Friday, July 15, 2011

19 July 2011 9 Lrg Merak 38 Spg Ampat RP60,750

PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG

SAMAN PEMULA NO: 24-488-2008 (M.T.1)

PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-405-2009

Dalam perkara mengenai Seksyen 256 dan 257 Kanun Tanah Negara, 1965. Dan Dalam perkara mengenai Gadaian Perserahan No. 32503/2005 ke atas No. P.T. 2052, Mukim 14, Daerah Seberang Perai Selatan, Negeri Pulau Pinang yang dipegang di bawah Suratan Hakmilik Sementara No. H.S. (D) 22119 bersama-sama dengan sebuah premis yang didirikan di atasnya. Dan Dalam perkara mengenai Aturan 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi, 1980. Dan Dalam perkara mengenai Aturan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi, 1980.

Antara

AmBank (M) Berhad (No. Syarikat : 8515-D)…….……………..…………………………..…………….…...Plaintif

Dan

Ang Soon Chai (No. K/P: 600207-07-5069 / 5852039)……….…………Defendan

Menurut Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 17 Mac 2011, adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah AKAN MENJUAL SECARA

L E L O N G A N A W A M

PADA HARI SELASA 19 JULAI 2011 JAM 11.00 PAGI

DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI

LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG

NOTA : Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-

NO.HAKMILIK H.S.(D) 22119 NO. LOT PT 2052 MUKIM 14 DAERAH Seberang Perai Selatan NEGERI Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan KELUASAN 93.0059 meter persegi (1,001 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR Ang Soon Chai 1/1 bahagian SYARAT NYATA Tanah ini hendaklah digunakan untuk tujuan kediaman sahaja SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada AmBank (M) Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 32503/2005 yang bertarikh 18 October 2005

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah teres satu tingkat yang beralamat:

No. 9, Lorong Merak 38, Taman Merak, Simpang Ampat, 14100 Pulau Pinang

HARGA RIZAB

Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 60,750-00 (RINGGIT MALAYSIA ENAM PULUH RIBU TUJUH RATUS LIMA PULUH SAHAJA) dan kepada syarat-syarat jualan yang dicetakan di Perisytiharan Jualan. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendeposit 10% daripada harga rizab dalam bentuk bank draf di atas nama plaintif AmBank (M) Berhad sebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan awam. Bank draf bersama dengan salinan Kad Pengenalan penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan Nombor Kes Perlaksanaan (No. A/E 38-405-2009) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelongan, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh Jualan kepada plaintif AmBank (M) Berhad.

Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Tetuan K.K. Lim & Associates, Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat Suite 5.06, 5th Floor, MBf Tower, No. 53, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang (No. Tal: 04-2291823 / No. Fax 04-2290823) [No. Ruj: KKLPG/FC/3745/2006/sz]


No comments:

Post a Comment