan tiada bayaran gantirugi yang akan dibuat.

19. Pihak Plaintif tidak akan bertanggungjawab untuk mengemukakan dan menyerah milikan kosong harta tersebut kepada pembeli.

20. Apa-apa tunggakan cukai pintu dan cukai tanah hendaklah dibayar dari harga pembelian. Lain-lain bayaran yang bersangkutan dengan pindahmilik selepas itu hendaklah ditanggung oleh pembeli berkenaan.

21. Lelongan awam ini adalah tertakluk kepada Akta 1104/01 yang telah dikuatkuasakan mulai 1-12-2001 di mana Borang 16F diberi kepada pembeli, sebarang keperluan untuk memperolehi persetujuan Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan sekatan-sekatan kepentingan Harta tersebut adalah tidak terpakai, sepertimana yang termaktub di dalam Seksyen 301 Kanun Tanah Negara 1965.

22. Jika berlaku apa-apa percanggahan, kenyataan yang salah atau kesilapan yang terdapat di dalam terjemahan bahasa-bahasa lain mengenai butir-butir dan syarat-syarat di dalam ini, maka versi Bahasa Malaysia hendaklah dipakai.

No comments:

Post a Comment