Wednesday, December 8, 2010

Auction 5 January 2011 16 Jalan Janggus Taman Makok 14000BM Reserve Price RM270,000


PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG

SAMAN PEMULA NO: 24-1624-2009

PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-720-2010

Dalam perkara di Bawah Seksyen-Seksyen 256 -259, Kanun Tanah Negara, 1965 Dan Dalam perkara mengenai Gadaian Perserahan No. 33214/04 ke atas tanah yang dikenali sebagai No. PT 1903, Mukim 11, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang terkandung dalam Suratan Hakmilik No. H.S. (D) 15636 Dan Dalam Perkara Aturan-Aturan 7, 28 dan 83, Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.

Antara

Malayan Banking Berhad (3813-K)…….………………………..............……...Plaintif

Dan

Tan Swee Fong ………..……………….....………………….…..................…………..………Defendan

Menurut Perintah-Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 12 Ogos 2010 dan 26 Oktober 2010 masing-masing, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah AKAN MENJUAL SECARA

L E L O N G A N A W A M

PADA HARI RABU 5 JANUARI 2011 JAM 11.00 PAGI

DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI.,

LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG.

NOTA : Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-

NO.HAKMILIK HSD 15636 NO. LOT PT 1903 MUKIM 11DAERAH Seberang Perai Tengah NEGERI Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KATEGORI KEGUNAAN TANAH Tiada KELUASAN 320.8766 meter persegi ( 3,454 kaki persegi) PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Malayan Banking Berhad melalui Gadaian Perserahan No.33214/2004 yang bertarikh 9 November 2004 PEMILIK BERDAFTAR Tan Swee Fong 1/1 bahagian SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada BEBANAN Kaveat Persendirian dimasuki Malayan Banking Berhad melalui Perserahan No. 15726/2004 yang bertarikh 11 September 2004

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah teres dua tingkat bersudut yang beralamat No.16 Jalan Janggus, Taman Makok,14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

HARGA RIZAB

Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 270,000-00 (RINGGIT MALAYSIA DUA RATUS TUJUH PULUH RIBU SAHAJA) dan kepada syarat-syarat jualan yang dicetakan di Perisytiharan Jualan. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendeposit 10% daripada harga rizab dalam bentuk bank draf di atas nama Plaintif Malayan Banking Berhad sebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan awam. Bank draf bersama dengan salinan Kad Pengenalan penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan Nombor Kes Perlaksanaan (No. A/E 38-720-2010) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelongan, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh Jualan kepada Plaintif Malayan Banking Berhad. Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Tetuan See, Ramsun & Tan, Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat No. 8, Jalan Tavoy, 10050 Pulau Pinang (No. Tal: 04-2295811 / Fax 04-2265988) [No. Ruj: RH/LTK/229/09] atau Pelelong yang tersebut di bawah:

No comments:

Post a Comment