Saturday, July 30, 2011

10 AUG 2011 No. 11, Lorong Merak 53, Taman Merak, Simpang Ampat RP RM 50,000


PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG

SAMAN PEMULA NO: 24-558-2010

PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-386-2011

Dalam Perkara Seksyen-seksyen 256 dan 257 Kanun Tanah Negara 1965 dan Peruntukan lain yang berkenaan. Dan Dalam Perkara mengenai Gadaian Perserahan No. 10091/2009 di atas tanah yang dikenali sebagai Suratan Hakmilik Sementara H.S. (D) 18486, No. Lot 3147, Mukim 14, Daerah Seberang Perai Selatan, Negeri Pulau Pinang. Dan Dalam Perkara Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980, Kaedah 83 dan lain-lain yang berkenanan.

Antara

Bank Islam Malaysia Berhad (No. Syarikat: 98127-X)……………………………..….…...Plaintif

Dan

1. Krishnasamy A/L Lachmanan

2. Kumutah A/P Ramasamy …..……………..……………………….…………Defendan-Defendan

Menurut Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 7 Feb 2011 dan 13 Jun 2011 adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah akan menjual secara

L E L O N G A N A W A M

PADA HARI RABU 10 OGOS 2011 JAM 11.00 PAGI

DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI

LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG

NOTA : Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-

NO.HAKMILIK H.S.(D) 18486 NO. LOT 3147 MUKIM 14 DAERAH Seberang Perai Selatan

NEGERI Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KATEGORI KEGUNAAN TANAH Tiada KELUASAN 108.0 meter persegi (1,163 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR 1. Krishnasamy A/L Lachmanan 1/2 bahagian 2. Kumutah A/P Ramasamy 1/2 bahagian

SYARAT NYATA First Grade SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Bank Islam Malaysia Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 10091/2009 yang bertarikh 7 April 2009

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah teres satu tingkat yang beralamat No. 11, Lorong Merak 53, Taman Merak,

14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang

HARGA RIZAB

Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 50,000-00 (RINGGIT MALAYSIA LIMA PULUH RIBU SAHAJA) dan kepada syarat-syarat jualan yang dicetakan di Perisytiharan Jualan. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendeposit 10% daripada harga rizab dalam bentuk bank draf di atas nama Plaintif Bank Islam Malaysia Berhadsebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan awam. Bank draf bersama dengan salinan Kad Pengenalan penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan Nombor Kes Perlaksanaan (No. A/E 38-386-2011) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelongan, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh Jualan kepada Plaintif Bank Islam Malaysia Berhad. Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Tetuan Shariful Azhar & Partners, Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat 14 Tingkat Satu & Dua, Jalan Todak 2, 13700 Perai, Seberang Jaya, Pulau Pinang (No. Tal: 04-3987126 / No. Fax 04-3987127) [No. Ruj: SAP/L/FC7020-BP/10-mi]

No comments:

Post a Comment