Saturday, July 30, 2011

9 Aug 2011 No.16, Lorong Bukit Panchor 7, Taman Bukit Panchor, Nibong Tebal, RP RM 105,300


PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG

SAMAN PEMULA NO: 24-515-2008 (M.T.1)

PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-428-2009

Dalam perkara mengenai Gadaian yang didaftarkan pada 19-12-2003 mempunyai Perserahan No. 32525/2003 ke atas tanah yang dipegang di bawah Suratan Hakmilik Sementara No. H.S. (D) 17005, Lot No: 5205, Mukim 7, Daerah Seberang Perai Selatan, Negeri Pulau Pinang bersama dengan premis yang didirikan di atasnya. Dan Dalam perkara mengenai Seksyen 256 dan 257 Kanun Tanah Negara, 1965. Dan Dalam perkara mengenai Aturan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi, 1980.

Antara

CIMB Bank Berhad (13491-P) (yang dahulunya dikenali sebagai Bumiputra – Commerce Bank yang telah menerima pemindahan keseluruhan perniagaan dari Southern Bank Berhad berkuatkuasa dari 1-11-2006 menurut Perintah Pemberihakan bertarikh 6-9-2006 yang kemudiannya dipinda pada 21-11-2006…………....................…………………………….…...Plaintif

Dan

Sivistian a/l Santhnam (No. K/P: 560721-07-5375 / A5076173)…………………Defendan

Menurut Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 6 November 2008, 28 April 2009 dan 10 Mac 2011 adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah akan menjual secara

L E L O N G A N A W A M

PADA HARI SELASA 9 AUGUST 2011 JAM 11.00 PAGI

DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI

LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG

NOTA : Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-

NO.HAKMILIK: H.S.(D) 17005 NO. LOT: 5205 MUKIM: 07 DAERAH: Seberang Perai Selatan

NEGERI: Pulau Pinang PEGANGAN: Selama-lamanya KATEGORI KEGUNAAN TANAH: Bangunan KELUASAN: 102 meter persegi (1,098 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR: Sivistian a/l Santhnam 1/1 bahagian SYARAT NYATA: Tanah ini hendaklah digunakan untuk tujuan kediaman sahaja SEKATAN KEPENTINGAN: Tiada PAJAKAN BERDAFTAR: Dicagarkan kepada Southern Bank Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 32525/2003 yang bertarikh 19 Disember 2003


LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah teres dua tingkat yang beralamat No. 16, Lorong Bukit Panchor 7, Taman Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang

HARGA RIZAB

Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 105,300-00 (RINGGIT MALAYSIA SERATUS LIMA RIBU DAN TIGA RATUS SAHAJA) dan kepada syarat-syarat jualan yang dicetakan di Perisytiharan Jualan. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendeposit 10% daripada harga rizab dalam bentuk bank draf di atas nama Plaintif CIMB Bank Berhad sebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan awam. Bank draf bersama dengan salinan Kad Pengenalan penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan Nombor Kes Perlaksanaan (No. A/E 38-428-2009) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelongan, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh Jualan kepada Plaintif CIMB Bank Berhad. Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Tetuan V.M. Mohan, Fareed & Co., Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat 2-3A-A NB Plaza 3000 Jalan Baru,13600 Perai, Pulau Pinang (No. Tal: 04-3982787/ Fax 04-3979926 [No. Ruj: KMM/CIMB/HL/4289/10/nk]

No comments:

Post a Comment