Tuesday, August 23, 2011

Auction 13 Sep 2011 No. 27 Lorong Bidara 8, Taman Bidara, Jalan Gajah Mati, BM RP RM110,000

PERISYTIHARAN JUALAN

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG

SAMAN PEMULA NO: 24-1682-2010

PERMOHONAN UNTUK PERLAKSANAAN NO. A/E 38-375-2011

Dalam perkara Seksyen 256 dan Seksyen 265(3)(b) Kanun Tanah Negara, 1965. Dan Dalam perkara mengenai Memorandum Gadaian Perserahan No. 2890/2002 bertarikh pada 01.07.2002. Dan Dalam perkara mengenai tanah dan hereditamen ke atas tanah yang terkandung dalam Suratan Hakmilik Sementara No. H.S. (M) 1714 dan dikenali sebagai No Lot 4135, Mukim 16, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang bersama-sama dengan Premis No. 27, Lorong Bidara 8, Taman Bidara, Jalan Gajah Mati, 14020 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dan Dalam perkara prosiding jualan tanah di hadapan Pendaftar Tanah, Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam di bawah Rujukan No. PTSPT/L/061(14). Dan Dalam perkara mengenai Aturan 7 dan Aturan 83 Kaedah 2 dan Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980

Antara

Public Islamic Bank Berhad (14328-V) …………………….………………..….…...Plaintif

Dan

1. Roslan Bin Ahmad (No. K/P: 591211-07-5035)

2. Salmah Binti Ismail (No. K/P: 620320-08-6518)………………Defendan-Defendan

Menurut Perintah Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang yang diperbuat pada 5 April 2011 dan 4 Julai 2011 adalah dengan ini diisytiharkan bahawa Timbalan Pendaftar, Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang, dengan dibantu oleh Pelelong yang tersebut di bawah akan menjual secara

L E L O N G A N A W A M

PADA HARI SELASA 13 SEPTEMBER 2011 JAM 11.00 PAGI

DI BILIK LELONGAN, MAHKAMAH TINGGI

LEBUH LIGHT, 10200 PULAU PINANG

NOTA : Bakal-bakal pembeli adalah dinasihatkan agar membuat carian Hakmilik secara rasmi di Pejabat Tanah dan memeriksa hartanah tersebut sebelum jualan lelong.

BUTIR-BUTIR HAKMILIK:-

NO.HAKMILIK GM 1261 (dahulunya dikenali sebagai H.S.(M) 1714) NO. LOT 4135 MUKIM 16 DAERAH Seberang Perai Tengah NEGERI Pulau Pinang PEGANGAN Selama-lamanya KATEGORI KEGUNAAN TANAH Bangunan KELUASAN 111 meter persegi (1,194 kaki persegi) PEMILIK BERDAFTAR 1. Roslan Bin Ahmad 1/2 bahagian 2. Salmah Binti Ismail 1/2 bahagian SYARAT NYATA Tanah ini hendaklah digunakan untuk tujuan kediaman sahaja SEKATAN KEPENTINGAN Tiada PAJAKAN BERDAFTAR Dicagarkan kepada Public Bank Berhad melalui Gadaian Perserahan No. 2890/2002 yang didaftarkan pada 16 September 2002 ENDORSEMEN Satu Kaveat Persendirian atas Tanah oleh Public Bank Berhad melalui No. Perserahan 0701B2002000974 Suratkuasa Wakil: 0701SW1995026026 didaftarkan pada 7 Jun 2002

LOKASI DAN PERIHAL HARTANAH

Sebuah rumah teres dua tingkat yang beralamat No. 27 Lorong Bidara 8, Taman Bidara, Jalan Gajah Mati, 14020 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

HARGA RIZAB

Hartanah tersebut akan dijual tertakluk kepada harga rizab sebanyak RM 110,000-00 (RINGGIT MALAYSIA SERATUS SEPULUH RIBU SAHAJA) dan kepada syarat-syarat jualan yang dicetakan di Perisytiharan Jualan. Bagi penawar-penawar yang berminat adalah dikehendaki mendeposit 10% daripada harga rizab dalam bentuk bank draf di atas nama Plaintif Public Islamic Bank Berhad sebelum jam 10.00 pagi pada hari lelongan awam. Bank draf bersama dengan salinan Kad Pengenalan penawar hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran 4 inci x 9 inci dengan mencatatkan Nombor Kes Perlaksanaan (No. A/E 38-375-2011) di bahagian atas sebelah kiri sampul surat itu. Sampul surat yang telah digam hendaklah dimasukkan ke dalam peti surat yang disediakan di Bilik Lelongan, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Baki wang belian hendaklah dibayar oleh pembeli dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari dari tarikh Jualan kepada Plaintif Public Islamic Bank Berhad. Untuk butir-butir selanjutnya, sila berhubung dengan Tetuan Yuslinov Ahmad & Petra Oon Peguamcara bagi pihak Plaintif yang beralamat 18 Church Street 10200 Pulau Pinang (No. Tal: 04-2613911/ Fax 04-2615903 [No. Ruj: PBA/NAF/PBB-10/C4746]

No comments:

Post a Comment